Tuesday, August 23, 2011

Peristiwa 6 Ramadhan 1432 Hijrah

Peristiwa 6 Ramadhan 1432 Hijrah
Catatan 6 Ogos 2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari cerita Azril dan Azlina setelah kami berbuka puasa dengan ketam. Alkisahnya penceritaanku bermula disini. Setelah azan maghrib berkumandang kami pun terus mengungah kurma dan mencapai segelas air untuk diminum, setelah itu kami pun terus bersembahyang maghrib. Tujuan kami bersembahyang maghrib di awal waktu adalah disebebkan selepas solat kami akan terus menjamah nasi dan ketam serta kami juga tidak risaukan tentang kekenyangan disebabkan kami telah bersolat terlebih dahulu. Maklumlah ketam mempunyai kuli yang keras dan proses mengopek kulit sambil makan tentunya akan mengambil masa yang lama.

Setelah tiga perempat ketam dimakan oleh Azril dan isteri tercinta, tiba tiba Puan Azlina terus membasuh tanganya keadaan senyum dia memegang pisau dan sambil bergurau dengan Azril. Pelbagai perkara telah diucapkan oleh kami dalam kedaan tawa dan gembira ketika itu dan isteri Azril terus mengambil plastik yang terdapat makanan kering didalamnya. Isteri Azril pun terus memotong plastik tersebut dengan menggunakan pisau yang agak tumpul. Azril pun mengambil sepit ketam dan menggigit tiba tiba selepas bunyi kulit ketam tersebut pecah bunyi pula pisau terrjatuh ...................

Azlina   :  Abangggggggggggggg !!!!!!!!!!!

Azril    :  Awat pasaipa.................

Azril terus bangun meluru kerah isteri Azril yang berada dalam kedaan sakit. 

Azlina   :  Sakitnyaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!! darah ni..............

Azril    :  Ya Allah........... banyaknya darah ni......... sat sat abang pi ambik tisu. 

Sewaktu itu Puan Azlina pun membasuh tanganya yang telah terbelah akibat terpotong dengan pisau yang tumpul tersebut. Azril pun mengambil tisu tebal yang digunakan didapur lalu membalut jari isteri azril. Setelah lima kali balutan pun darah masih lagi banyak dan Azril pun membuka balutan tersebut dan mendapati memang dalam luka tersebut. 

Azril    :  Jom kita siap pi klinik, luka ni nak kena jaik ni dalam sangat lagi sikit nak nampak tulang, lepaih tu pulak darah tak berenti meleleh ni. 

Setelah enjin kereta dihidupkan kami pun pergi klinik yang berdekatan dan alangkah terkejutnya kami pabila kedua kedua klinik tersebut telah pun tutup.

Azlina   :  Nak buat macam mana klinik dah pun tutup

Azril    :  Kalau nak pi hospital jauh sangat sampai kat bandar Kuantan pulak, takpa jom kita pi klinik kat tempat kerja sayang

Puan Azlina terus menelefon kawannya yang berkerja di klinik dan nasib kami baik kerana diwaktu itu Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Hasniza dan Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Ain ada disana. Setelah kami sampai pegawai bertugas pun terus merawat Puan Azlina. Syukur Alhamdulilah dengan pertolongan Allah melalui hambanya akhirnya luka tersebut berjaya dicantum semula dengan menggunakan jahitan lima jarum. Setelah itu kami pun pulang ke rumah

 Inilah dia jari Puan azlina yang terbelah itu
.
 Puan Azlina menutup mukanya menahan sakit pabila lukanya dijahit
Terima kasih Azril dan Azlina ucapkan pada Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Hasniza dan Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Ain yang bertungkus lumus merawat isteri Azril ketika di Pusat Kesihatan

Monday, August 22, 2011

Sijil Nur Hannah Binti Hamzah

Sijil Nur Hannah Binti Hamzah
Catatan 25/07/2011 
Ketika Azril sampai di rumah mak dan ayah di Taman Permata, Azril pun mengajak mak dan ayah makan malam. Selepas makan ayah pun keluar untuk ke masjid. Seperti biasa Azril akan bersembang dengan mak dan adik adik, ini merupakan kebiasaan disebabkan Azril akan pergi ke rumah mak dan ayah seminggu sekali. Tiba tiba adik Azril yang bongsu Cik Nur Hannah menghulurkan sekeping kertas pada Azril. Dialog antara adik beradik pun bermula 

Azril : Apa ni Nur? Retaih apa ni, macam sijil saja 

Nur : Ni bukan retaih biasa ni, yang ni sijil yang Nur dapat dapat minggu lepas. Sekolah Nur bagi masa penyampaian hadiah 

Azril : Oh ya ka, sat abang nak tengok 

Azril : Tahniah Nur, yang kad ni apa pulak? 

