Friday, July 10, 2009

Baju T Petronas F1



Baju T Petronas F1
.
Ok tak aku pakai baju ni. Haritu , lama juga aku dah tak ingat tarikh dah. Aku dan Isteri aku pergi servis kereta kat Pusat Servis Proton Edar di Kawasan Industri Semambu, Kuantan. Lepas isteri aku bayar caj servis itu maka juruwang di kaunter terus memberitahu kami bahawa ada hadiah percuma sebab Proton Edar menggunakan minyak pelincir Syntium Petronas.
.
Kami pun tak tahu apa hadiahnya lalu kami pun pergi ke kaunter hadiah lalu kerani disitu pun membrikan baju T Petronas F1 BWW-Sauber pada kami. Lepas balik rumah aku terus buka plastik terus pakai baju tu dan meminta supaya isteri tercinta merakamkan gambar aku seperti diatas.
.
Aku tak kisah kalau aku pakai baju ni sebab aku memang isi minyak Petronas untuk kereta dan motor dan aku tahu bahawa banyak sangat jasa Petronas pada negara yang kita cintai ini dan pendapatan gaji aku pun dari cukai yang dibayar oleh Petronas.
.
Tapi bila aku selalu sangat puji petronas maka akan terdengar kata kata yang kurang menyenangkan dari kawan kawan tapi bila aku lalu depan mereka terus senyap bagai tiada apa apa. hahahahaha
.
Antara jasa jasa Petronas kalau semua nak tahu adalah PETRONAS memberi subsidi melalui kerajaan. Antaranya sumbangan dalam industri tenaga dan bukan tenaga -sebanyak RM 15.6 bilion gas bersubsidi dibekalkan pada 2007. Sejak Mei 1997 sehingga Mac 2008, PETRONAS membiayaisubsidi untuk sektor tenaga dan bukan tenaga sebanyak RM78 bilion.
.
PETRONAS bukan sahaja merupakan pembayar cukai terbesar kepada kerajaan, malah menjalankan sumbangan tanggungjawab sosial yang tinggi seperti berikut:
.
RM 100 juta setahun dimasukkan ke dalam Wang Amanah Negara bermula 1987 untuk dirasai oleh generasi akan datang apabila Negara kehabisan bekalan petroleum.
.
Dalam sektor pendidikan, PETRONAS telah menubuhkan Universiti Teknologi PETRONAS dan Institut Teknologi Petroleum. Di samping itu syarikat ini turut menyediakan Biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, universiti tempatan dan luar Negara yang berkelayakan.
.
Petrosains dibuka untuk mempromosi dan melahirkan minat dan kesedaran mengenai sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat.
.
PETRONAS berperanan sebagai agensi peneraju pembangunan Koridor Wilayah Timur selain dari Putrajaya. PETRONAS turut terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan industri berasaskan petrokimia seperti industri bahan pembinaan, komponen elektronik, kosmetik, baja,
produk pharmaseutikal dan kesihatan, produk plastik dan getah, tekstil dan komponen automotif.
.
PETRONAS terlibat di dalam pembangunan enjin automatif bagi Formula One dan kegunaan komersil.
.
Kerajaan Persekutuan hanya menyumbang RM10 juta dalam tahun 1974 untuk menubuhkan syarikat PETRONAS. Sejak penubuhannya sehingga 2007 PETRONAS telah meraih keuntungan terkumpul sebanyak RM570 bilion dan pembayaran kepada kerajaan ialah sebanyak RM336 bilion dalam jangka masa yang sama.
.
Walaupun aku tak kerja dengan Petronas tapi aku tetap bangga dengan Petronas. Korang bagaimana???

No comments: