Assalamualaikum Tanggal 12 Jun 2006 yang lepas aku dan rakan sekerja aku ikut pergi rombongan ke Melaka. Apa yang menariknya rakan aku seperti Johari dan Radzi turut serta dalam rombongan tersebut. Kami melawat pelbagai tempat yang menarik kebanyakkan tempat yang kami lawati kaya dengan warisan sejarah dan mempunyai cerita di sebalik sesuatu.
Antara tempat menarik yang kami lawati adalah di Rumah Melayu Melaka seperti di dalam gambar. Tapi yang tidak menarik tentang gambar aku adalah disebabkan member aku ambil gambar dengan menggunakan contrast dan effect yang tinggi serta di tambah dengan fungsi-fungsi digital camera yang tidak difahami oleh member aku maka terhasil gambar aku seperti yang dipaparkan. Itu tak penting, bagi aku paling penting adalah kenangan menarik samada di tempat tersebut, pemandangan, suasana, keadaan budaya di sana dan insan di sana.
Bagi aku mana-mana tempat yang aku lawati semuanya menarik walaupun aku bergerak seorang atau berkumpulan. Tak kira tempat tersebut lama atau baru, tetapi yang paling penting adalah kenangan. Dengan melihat tempat menarik dapatlah secara tak lansung menyelesaikan kekusutan otak aku ni. Senang cakap release tension
Kadang kadang aku tertanya pada diri aku kenapa aku cukup tertarik pada sesuatu tempat walaupun tempat tersebut tidak cukup kriteria seperti tak berapa menarik, tak ramai pengunjung, tak berapa ada sangat kemudahan dan beberapa sebab yang member aku tak suka.
Aku selesa dengan pandangan aku hahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Entahlah.......................
Keterangan gambar kat bawah ni
Gambar tersebut diraka ketika aku tengah berada di Taman Buaya Melaka. Adakah patut mak cik mak cik rombongan tu kata kat kami buaya 3 orang (aku, radzi dan jo) nak pi tengok buaya sebab tu tak kawin kawin, hahaha kawin nanti lah aku kawin malaslah nak fikir. Ni aku nak marah ni adakah patut depa panggil aku yang baik ni buaya. Hahahaha.