Catatan 25/07/2011
Ketika Azril sampai di rumah mak dan ayah di Taman Permata, Azril pun mengajak mak dan ayah makan malam. Selepas makan ayah pun keluar untuk ke masjid. Seperti biasa Azril akan bersembang dengan mak dan adik adik, ini merupakan kebiasaan disebabkan Azril akan pergi ke rumah mak dan ayah seminggu sekali. Tiba tiba adik Azril yang bongsu Cik Nur Hannah menghulurkan sekeping kertas pada Azril. Dialog antara adik beradik pun bermula
Azril : Apa ni Nur? Retaih apa ni, macam sijil saja
Nur : Ni bukan retaih biasa ni, yang ni sijil yang Nur dapat dapat minggu lepas. Sekolah Nur bagi masa penyampaian hadiah
Azril : Oh ya ka, sat abang nak tengok
Azril : Tahniah Nur, yang kad ni apa pulak?
Nur : Yang ni pulak baucar makan Nur dapat, Nur dapat kad makan pizza dan baucar pizza jugak
Azril : Untuk sekolah tak dak ka? Nak beli buku ka?
Nur : Abang tengok betui betui kat bawah tu kan ada baucar koperasi sekolah.
Azril : Nur bagi semua kat abang sat, abang nak tangkap gambaq.
Sijil yang Nur Hannah dapat
.
baucar makanan dan baucar buku
.
Apapun abang harap Nur berusaha bersungguh sunggu agar dapat mendapat kecermelangan didalam semua matapelajaran. Tujuan abang meletakkan gambar sijil dan baucar yang Nur dapat adalah bagi membakar semangat Nur supaya berusaha bersunguh sungguh dan berjaya dengan keputusan 9A dalam PMR dan 9A dalam SPM. Nur kena ingat zaman sekarang ini merupakan zaman yang mencabar...................
No comments:
Post a Comment