Nur : Yang ni pulak baucar makan Nur dapat, Nur dapat kad makan pizza dan baucar pizza jugak 

Azril : Untuk sekolah tak dak ka? Nak beli buku ka? 

Nur : Abang tengok betui betui kat bawah tu kan ada baucar koperasi sekolah. 

Azril : Nur bagi semua kat abang sat, abang nak tangkap gambaq.


Sijil yang Nur Hannah dapat
.
baucar makanan dan baucar buku
.

Apapun abang harap Nur berusaha bersungguh sunggu agar dapat mendapat kecermelangan didalam semua matapelajaran. Tujuan abang meletakkan gambar sijil dan baucar yang Nur dapat adalah bagi membakar semangat Nur supaya berusaha bersunguh sungguh dan berjaya dengan keputusan 9A dalam PMR dan 9A dalam SPM. Nur kena ingat zaman sekarang ini merupakan zaman yang mencabar...................

Saturday, August 20, 2011

Nilai 2 Ringgit

Nilai 2 Ringgit.

Zaman yang mencabar ini menunjukkan peningkatan harga pelbagai jenis barangan. Ini juga berkait rapat dengan peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Perkara tersebut memang tidak dapat dielakkan, diseluruh dunia mengalami perkara yang sama termasuklah negara ekonomi dunia. Baiklah, azril tak nak teruskan bercerita tentang peningkatan harga barangan dan apa yang ingin diceritakan oleh Azril adalah berkaitan dengan 2 ringgit.

2 ringgit yang azril maksudkan disini adalah tiket tambang bas Rapid Penang dari terminal bas Penang Sentral ke bandar Bukit Mertajam. Cuba bayangkan bas yang cukup berhawa dingin ditambah pula dengan tempat duduk yang selesa hanya Rm 2 sahaja.

Kepada sesiapa yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang bolehlah menaiki bas Rapid Penang yang dimana stesen di sebelah Seberang Perai adalah di Terminal Penang Sentral Butterworth, stesen disebelah pulau pula adalah di Weld Quay.

Setiap pagi Isnin ketika Azril sampai dari Kuantan ke Butterworth dengan menaki bas ekpress, Azril akan menaiki bas 701 yang bertambang RM 2 pula untuk pulang ke Bukit Mertajam.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 18, 2011

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39 di Pulau Pinang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39 bertempat di Pulau Pinang

Lokasi Mesyuarat : Dewan Sri Pinang
Tarikh : 25 Jun 2010

Dari kiri : Encik Radzi, Azril, Encik Johari dan Encik Nazreen
.
Azril bergambar disebelah Pengerusi KPPTPP Encik Mohd Rushdi
.

Antara orang terawal yang berada didalam dewan
.
Dari kiri Encik Zaidi, Encik Firdaus, Azril, Encik Johari dan Encik Hamid
.
Presiden KPPTSM menyampaikan amanat penting kepada semua PPT yang hadir
.
Encik Farid dan Encik Azrol khusyuk mendengar amanat yang disampaikan
.
Tarian dan persembahan kebudayaan oleh unit budaya
.
Ucapan oleh Dato PTG Dato Ariffin
.
Dato PTG memukul gong menandakan prasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KPPTSM kali ke 39
.
Azril ketika di luar dewan sewaktu rehat
.
3 orang model PPT Encik Nazreen, Encik Firdaus dan Encik Safar
.

Wednesday, August 17, 2011

Hadis Qudsi Mengenai Puasa

Hadis Qudsi Mengenai Puasa

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." 

(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
..........................................................
....................................
.................

Terharu jugak Azril dengar............ terutamanya ayat "maka sesungguhnya puasa itu untukKu

Ini menunjukkan bahawa kita berpuasa hanya untuk Allah dan Allah sahaja yang memberi balasan terhadap puasa yang kita lakukan.