Friday, October 06, 2006

Kebun Bunga Pulau Pinang


Taman Kebun Bunga (Botanical Garden) Pulau Pinang

Gambar ini dirakamkan pada tahun 2005, waktu ini aku pergi kesana bersama kawan kawan aku. Aku selalu juga datang ke Taman Kebun Bunga tapi tak sempat nak merakamkan gambar mungkin terlalu sibuk memerhatikan keadaan sekeliling samada flora, fauna dan manusia atau tidak bawa kamera aku ke sini. Hahahahahahaha

Waktu itu kawan aku Fadli yang perkerjaanya sama dengan aku tetapi dia berkhidmat di Pahang melawat Pulau Pinang. Aku pun bawa dia jumpa member aku Azreil di Bayan Baru. Kami pun pergi membawa Fadli pusing satu Pulau Pinang dan sempat juga merakamkan beberapa gambar untuk kenangan.

Kami di sana akibat terlalu asyik memerhatikan keindahan alam sekitar samada flora yang menghijau dan fauna yang sungguh ceria bermain sesama mereka membuatkan aku terlupa masa aku. Aku kemudiannya disapa oleh member aku dan dia menyatakan kami di sini sudah pun 3 jam dan banyak tempat lagi untuk pergi dan membawa member aku berjalan jalan pusing Pulau Pinang.

Tentang gambar di atas, dimana gambar tersebut dirakamkan bersebelahan pokok yang terletak di sebuah padang luas yang ditanam satu spesis pokok sahaja iaitu pokok bunga kemboja. Boleh dianggarkan di atas padang tersebut terdapat lebih 20 pohon bunga kemboja
.