Azril Azlina di Pameran Keajaiban Khazanah Kapal Karam
Catatan 31 Disember 2011
Catatan ini merupakan kesinambungan dari percutian kami di Tanah Tinggi Genting dan lawatan kami di Pameran Jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara.
Setelah kami keluar dari Galeri 3 yang menempatkan Pameran Jejak Upin dan Ipin kami pun terus ke satu lagi tempat menarik iaitu Pameran Keajaiban Khazanah Kapal Karam yang terletak di Galeri 2. Setelah membayar tiket masuk, Azril dan Puan Azlina terus masuk ke dalam galeri Pameran Keajaiban Khazanah Kapal Karam, dengan lampu yang agak kebiruan kami berasa seolah olah kami berada didalam terowong dasar laut yang diselimuti oleh air laut yang membiru sebaik sahaja kami melangkah ke bilik pameran tersebut.
Azril menjadi semakin teruja apabila melihat pelbagai artifak yang dipamerkan disana dan Azril pun membaca setiap ayat di poster yang diletakkan didinding untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang terjadi. Artifak yang dipamerkan disana adalah mangkuk seramik, perhiasan, baju, tanduk, gading gajah, pisau, senapang, peluru, hantaran perkahwinan, emas, meriam dan banyak lagi. Antara faktor penyebab yang menyebabkan kapal tersebut karam adalah berlanggar sesama sendiri, diserang, terlanggar terumbu karang dan faktor cuaca.
Antara replika yang dipamerkan
.
Sat sat nak dok bersila pulak
.
Pegang pegang pecah nanti.
.
Azril kat luaq muzium dah nak balik dah
.
No comments:
Post a Comment