Thursday, December 16, 2010

Hari Rabu Azril Azlina @ Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka

Hari Rabu Azril Azlina @ Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
.
Catatan 08/12/2010.
Ini adalah catatan yang merupakan kesinambungan dari pengalaman percutian Azril dan Isteri Tercinta di Melaka setelah semalam kami pulang dari menziarahi Encik Azil Fikri dan makan di Umbai. Pagi itu setelah bangun pagi kami pun terus bersiap untuk melawat ke salah satu tempat yang paling bersejarah di Melaka dan sebelum kami kesana kami ke kedai makan terlebih dahulu. Setelah kami makan lalu kami pun terus melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang terletak bersebelahan kubu penjajah portugis.


Isteri tercinta dihadapan bangunan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka
.
Puan Azlina dihadapan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang diletakkan didalam cermin
.

Inilah dia Replika Istana Pagar Ruyung
.

Tegak betul Azril berdiri dihadapan Replika Istana Kenangan
.

Ini adalah bekas air yang digunakan pada zaman dahulu
.

Perhiasan istana yang dinamakan Pahar
.


Lipatan kain yang menunujukkan bentuk barang yang dihadiahakan dari Sultan kepada penerima anugerah
.

Cantik kan ukiran kayu ni
.

Puan Azlina dihadapan pakaian tradisional negeri Pahang
.

Ini pula pakaian tradisional negeri Pulau Pinang
.

Replika Istana Seri Menanti
.

Kamar Beradu Diraja yang sungguh indah dan wanita dihadapan kamar itupun cukup indah
.

Cucuk sanggul dan mahkota hiasan kepala
.

Dihadapan mural pahlawan melayu yang Azril cukup kagumi Dato Laksamana Hang Tuah
.


 Setelah kami melawat Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka yang sungguh bersejarah itu kami pun bercadang untuk meneruskan kegembiraan kami ke satu tempat lagi. Akan tetapi tempat yang akan kami lawati adalah tempat yang santai dan cukup untuk melihat fauna yang lain dari yang lain.
.

2 comments:

Anonymous said...

ini adalah bukti ketuanan melayu ada dan wujud didalam darah saudara... disini kita dpt tgk betapa besarnya keindahan bangsa melayu dan raja-rajanya... walaupun kita pergi ke seluruh pelusuk dunia janganlah kita malu untuk mengaku kita ni melayu... MELAYU adalah bangsa yang berdaulat,bersopan santun,hormat menghormati,berbudi bahasa,kuat pengangan agama dan suka bergotong royong....mungkin saudara boleh tambah lagi klu saya tertinggal...

dari nukilan-GAGAK DI RIMBA

azril said...

Salam saudara

Terima Kasih kerana ziarah blog saya dan saya tak nak tambah apa apa. Memang menarik dan lengkap apa yang diperkatakan oleh saudara.