Wednesday, August 12, 2009

Ucapan Selamat Hari Jadi

Ucapan Selamat Hari Jadi

Catatan : 11 Ogos 2009
Lokasi : Kuarters Kerajaan Jalan Chan Ewe Pin
Jam : 6.30 pagi selepas solat subuh
Aku : Ketika itu aku tengah kesejukan di dalam bilik tidur, tidur keseorangan sambil memeluk bantal yang menjadi teman setia dari hari Isnin sehingga hari Khamis.

Telefon, telefon berbunyi (macam wonder pets pulak)

"Assalamulaikum abang, selamat hari jadi semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga perkahwinan kita kekal bahagia selamanya", kata isteri tercinta.

Aku tiba tiba jadi gembira yang teramat sangat dan terus ceria, aku terharu kerana ayat tersebut diucapkan oleh insan yang cukup aku cintai.

Memang setiap kali isteri aku telefon dia akan mengucapkan ayat ayat cinta tersebut tapi hari ini aku menjadi cukup terharu kerana ayat tersebut diucapkan di waktu hari jadi aku.

"Terima Kasih sayang" kata aku

"Ayang tengah bersiap ni nak ke tempat kerja" kata isteri aku

"Ok, jaga diri, hati hati dan I Love You" kata aku

" I Love You Too" kata isteri aku

"Bye, Asalamualaikum.

.....................................................

Terima kasih sayang, dikala abang sedih dan kecewa
Sayanglah penawarnya

Terima Kasih sayang, di waktu abang dalam kekusutan
Sayanglah yang menghuraikan

Terima Kasih sayang, diwaktu abang tiada semangat
Sayanglah pembakar semangat abang.

Terima Kasih sayang kerana terus menyintai abang siang dan malam dan terus memberikan sepenuh kasih sayang pada abang.

Terima Kasih sayang kerana sabar dan sanggup melayan kerenah abang yang sukar difahami ini.

Terima Kasih sayang atas segalanya.................................................................................

I LOVE YOU SO MUCH

Thursday, July 30, 2009

Sedihnya Aku

Sedihnya Aku

Dalam kegembiraan aku "draft" cerita Harry Potter Half Blood Prince dan Transformers Revenge Of The Fallen tiba tiba aku terus biarkan saja tanpa posting..........

Dalam kegembiraan aku pulang ke Penang setelah menghadiri mesyurat persatuan di Kota Bharu aku dikejutkan dengan berita yang aku tak boleh terima.

"Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda untuk berkerja di Negeri Pahang telah ditolak oleh pengurusan tertinggi disana"

Khabar sedih tersebut aku terima setelah isteri aku menelefon aku sambil menangis dan aku pun terus tergamam. Aku pun terus menelefon organisasi tersebut dan jawapan yang sama aku terima.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................

Dalam keadaan serabut yang amat sangat ni aku terus berfikir bagaimana aku nak buat ni.

Isteri aku dah beli rumah di Kuantan dan dalam beberapa bulan lagi rumah akan siap dan gaji isteri aku akan dipotong untuk membayar rumah tersebut.

Kalau isteri aku pula pindah ke sini tentu dia tak dapat gaji dan elaun yang dinikmatinya sekarang dan di Penang tiada kekosongan jawatan untuk isteri aku

Mungkin aku pula akan berfikir untuk pindah kerja......................

...............................................................................

Sebelum ni kalau minda aku serabut aku selalu je pergi kursus tapi sekarang ni lepas kahwin mungkin aku akan cuti rehat atau pergi mana mana bawa isteri aku jalan jalan.

..........................................................

Oh ya, lepas ini aku ingat aku nak bercuti dan melupakan apa masalah yang ada.

Dalam tengah kilik gambar gambar aku kat laptop tiba tiba aku jumpa gambar yang aku tak pernah letak dalam blog sewaktu aku di Pualu Perhentian.

Hahahahahahaha(Gelak pula aku ni, tak apa gelak dan senyum merupakan terapi yang baik untuk kesihatan)





Gambar diatas dirakamkan ketika kami sedang terhuyung hayang didalam bot laju yang meluncur dengan kelajuan 120 mph dan bukannya kmh
.

Kalau semua nak tahu inilah rupa kami yang terkejut tapi masih lagi cover. Kami terkejut kerana harga makanan di Pulau Perhentian 5 kali ganda dari kedai biasa. Hahahaha
.

Gambar kami sewaktu bergambar di Hotel Seri Malaysia ketika kami bercuti di Genting Highland.

Friday, July 10, 2009

Baju T Petronas F1



Baju T Petronas F1
.
Ok tak aku pakai baju ni. Haritu , lama juga aku dah tak ingat tarikh dah. Aku dan Isteri aku pergi servis kereta kat Pusat Servis Proton Edar di Kawasan Industri Semambu, Kuantan. Lepas isteri aku bayar caj servis itu maka juruwang di kaunter terus memberitahu kami bahawa ada hadiah percuma sebab Proton Edar menggunakan minyak pelincir Syntium Petronas.
.
Kami pun tak tahu apa hadiahnya lalu kami pun pergi ke kaunter hadiah lalu kerani disitu pun membrikan baju T Petronas F1 BWW-Sauber pada kami. Lepas balik rumah aku terus buka plastik terus pakai baju tu dan meminta supaya isteri tercinta merakamkan gambar aku seperti diatas.
.
Aku tak kisah kalau aku pakai baju ni sebab aku memang isi minyak Petronas untuk kereta dan motor dan aku tahu bahawa banyak sangat jasa Petronas pada negara yang kita cintai ini dan pendapatan gaji aku pun dari cukai yang dibayar oleh Petronas.
.
Tapi bila aku selalu sangat puji petronas maka akan terdengar kata kata yang kurang menyenangkan dari kawan kawan tapi bila aku lalu depan mereka terus senyap bagai tiada apa apa. hahahahaha
.
Antara jasa jasa Petronas kalau semua nak tahu adalah PETRONAS memberi subsidi melalui kerajaan. Antaranya sumbangan dalam industri tenaga dan bukan tenaga -sebanyak RM 15.6 bilion gas bersubsidi dibekalkan pada 2007. Sejak Mei 1997 sehingga Mac 2008, PETRONAS membiayaisubsidi untuk sektor tenaga dan bukan tenaga sebanyak RM78 bilion.
.
PETRONAS bukan sahaja merupakan pembayar cukai terbesar kepada kerajaan, malah menjalankan sumbangan tanggungjawab sosial yang tinggi seperti berikut:
.
RM 100 juta setahun dimasukkan ke dalam Wang Amanah Negara bermula 1987 untuk dirasai oleh generasi akan datang apabila Negara kehabisan bekalan petroleum.
.
Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telah menubuhkan Universiti Teknologi PETRONAS dan Institut Teknologi Petroleum. Di samping itu syarikat ini turut menyediakan Biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, universiti tempatan dan luar Negara yang berkelayakan.
.
Petrosains dibuka untuk mempromosi dan melahirkan minat dan kesedaran mengenai sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat.
.
PETRONAS berperanan sebagai agensi peneraju pembangunan Koridor Wilayah Timur selain dari Putrajaya. PETRONAS turut terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan industri berasaskan petrokimia seperti industri bahan pembinaan, komponen elektronik, kosmetik, baja,
produk pharmaseutikal dan kesihatan, produk plastik dan getah, tekstil dan komponen automotif.
.
PETRONAS terlibat di dalam pembangunan enjin automatif bagi Formula One dan kegunaan komersil.
.
Kerajaan Persekutuan hanya menyumbang RM10 juta dalam tahun 1974 untuk menubuhkan syarikat PETRONAS. Sejak penubuhannya sehingga 2007 PETRONAS telah meraih keuntungan terkumpul sebanyak RM570 bilion dan pembayaran kepada kerajaan ialah sebanyak RM336 bilion dalam jangka masa yang sama.
.
Walaupun aku tak kerja dengan Petronas tapi aku tetap bangga dengan Petronas. Korang bagaimana???

Monday, July 06, 2009

Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tercinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian.
.
Pada pertengahan Jun yang lepas isteri aku menyambut ulang tahun kelahirannya, majlis tersebut diadakan secara ringkas sahaja dan seperti biasa aku akan membeli kek, tapi kali ini kek itu dibeli dari kedai kedai kek muslim yang terletak di Taman Tas, Kuantan.
.

Cantik tak kek yang berbentuk hati.
.
Isteri tercinta tersenyum sambil gambarnya dirakamkan.
.
Isteri tercinta mula memotong kek harijadinya
.
Kami bergambar dihadapan kek. Tapi tak nampak pun kek tersebut.Hahaha
.
Kami bergambar sambil memegang kek
.
Nampak aku pula yang over, macamlah birthday aku. Hahahahaha
.
Iseri tercinta mula memotong kek untuk dimakan
.
Kek yang bebrbentuk hati berjaya dipotong dengan jayanya
.
Aku menyuapkan kek pada insan yang cukup aku cintai
.
Puan Azlina menunjukkan hadiahnya
.
Cantik tak beg duit ni
.
Lepas ni akan padat beg duit ini berisi dengan duit, kad atm, kad kredit, kad perkuan nikah, gambar dan kad kesihatan
.
Selepas kami potong kek, pada malamnya aku pun terus balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas Utama Ekspress. Nampaknya kami sekali lagi kena tinggal keseorangan aku tinggal seorang di kuarters Bukit Mertajam manakala isteri aku keseorangan di rumah sewa di Kuantan.
.
SELAMAT HARIJADI SAYANG, SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN SEGALA REZEKI. SEMOGA CINTA KITA YANG MEKAR INI BERTAMBAH HARUM DAN MENJADI SEMEKAR MEKARNYA SAYANG. ABANG CINTAKAN SAYANG DUNIA DAN AKHIRAT. I LOVE YOU


Thursday, June 25, 2009

Cuti Cuti Malaysia - Melaka Bandaraya Bersejarah

Cuti Cuti Malaysia - Melaka Bandaraya Bersejarah
.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Pada 28/05/2009 yang lalu aku dan isteri tercinta pergi bercuti ke negeri Melaka, ini adalah cuti berbulan madu yang ke .... entah berapa kali. hahahahaha. Aku sampai pada hari Rabu malam dan kami pun bertolak terus pada hari Khamis. Perjalanan dimulakan pada awal pagi selepas kami bersarapan di warung Pak Samad di Taman Mahkota Aman kami pun terus bertolak.
.
Dengan keadaan gembira yang tidak terbatas kami memulakan perjalanan dan sepanjang perjalanan kami terus bersembang dan banyak topik yang dibincangkan dan kami hanya berhenti di hentian sebelah sahaja untuk ke tandas. Tak sabar sabar nak sampai.
.
Setelam menempuh perjalanan selama 5 jam dan 450 km kami pun sampai di Bandar Hilir, Melaka dan kami pun mendaftar masuk hotel. Selepas sembahyang dan mandi kami pun teruskeluar berjalan jalan. Maka pengembaraan bersejarah cukup dengan keriangan pun bermula dengan jayanya.
.
Destinasi pertama kami adalah di Pusat Info Pelancongan Negeri Melaka untuk mengetahui maklumat berkenaan pelancongan negeri Melaka. Selepas itu kami pun meronda dan terus meronda ronda. .
.

Puan Azlina bergambar dihadapan Muzium Samudera yang berbentuk kapal perang
.


Lihatlah peta Asia Tenggara dan peta Melaka yang berada dibelakang kami.
.
Di belakang aku terdapat teropong yang digunakan pada zaman dahulu
.


Lukisan dibelakang kami menunjukkan para pedagang tengah melakukan urusan jual beli.
.
Cantinya replika kapal zaman dahulu.
.


Inilah dia meriam meriam yang digunakan pada zaman dahulu
.

Puan Azlina senyum dihadapan duit syiling lama yang digunakan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
.
Banyaknya model kapal kapal layar yang digunakan pada zaman dahulu.
.

Setelah mengkaji sejarah samudera negeri Melaka kami pun keluar dari Muzium Samudera
.
Cantik tak beca ni, dihias dengan bunga bungaan lagi dan kami menaiki beca tersebut mengelilingi negeri Melaka.
.



Kami bergambar bersama sama meriam dan pesawat
.


Kami pun sampai di kubu penjajah Portugis yang sungguh kejam, A Famosa.
.

Kami berambar dihadapan runtuhan kubu penjajah A Famosa.
.
Kami bergambar dihadapan air pancut Queen Victoria
.

Kami bergambar dihadapan bangunan yang berwarna merah yang terdapat disini.
.

Dengan senyuman kami bergambar dihadapan air pancut
.

Dengan seyuman gambar Puan Azlina dirakamkan berlatar belakangkan kampung Melayu tradisional.

Isteri Tercinta ceria sambil duduk di dalam bot berlatar belakangkan bangunan moden yang terdapat di negeri Melaka
.
Gambar aku dirakamkan ketika didalam bot berhadapan Eye On Melaka
.

Bot yang kami naik akhirnya sampai di paya bakau dan ia akan berpusing semula ke jeti
.
Setelah penat meronda ronda sekitar Bandaraya Melaka kami pun terus balik ke hotel untuk berehat. Selepas maghrib kami pun keluar semula untuk makan dan kami bercadang untuk meronda ronda dikawasan sekitar. Tiba tiba kami terpandang Eye On Malaysia, maka kami pun terus pergi ke sana.
.
Kami tertarik nak ke sana disebabkan kami nak melihat sendiri roda angkasa yang berpusing 360 darjah ini yang mempunyai ketinggian 60 meter dan mempunyai 42 gondola yang selesa.
.

Dengan ceria Puan Azlina tegak berdiri dihadapan Eye On Malaysia
.
Gementar sambil terseyum Puan Azlina didalam gondola Eye On Malaysia
.
 Dengan keadaan ceria kami bergambar di dalam gondola Eye On Malaysia
.
Isteri aku bergambar berlatarbelakangkan Muara Sungai Melaka
.
Gambar aku dirakamkan ketika kami hampir turun ke bawah di dalam gondola
.

Setelah lama berpusing di udara kami pun turun dan bergambar dihadapan Eye On Malaysia
.
Inilah dia replika kincir air yang digunakan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka
.
Setelah habis meronda ronda kami pun balik ke hotel dan kami pun merancang untuk meronda ronda kawasan sekitar pada keesokkan harinya dan kami bercadang nak ke muzium yang banyak terdapat di negeri Melaka.
.
Pada keesokkan harinya selepas kami bersarapan kami pun terus keluar mengembara ke tempat yang mempunyai tarikan sejarah dan tempat tempat lain yang menarik
.

Dengan keadaan ceria kami bergambar di hadapan Memorial Pengistiharan Kemerdekaan Negara yang cukup kami cintai ini.
.
Aku berada di hadapan Muzium Umno Melaka yang memuatkan sejarah tentang "Perjuangan Sebuah Bangsa" untuk kemerdekaan dan pemerintahan tanahair ini.
.
Kami bergambar di atas bukit St Paul berlatar belakangkan Menara Taming Sari, Eye On Malaysia dan Selat Melaka
.
Aku bergambar dihadapan pentas pertunjukan bunyi dan cahaya
.
Kami bergambar di hadapan Masjid Selat Melaka
.

Kami bergambar dihadapan Selat Melaka
.
Aku bergambar dihadapan Masjid Selat Melaka
.



Tenangnya keadaan ketika kami berada di anjung Masjid Selat Melaka yang berlatar belakangkan Selat Melaka
.
Kami ketika berada di Masjid selat Melaka
.
Setelah kami puas mengembara mencari tinggalan sejarah yang ada disini, kami pun pulang ke bilik dan selepas mandi dan tidur sekejap kami pun keluar untuk menikmati makanan dan terus keluar lagi mengembara Kota Melaka di waktu malam.
.
Dengan ceria yang tidak terbatas kami bergambar dihadapan Air Pancut Queen
.

Kami bergambar dihadapan kincir angin
.
Aku bergambar dihadapan bangunan yang bercat merah dan dihiasi lampu merah
.
Setelah penat kami meronda ronda sekitar Bandaraya Melaka kami pun terus balik ke hotel, setelah mandi kami pun terus tidur. Nyenyak betul kami tidur sehingga kami tak sedar hari dah Subuh. Selepas Subuh kami tidur semula dan kami pun bersiap siap beg untuk balik. Setelah kami bersiap kami pun terus balik
.

Kami bergambar dihadapan motel yang kami menginap sebelum kami meneruskan perjalanan pulang.
.
Aku bergambar diatas kereta kami pulang
.
Setelah kami bergambar kami pun terus pulang ke Jenderak Utara iatu rumah Abah Mertua aku, pada pendapat kami Bandaraya Melaka merupakan bandaraya yang kaya denga tarikan sejarah dan cantik serta tempat yang sukar untuk dilupakan. Di ingatan tersemat satu kenangan yang menggembirakan dan sukar dilupakan iatu dapat bercuti ke tempat idaman bersama orang tersayang dan dapat melupakan semua masalah yang ada. Kalau ada kesempatan nati kami akan datang semula ke sini.

SELAMAT TINGGAL BANDARAYA MELAKA...............