Sunday, December 19, 2010

Azril Azlina @ Hotel Mahkota Melaka

Azril Azlina @ Hotel Mahkota Melaka

Catatan 08/12/2010.
Ini adalah catatan yang merupakan kesinambungan dari pengalaman percutian Azril dan Isteri Tercinta di Melaka. Setelah kami melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dan Taman Rama Rama Melaka, kami pun terus bergegas pulang ke hotel sementara kami. Setelah kami mengemas beg lalu kami pun terus keluar dari hotel sementara tersebut menuju ke hotel yang disediakan oleh pihak penganjur iatu Hotel Mahkota Melaka.

Setelah Azril dan isteri tercinta mendaftar masuk di Hotel Mahkota Melaka, Puan Azlina terus bersiap untuk turun semula. Ini adalah kerana isteri Azril dan rakan sekerjanya mempunyai tugasan iatu meyiapkan pentas pameran kesihatan bagi perasmian kursus malam nanti. Setelah siap kerja kerja diruang pameran, Azril dan isteri tercinta terus turun untuk makan di restoran disana.

Setelah habis makan kami naik semula setelah sejam berlalu Azril pun naik ke bilik dan meninggalkan isteri Azril dan kawan kawanya yang membuat kerja kerja akhir dalam mengindahkan ruang pameran tersebut. Setelah naik dibilik, Azril pun menelefon adik Azril Encik Azil Fikri dan Encik Fikri memberitahu bahawa dia akan datang nanti ke bandar Melaka dan dia akan mengajak Azril keluar makan.

2 jam kemudian isteri Azril pun naik ke bilik setelah siap kerja di ruang pameran. Kami pun turun semula meninjau keadaan sekitar hotel lalu kami pun ke kolam renang berdekatan. Setelah kami berborak di bangku dihadapan kolam renang, Azril pun terus turun didalam kolam renang tersebut sambil diperhatikan oleh Puan Azlina. Setelah sejam berlalu Azril pun naik semula dan isteri tercinta pula bersiap untuk perasmian kursus pada jam 8 nanti.

Setelah jam 7.45 malam isteri tercinta pun turun ke bawah tempat perasmian dan Azril pula menonton tv. Setelah jam 9 malam Encik Fikri memaklumkan pada Azril bahawa dia telah datang dan meminta Azril mengambilnya di jalan bertentangan dengan hotel. Destinasi pertama kami adalah kedai makan berhampiran jambatan Pulau Melaka.

Setelah makan Fikri mengajak Azril ke kolam udang yang berdekatan lalu Encik Fikri pun memancing udang disana. Pada jam 10 malam Puan Azlina menelefon Azril dan mamaklumkan bahawa kursusnya telahpun tamat dan Azri lpergi mengembilnya dari hotel Mahkota dan membawanya terus kolam udang. Setelah 45 minit kami berada disana kami pun terus balik ke hotel dan meninggalkan Encik Fikri dan rakan rakanya yang masih lagi ralit memancing udang. Sebelum kami balik Encik Fikri sempat memberitahu Azril bahawa esok dia tidak dapat datang ke bandar Melaka menemani Azril disebabkan esok dia terlibat dengan operasi.

Azril dan Isteri Tercinta di restoran Hotel Mahkota Melaka
.

Renangan dari seorang suami
.

Azril mengapungkan badan
.

Berehat sebentar setelah penat bermain air
.

Jelitanya isteri Azril bergambar dengan pakaian rasmi yang akan digunakan semasa persembahan pameran kursus nanti.

No comments: