Saturday, August 20, 2011

Nilai 2 Ringgit

Nilai 2 Ringgit.

Zaman yang mencabar ini menunjukkan peningkatan harga pelbagai jenis barangan. Ini juga berkait rapat dengan peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Perkara tersebut memang tidak dapat dielakkan, diseluruh dunia mengalami perkara yang sama termasuklah negara ekonomi dunia. Baiklah, azril tak nak teruskan bercerita tentang peningkatan harga barangan dan apa yang ingin diceritakan oleh Azril adalah berkaitan dengan 2 ringgit.

2 ringgit yang azril maksudkan disini adalah tiket tambang bas Rapid Penang dari terminal bas Penang Sentral ke bandar Bukit Mertajam. Cuba bayangkan bas yang cukup berhawa dingin ditambah pula dengan tempat duduk yang selesa hanya Rm 2 sahaja.

Kepada sesiapa yang merancang perjalanan ke Pulau Pinang bolehlah menaiki bas Rapid Penang yang dimana stesen di sebelah Seberang Perai adalah di Terminal Penang Sentral Butterworth, stesen disebelah pulau pula adalah di Weld Quay.

Setiap pagi Isnin ketika Azril sampai dari Kuantan ke Butterworth dengan menaki bas ekpress, Azril akan menaiki bas 701 yang bertambang RM 2 pula untuk pulang ke Bukit Mertajam.

Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

Anonymous said...

hai

dalam bas tu ada tv tak

azril said...

Salam saudara tanpa nama....

Ish ish melampaulah kalau dalam bas ni pun ada tv. Bas ni bas henti henti dan bukannya bas ekspress. Paling jauh pun tiket 2 ringgit lebih saja.

Apapun lima bintang untuk bas Rapid Penang