Monday, October 26, 2009

Bas Pilihan Ramai


Bas Pilihan Ramai

Aku suka naik bas sebab bas mendekatkan yang jauh dan aku tak suka naik bas sebab bas menjauhkan yang dekat. Ok lah jangan pening. Aku mulakan catatan aku yang keseorangan di kuarters ni.

Aku suka naik bas sebab pada hari Jumaat sebab aku dapat jumpa isteri aku dan aku tak suka naik bas pada hari Ahad sebab aku terpaksa balik ke kuarters keseorangan selama seminggu.

Kalau semua nak tahu hari ini hari Isnin, setiap hari Isnin aku akan pergi makan malam di rumah orang tua aku yang terletak di Taman Permata yang jaraknya baru 15km je. Tapi cuma hari Isnin saja. Hari lain aku makan keseorangan di kuarters.

Berbalik pada cerita bas tadi bukan nak promosi tapi terpulang apa kawan kawan nak kata. Aku suka naik bas Mara Liner sebab :

Mara Liner menggunakan bas ekspres prestasi tinggi bagi perjalanan jarak jauh. Dengan 27 tempat duduk (2+1)

Enjin berkeupayaan tinggi (13000cc) @ 310 hp
Sesuai untuk perjalanan jauh & berbukit
Sistem suspensi berudara (air bellows)
Muatan barang yg lebih (chasis – raised center frame)
Halaju enjin boleh dikawal (speed limiter)
Enjin mesra alam (Euro 2)
Brake retarder untuk sistem keselamatan tambahan

Sebahagian besar bas ekspres Mara Liner menggunakan kerusi yang istimewa bagi memberikan keselesaan kepada penummpang. Sebut tentang kerusi ada satu bas tu namanya agak gah di persada dunia bas ekspress tetapi apabila aku yang tinggi 185cm duduk aku kena angkat lutut sebab sangkut lutut aku dan aku kena duduk secara menegak sepanjang perjalanan. Sebab tu aku memilih bas ekspres Mara Liner sebab aku yang tinggi ni pun boleh menlunjurkan kaki tanpa diganggu oleh kerusi orang di hadapan.

Selain itu enjin yang bagus berkeupayaan 13000 cc sangat mudah untuk mendaki bukit terutama sebelum terowong di Ipoh dan sebelum tol Jelapang. Kalau bas lain jenuh nak naik bukit bukan saja bas yang bergoyang malah penumpang juga bergoyang goyang seperti naik kereta lembu.

Inilah sebab sebab aku suka naik Mara Liner. Haaa lupa nak cakap kalau tiket kita pukul 11.59 malam, pabila tepat pukul 11.59 malam bas tersebut akan berjalan terus tanpa menunggu bas penuh.

Ok semua selamat menaiki bas ke destinasi impian ada

No comments: