Wednesday, June 01, 2011

Azril Azlina @ Taman Seribu Bunga Melaka

Azril Azlina @ Taman Seribu Bunga Melaka

Catatan 03/04/2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan isteri tercinta di negeri Melaka dan lawatan sekitar ke tempat menarik yang ada disana. Antara tempat yang sempat kami lawati adalah di Zoo Melaka dan Taman Botanikal Melaka. Setelah kami keluar dari Taman Botanikal Melaka, Azril dan isteri tercinta terus ke Taman Seribu Bunga Melaka. Apa yang menariknya Taman Seribu Bunga tersebut adalah terdapat ribuan spesis bunga yang terdapat disana.

Setelah masuk ke Taman Seribu Bunga tersebut kami pun terus bergambar dan berjalan jalan memerhatikan keindahan bunga yang terdapat disana. Cuba bayangkan antara kombinasi keindahan bunga yang daun menghijau, memang indah dan seolah olah kami berada di tasik bunga dimana mana sahaja terdapat bunga bungaan yang indah.

Antara bunga orkid yang cantik
.
Bunga yang menarik
.
Inilah dia bunga yang cukup Azril cintai yang dialah merupakan segala galanya bagi Azril
.
Azril berlatarbelakangkan pohon yang cukup menarik
.
Azril masih lagi tersenyum walaupun cuaca agak panas sedikit
.
Azril dihadapan pintu masuk Taman Seribu Bunga 
.
Setelah hampir sejam meluangkan masa bergambar dan menghayati kedamaian alam Azril dan Puan Azlina pun keluar dari taman tersebut dan kami singgah sekejap di kedai cenderamata yang terdapat disana. Setelah itu, kami pun meluncur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan destinasi kami seterusnya adalah.........

No comments: