Tuesday, September 21, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR

Buat calon calon peperiksaan UPSR seluruh tanahair Malaysia ini termasuk adik saya yang ke 9 Cik Nur Hannah yang merupakan adik bongsu saya, saya mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR yang telah bermula pada hari ini.

Disiplin dalam belajar adalah yang paling penting dimana ketepatan masa adalah sesuatu yang diperlukan dalam mengulangkaji pelajaran di waktu waktu akhir.

Mulakan doa dan minta restu kedua mak dan ayah sebelum keluar rumah dan jawap dengan yakin dengan yakin dan tenang. Berusahalah bersungguh sungguh agar medapat keputusan yang terbaik demi masa depan yang gemilang.

Sebelum malangkah kaki keluar dari rumah baca doa penerang hati dan benyakkan berzikir. Apa yang penting cuba tanamkan azam yang kita akan berjaya. Yakin dengan diri sendiri dan tapi awas jangan terlalu yakin.

Selepas habis satu satu kertas peperiksaan jangan berbincang dengan kawan kawan tentang kertas yang lepas ini adalah kerana untuk mengelakkan motivasi minda menjadi negatif.

Inilah stakat ini yang saya dapat coretkan kali ini sebab saya pun pernah mengambil peperiksaan UPSR.

................................................................................

Kepada Cik Nur Hannah:- jawap dengan tenang dan yakin, abang tahu Nur boleh lakukan yang terbaik demi masa depan yang gemilang kan Nur nak jadi Pendidik. Apapun ikuti tips yang abang lakukan sewaktu nak pergi periksa.


Cik Nur Hannah yang ceria
.

Nur Hannah yang sentiasa tersenyum.
.

1 comment:

Nur said...

Hana lama tak tengok blog abang sejak ulangkaji UPSR.Hana baca blog abang.Tersentuh hana membaca abang punya blog.Apapun Hana ucap terima kasih...