Peristiwa 6 Ramadhan 1432 Hijrah
Catatan 6 Ogos 2011
Catatan ini merupakan kesinambungan dari cerita Azril dan Azlina setelah kami berbuka puasa dengan ketam. Alkisahnya penceritaanku bermula disini. Setelah azan maghrib berkumandang kami pun terus mengungah kurma dan mencapai segelas air untuk diminum, setelah itu kami pun terus bersembahyang maghrib. Tujuan kami bersembahyang maghrib di awal waktu adalah disebebkan selepas solat kami akan terus menjamah nasi dan ketam serta kami juga tidak risaukan tentang kekenyangan disebabkan kami telah bersolat terlebih dahulu. Maklumlah ketam mempunyai kuli yang keras dan proses mengopek kulit sambil makan tentunya akan mengambil masa yang lama.
Setelah tiga perempat ketam dimakan oleh Azril dan isteri tercinta, tiba tiba Puan Azlina terus membasuh tanganya keadaan senyum dia memegang pisau dan sambil bergurau dengan Azril. Pelbagai perkara telah diucapkan oleh kami dalam kedaan tawa dan gembira ketika itu dan isteri Azril terus mengambil plastik yang terdapat makanan kering didalamnya. Isteri Azril pun terus memotong plastik tersebut dengan menggunakan pisau yang agak tumpul. Azril pun mengambil sepit ketam dan menggigit tiba tiba selepas bunyi kulit ketam tersebut pecah bunyi pula pisau terrjatuh ...................
Azlina : Abangggggggggggggg !!!!!!!!!!!
Azril : Awat pasaipa.................
Azril terus bangun meluru kerah isteri Azril yang berada dalam kedaan sakit.
Azlina : Sakitnyaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!!! darah ni..............
Azril : Ya Allah........... banyaknya darah ni......... sat sat abang pi ambik tisu.
Sewaktu itu Puan Azlina pun membasuh tanganya yang telah terbelah akibat terpotong dengan pisau yang tumpul tersebut. Azril pun mengambil tisu tebal yang digunakan didapur lalu membalut jari isteri azril. Setelah lima kali balutan pun darah masih lagi banyak dan Azril pun membuka balutan tersebut dan mendapati memang dalam luka tersebut.
Azril : Jom kita siap pi klinik, luka ni nak kena jaik ni dalam sangat lagi sikit nak nampak tulang, lepaih tu pulak darah tak berenti meleleh ni.
Setelah enjin kereta dihidupkan kami pun pergi klinik yang berdekatan dan alangkah terkejutnya kami pabila kedua kedua klinik tersebut telah pun tutup.
Azlina : Nak buat macam mana klinik dah pun tutup
Azril : Kalau nak pi hospital jauh sangat sampai kat bandar Kuantan pulak, takpa jom kita pi klinik kat tempat kerja sayang
Puan Azlina terus menelefon kawannya yang berkerja di klinik dan nasib kami baik kerana diwaktu itu Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Hasniza dan Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Ain ada disana. Setelah kami sampai pegawai bertugas pun terus merawat Puan Azlina. Syukur Alhamdulilah dengan pertolongan Allah melalui hambanya akhirnya luka tersebut berjaya dicantum semula dengan menggunakan jahitan lima jarum. Setelah itu kami pun pulang ke rumah
Inilah dia jari Puan azlina yang terbelah itu
.
Puan Azlina menutup mukanya menahan sakit pabila lukanya dijahit
.
Terima kasih Azril dan Azlina ucapkan pada Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Hasniza dan Penolong Pegawai Perubatan Cik Noor Ain yang bertungkus lumus merawat isteri Azril ketika di Pusat Kesihatan
No comments:
Post a Comment