Friday, October 20, 2006
Berkerja di KFC
Berkerja di KFC
Setelah tamatnya persekolahan di Bukit Mertajam High School. Sementara menantikan keputusan SPM aku pun berkerja sementara di KFC Bukit Mertajam. Ceritanya bermula apabila aku tamat saja kertas akhir untuk subjek terakhir SPM aku pun pulang terus ke rumah. Kemudiannya aku pun terus pergi ke KFC. Nasib aku cukup bertuah pada hari tersebut kerana manager KFC masih belum balik lagi sempat juga beliau temuduga aku dan aku diberitahu supaya pergi ke Majlis Perbandaran untuk mengambil ubat.
Apabila aku pergi ke Majlis Perbandaran dan aku disuruh mengambil ubat dan diberi pelalian. Tujuan ubat dan pelalian diberi adalah sebagai pengendali makanan kami perlu diberi pelalian tersebut supaya kami sihat cergas dan aktif. Hahahahahahaha. Lawak je. Jangan marah. Tujuan sebenar ubat itu adalah untuk mengelak penyakit berjangkit seperti T.B dan Taun.
Kemudian, 4 hari kemudian aku pun dibenarkan melapor diri di KFC Kompleks Bukit Mertajam. Maka pada hari itu jugalah pelajaran baru dipelajari oleh aku iaitu tentang dunia perkerjaan. Aku kemudiannya diberi penerangan tentang sejarah KFC dan prosedur sebagai seorang perkerja di KFC oleh Encik Bukhari yang merupakan Pemangku Pengurus Restoran. Kemudian aku diajar pula tentang kebersihan diri oleh Encik Rizal yang juga merupakan Penolong Pengurus Restoran, dimana sebagai seorang perkerja di KFC aku perlu menekankan aspek kebersihan yang begitu tinggi. 1 jam kemudian aku diajar tentang cara membersih peralatan dengan mengunakan antiseptik oleh Cik Linda yang juga merupakan salah seorang dari Penolong Pengurus Restoran. Kemudian aku diperkenalkan kepada kawan kawan di KFC Komplek Bukit Mertajam yang cukup peramah dan baik serta sanggup menegur apa saja kesalahan yang ada demi kebaikan diri aku.
Pada hari aku melapor diri tersebut juga bermulanya satu lembaran baru dalam hidup aku dan dimana episod suka dan duka silih berganti, berganti ganti antara cabaran dan dugaan. Tetapi apa yang penting adalah apa yang aku cari iaitu pengalaman dapat mematangkan diri aku dan membuat aku tidak berasa susahnya hidup walaupun aku berhadapan dengan masalah yang besar sekalipun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment