Thursday, September 02, 2010

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Selasa Azril Azlina @ 21 Ramadhan 1431 Hijrah
.
Pada pagi 21 Ramadhan 1431 yang lepas pada jam 10 aku dan isteri tercinta ke pasar pagi yang terletak di Jaya Gading dan kami pun membeli barangan keperluan untuk dimasak diwaktu berbuka puasa nanti. Pada pukul 6 petang isteri aku pun memulakan kerja masakannya.

Kali ini lauk kami ringkas sahaja disebabkan aku lebih suka lauk yang ringkas. Bukannya apapun tetapi hakikatnya setelah makan nanti aku akan naik bas jika aku terlampau kenyang nanti takut aku rasa kurang selesa nanti atas bas nanti.)

Selepas kami berbuka puasa kami pun terus solat dan bersiap untuk ke Terminal Makmur Kuantan. Pada jam 9.00 malam bas pun bergerak meninggalkan terminal bas dan aku pun terus tidur dan pada jam 6.00 pagi aku pun sampai di Butterworth.


Inilah juadah berbuka kami - juadah yang ringkas dan sangat sedap
.

Inilah dia lauk yang aku paling suka makan dan aku teringin sangat nak makan di bulan Ramadhan ini - Ikan temenung (kembong) masak wap
.

Salah satu dari masakan kegemaran aku - jantung lembu masak pedas
.

Cucoq yang paling aku suka makan cucoq kodok
.

No comments: