Thursday, June 14, 2012

Azril Azlina bercuti di Tanah Tinggi Genting


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

Azril Azlina bercuti  di Tanah Tinggi Genting

Catatan 29/12/2011
Catatan kali ini diteruskan dengan pengembaraan Azril dan Isteri Tercinta ke Tanah Tinggi Genting. Perjalanan Azril bermula pada jam 5 petang iaitu selepas Azril mengetik kad perakam waktu. Perjalanan agak sesak dengan pelbagai kenderaan meluru masuk ke jalan besar seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan. Setengah jam masa diambil dari tempat kerja Azril untuk ke Lebuhraya sedangkan perjalanan hanyalah sejauh 5 kilometer. Pada jam 5.35 petang Azril pun menyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Juru dan dimana pemanduan kali ini agak perlahan disebabkan pelbagai jenis kenderaan berada di lorong paling kanan.

Pemanduan agak selesa bermula selepas susur masuk ke Jawi dimana kebanyakkan kenderaan menyusur keluar dari lebuhraya. Azril seperti biasa akan berada di lorong paling kanan dan dengan dengan kelajuan yang dibenarkan terus membelah lebuhraya. Pemanduan Azril terhenti setelah 2  jam ketika Azril mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, setengah jam kemudian selepas habis semua urusan Azril pun meneruskan perjalanan semula. Setelah lama memandu kereta dan pada jam 10.30 malam Azril pun sampai di rumah isteri Azril di Kuantan.

Setelah sampai isteri tercinta pun menghidangkan makanan dan kami pun makan dengan sungguh berselera sekali. Menu hari ini agak istimewa disebabkan isteri Azril masak gulai daging ala ala gulai Pulau Pinang, sayur bayam dan cabai melaka lenyek kicap. Setelah makan, kami pun duduk di ruang tamu dan kami pun bersembang antara satu sama lain sehingga larut malam. Antara tajuk penceritaan paling panas adalah berkenaan dengan keadaan di tempat kerja masing masing.

Catatan 30/12/2011
Pagi ini Azril bangun agak lambat disebabkan hari ini Azril dan Puan Azlina bercuti rehat, pada jam 9.30 pagi isteri Azril mengejutkan dari tidur dan mengajak Azril makan disebabkan isteri Azril telah memasak makanan untuk berasarapan pagi. Selepas bersarapan Azril pun terus memeriksa kereta manakala Puan Azlina pula  beg dan pelbagai barangan kegunaan harian disebabkan kami akan pergi bercuti di Tanah Tinggi Genting.

Pada jam 11.30 pagi kami pun keluar dari rumah untuk memulakan perjalanan cuti kami dan 15 minit kemudian kami pun menyusur masuk ke Lebuhraya Pantai Timur melalui Plaza Tol Gambang. Perjalanan kami terhenti setengah jam kemudian setelah kami berhenti sekejap di Hentian Rehat Gambang. Setelah kami mengisi minyak kerata kami pun meruskan semula perjalanan dan pada jam 1 petang kami pun berhenti Masjid Lentang yang terletak disebelah lebuhraya. Setelah sampai Azril pun turun dari kereta untuk bersembahyang Jumaat dan meninggalkan Puan Azlina di dalam kereta sambil melayari internet dengan menggunakan telefon bimbit. Sungguh menakjubkan disini capaian menjangkaui Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi atau lebih denali sebagai HSDPA tahap 5 iatu yang paling laju dan isteri Azril pun melayari internet dengan riang sekali.

Kedaan sekitar Masjid Lentang memang menarik disebabkan tempat letak pelbagai kenderaan yang terdapat disana, dibahagian bawah perkarangan terdapat tempat letak lori dan bas manakala dihadapan dan disebelah Masjid Lentang pula tempat letak kereta. Didalam Masjid Lentang terdapat penghawa dingin yang menyamankan sesiapa sahaja yang bersolat disana. Yang membuatkan Azril terkejut adalah tabung derma disana adalah dari kaca lutsinar, kita dapat melihat berkeping wang kertas berlainan warna selain dari RM 1 terdapat juga berkeping keping wang kertas RM 50.
`
Setelah bersembahyang Jumaat, Azril dan isteri Azril pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di Taman Gotong jaya, dengan mengikut papan tanda kami terus memandu kereta dalam keadaan gear rendah. Inilah pertama kali Azril memandu nak ke Tanah Tinggi Genting, sebelum ini kami akan tinggal di Taman Gotong Jaya sahaja dan kamii akan ke atas dengan menaiki kereta kabel. Dengan berhati hati Azril memandu naik ke Tanah Tinggi Genting, ini disebabkan jalan licin kerana disana baru sahaja berhentinya hujan.Tiba tiba Azril membrek apabila bas dihadapan Azril berhenti di satu selekoh naik yang cukup tajam, kalau di Pulau Pinang kami memangilnya sebagai "kona patah", setelah agak lama melalui jalan raya yang berpusing pusing kami pun sampai di Tanah Tinggi Genting.

Setelah sampai kami pun memandu kereta ke lobi hotel yang berdekatan dan kami dapati di papan kenyataan yang terdapat disana menunjukkan bahawa bilik biasa kesemua hotel telah penuh dan yang ada hanyalah besar yang hanya terdapat di Hotel First World. Azril pun terus memandu sehingga kami sampai di hadapan Hotel First World. Setelah meletak kereta di tepi jalan Azril pun terus masuk ke lobi hotel tersebut, setibanya sana, Azril terus ke kaunter hotel dan memaklumkan kepadanya yang Azril hendak menempah satu bilik. Perkerja kaunter tersebut terus memaklumkan pada Azril yang Azril perlu mengambil nombor giliran, apabila Azril mengambil nombor tersebut, Azril amat terkejut kerana Azril perlu menunggu 30 orang lagi di kaunter dan apabila terpandang keunter daftar masuk sekali lagi Azril terkejut, ini adalah kerana Hotel First World terdapat 32 kaunter daftar masuk.

Azril pun terus turun semula ke kereta dan memaklumkan pada isteri Azril yang kami perlu meletak kereta terlebih dahulu dan setelah kami meletak kereta kami pun turun semula ke lobi hotel. Maka dialog pun bermula

Azril   :   Cuba sayang teka apa depa buat kat situ

Azlina :   Isi borang kot

Azril   :   Cuba teka lagi

Azlina :   Hmm, tengah nak ambil benda kot

Azril   :   Jawapannya  depa semua semua dok tunggu nak daftar masuk, sebab kaunter kat sini ada 32 buah kaunter

Azlina :   Wah... banyaknya macam kanter tiket bas pun ada

Azril   :   Hahahahha, nombor giliran kita pun banyak...

Setelah sampai nombor giliran, Azril pun pergi ke kaunter untuk daftar masuk dan selepas 15 minit kami naik ke bilik dan setelah meletak semua beg dibilik kami pun turun semula ke bawah untuk ke Taman Tema Luar. Sesampainya kami disana kami dimaklumkan bahawa Taman Tema Luar telah pun ditutup akibat kabus yang tebah ditambah pula hujan yang renyai renyai. Kami pun melepak sebentar di luar Taman Tema sambil memerhatikan gelagat pengunnjung bermain permainan gelongsor terbang atau "Flying Coaster". Keadaan disana cukup sejuk sehingga Puan Azlina membeli sarung tangan dan setengah jam kemudian hujan pun berhenti dan Azril pun bertanya pada perkerja yang berada disana tentang penutupan Taman Tema Luar dan mereka memaklumkan pada Azril bahawa ia ditutup terus untuk hari ini.

Setelah berada agak lama diluar bangunan kami pun tyerus masuk semula ke dalam bangunan dan tempat pertama yang kami kunjungi adalah Restoran yang diiktiraf halal oleh JAKIM iaitu Restoran Pizza Hut. Setelah kami duduk, kami terus memsan makanan ini adalah kerana kedingingan cuaca menyebabkan kami lapar dan dahaga. Setengah jam kemudian, makanan yang kami pesan pun sampai dan kami pun makan dengan berselera sekali. Setelah makan kami pun terus berjalan jalan dikawasan sekeliling Taman Tema Dalaman.

Memang kami teringin sangat hendak bermain banyak permainan yang terdapat disana tetapi apakan daya kami terpaksa beratur panjang disebabkan ramai orang disana maklumlah waktu tersebut merupakan cuti sekolah. Setiap tempat yang menarik untuk kami pergi mengambil masa setengah jam disebabkan terlalu ramai orang yang beratur disana. Setelah habis beberapa aktiviti dijalankan disana, kami pun makan sekali lagi di restoran diiktiraf halal oleh JAKIM iaitu Restoran Marry Brown. Setelah makan kami  pun naik di hotel dan alangkah terkejutnya kami apabila kami dapati bilik kami berkabus dan terlalu sejuk disebabkan kami lupa untuk menutup tingkat sebelum kami keluar tadi, maka terpaksalah kami tidur dengan memakai jaket.

Catatan 31/12/2011
Pagi ini kami bangun dengan agak awal disebabkan cuaca yang agak sejuk dan kami pun bersiap untuk makan, setelah kami turun di lobi hotel kami dapati ramai pengunjung baru sampai dan mereka menunggu waktu untuk mendaftar masuk. Kami pun terus turun ke First Worl Plaza untuk bersarapan pagi di Restoran KFC, ini adalah kerana diiktiraf halal oleh JAKIM. Semasa di Restoran KFC kami pun memilih tempat di tepi tingkap, ini adalah memudahkan kami untuk melihat pemandangan yang terdapat disana. Semasa disana, kami dapat melihat ramai pengunjung telah memenuhi Taman Tema Luar walaupun tempat tersebut baru dibuka pada jam 10 pagi. Setelah kami makan kami pun terus naik semula ke hotel untuk bersiap turun. Pada jam 11.30 pagi kami pun terus mendaftar keluar dari hotel dan kami dengan berhati hati memandu turun dari Tanah Tinggi Genting.

Setelah turun kami pun terus memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur Karak melalui Genting Sempah  dan perjalanan kami sejauh 40km terhenti di Gombak Setia, tujuan kami kesana adalah mengahadiri majlis perkahhwina anak kepada sepupu Ayah iaitu Pak Cik Omar bin Sharif. Setelah beramah mesra antara satu sama lain kami pun terus masuk kedalam dewan untuk menjamu selera, setengah jam kemudian kami pun pun pulang, bukan pulang ke rumah tetapi ke..............

Percutian seterusnya akan bermula :)

 Jam dah pukui 5 dah, jom kita balik Kuantan
.
 Berhenti sekejap Sembahyang Jumaat
.
 Azril ketika di kaunter daftar masuk Hotel First World
.
 Gambar gunung ganang dirakamkan dari tingkap bilik penginapan kami
.
Kita makan sup dulu
.
 Makanan yang kita pesan tak sampai lagi, jom kita tangkap gambaq dulu
.
 Kabus tebai sampai tak nampak bangunan kat belakang
.
 Puan Azlina memilih sarung tangan yang dijual disana
.
 Tiba tiba kabus dah tak dah sebab angin kencang dan hujan dah mula turun. Lari masuk dalam bangunan
.
Kami ketika di kenderaan udara yang terdapat disana
 Optimus Prime yang tak dak pancaran api kehidupan
 Naga hijau dah mai dah, tengok di semboq api, nasib baik api lampu
.
 Jom rusa, Azril dah pegang tanduk hang, jom bawak terbang
.
 Coklat oh coklat
.
 Comelnya isteri sapa ni
.
Puan Azlina ketika di lobi
 Sandaq sat kat depan lobi hotel. Kat sini dok bau asap qeta saja
.
 Azril di hadapan lif 
.
 Isteri tercinta dihadapan peta dan jam waktu seluruh dunia
.
 Jom kita balik
,
 Beg dah tarik dah nak pi kat qeta. Cantik isteri akku dengan baju kurung
.
 Kita berenti st kita ambik gambaq, lepaih ni tak tau bila pulak nak mai

2 comments:

Anonymous said...

EN.AZRIL...........ENCIK BERADA PADA MASA HADAPAN..... WOW BLEH TAK SAYA NAK GUNA MESIN MASA ANDA UNTUK LIHAT MASA DEPAN SAYA...HEHEHE....GURAU JE EK....


NUKILAN GAGAK DI RIMBA....

azril said...

Salam
Aduih Tersilap tarikh lah pulak
Nasib baik dah betoi dah