Tuesday, September 06, 2011

Persediaan Sebelum Bercuti Raya


Persediaan Sebelum Bercuti Raya 
Catatan 26 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 26 September 2011 

Gambar diatas dirakamkan disebuah tempat yang paling sunyi di pejabat tempat Azril berkhidmat dan tiada tujuan Azril merakamkan gambar tersebut. Apa yang pasti jam telah menunjukkan pukul 5.20 petang dan Azril masih lagi tidak pulang kerumah ini adalah kerana terlalu letih. Apa yang pasti Azril memang sukakan keletihan di bulan puasa, pada pendapat Azril barulah terasa nikmat puasa jika Azril berasa letih dan barulah Azril dapat merasai betapa peritnya kelaparan dan dahaganya orang yang tidak mempunyai makanan. 

 Antara punca yang menyebabkan Azril terasa letih hari ini adalah Azril telah melakukan banyak rondaan dan lawatan ditapak dari pagi sehinggalah ke petang, bermain dengan matahari dan peluh adalah perkara biasa bagi Azril sebagai perkerja unit luar kadang kadang bila terlampau banyak berpeluh sehingga baju menjadi basah. Apa yang akan membuatkan Azril tersenyum seorang diri adalah di hari ini Azril berjaya menyelesaikan bebarapa tugasan yang diberikan dengan cepat dan Azril berjaya membuat 7 laporan mengenai kerja serentak dan fail terus dihantar. Ini juga membolehkan Azril bercuti nanti dengan tenang dan fikiran tidak akan melayang memikirkan tugasan yang tidak disiapkan. 

 Antara perkara yang difikirkan oleh Azril adalah :- 

 6.30 petang - pergi ke rumah mak dan ayah untuk berbuka puasa bersama sama 

11.00 malam - balik ke kuarters 

Esoknya 27 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 27 September 2011 

8.00 pagi - Pergi ke Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth 

9.00 pagi - naik bas ke Kuala Lumpur (Hentian Puduraya) 

2.30 petang - naik bas pula ke Temerloh 

6.00 petang - sampai rumah abah mertua di Felda Jenderak Utara 

7.26 malam - berbuka puasa bersama sama 

9.30 malam - bertolak balik dari rumah abah metua dengan menaiki kereta bersama isteri tercinta bagi meraikan 1 syawal di Bukit Mertajam.

...............................................
..................................
........
Catatan hari ini
Alhamdulilah semua perancangan berjalan dengan lancar sekali dan Azril dan Puan Azlina sampai di kuarters pada pukul 5 pagi setelah kami bersahur di Kedai Makan Char Keow Teow Alka Ria. Setelah subuh kami lena dengan begitu nyenyak dan tidak sedar adik Azril Encik Azil Fikri menelefon kami pada jam 6.45 pagi untuk mengambilnya di Terminal Penang Sentral disebabkan dia dan isterinya Puan Faezah baru sampai dari Melaka. 

Monday, September 05, 2011

Al Fatihah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor

Al Fatihah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor


Al Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang telah syahid 3 Syawal 1432 Hijrah yang lalu ketika menjalankan tugasannya di Somalia dan takziah untuk ahli keluarganya.

pix_gal0


'Noramfaizul mati syahid'


KUALA LUMPUR: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia. 

Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.

“Syahid dunia menjurus kepada peperangan kerana dunia, syahid akhirat pula merujuk kepada kematian yang disebabkan penyakit berbahaya seperti wabak taun atau ditembak, manakala pejuang yang mati disebabkan perang bagi mempertahankan agama Islam pula dianggap mati syahid dunia akhirat.
“Dalam kejadian menimpa arwah, pahala kematiannya insya-Allah syahid akhirat, namun urusan pengebumiannya masih perlu melalui proses sama seperti jenazah lain iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan akhir sekali dikebumikan di tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. 

Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini. 

Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya. 
sumber : Berita Harian 


Noramfaizul mati syahid - Tan Sri Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.
“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Disambut sebagai wira

SUBANG 4 Sept. - Jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut kerana terkena tembakan curi ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia disambut sebagai wira negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.


Jenazahnya yang tiba pada pukul 10.05 pagi dengan pesawat C-130 TUDM disambut kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan-rakan media yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul serta kepulangan pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia.

Jenazah Noramfaizul juga diberikan penghormatan tertinggi apabila kerandanya diletakkan dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian serta kesungguhannya menjalankan tugas untuk negara walaupun sedar risiko yang harus dihadapinya.

Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia, Serdang, dekat sini, petang ini.


Noramfaizul wira negara – PM

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor di masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, semalam. – BERNAMA





SUBANG 4 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika menjalankan tugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia akibat tembakan curi di Mogadishu, Jumaat lalu sebagai wira negara.


Sambil melahirkan rasa kagum terhadap keperibadian Allahyarham, Najib menegaskan, pemergian jurukamera BernamaTV itu harus dijadikan model, perangsang serta semangat untuk meneruskan peranan Malaysia dalam membantu negara-negara di seluruh dunia.

“Saya amat kagum dan diberitahu Allahyarham seorang yang kuat semangat, sukakan cabaran dan sering mengikuti misi kemanusiaan di luar negara walaupun menghadapi pelbagai risiko, selain cekal dan tabah mengharungi rintangan bagi memberikan laporan terbaik kepada Malaysia.

“Beliau menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang ke hadapan membantu negara lain yang memerlukan akibat malapetaka, kecelakaan termasuk kebuluran yang berlaku di Somalia.

“Saya sifatkan beliau wira negara dan kita patut melihat pengorbanan Allahyarham sebagai model, kisah yang merangsang serta semangat untuk terus memainkan peranan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas bersama-sama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Turut sama menyambut jenazah Allahyarham ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Mengulas lanjut mengenai insiden yang menimpa Allahyarham, Najib turut menyatakan kejadian sedemikian tidak seharusnya mematahkan semangat seluruh rakyat negara ini untuk terus membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam pada itu, Najib yang mewakili kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan turut memberi jaminan akan membantu keluarga termasuk kos persekolahan dua anak Allahyarham, Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

“Kita akan beri bantuan sebaik-baiknya, saya akan bincang. Insya-Allah, kos pelajaran anak-anak Allahyarham akan kita bantu, jumlah akan ditentukan nanti,” jelasnya.

sumber Utusan Malaysia 


Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.

...............................................................

Tuesday, August 30, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah
.
Ramadhan yang kita cintai akan berlalu akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi. Dalam masa beberapa jam lagi kita akan menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri

Dikesempatan Hari Raya Aidilfitri ini Azril ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin untuk :--

Mak dan Ayah - Tuan Haji Hamzah Bin Ismail dan Puan Hajah Siti Roselina Indrayati binti Mohd Sulaiman.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mak Ayah. Azril Mintak Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki azril pohonkan atas segala kesalahan yang telah azril lakukan dari azril kecil hingga azril besar. Terima kasih kerana siang dan malam mendoakan kesejahteraan azril dan terima kasih kerana telah memberikan kasih dan sayang pada azril. Azril sayang Mak dan Ayah. Doakan kesejahteraan Azril dan Azlina semoga kami bahagia di Dunia dan Akhirat.

Mak dan Abah Mertua - Tuan Ahmad Bin Darus dan Puan Halijah Binti Ahmad
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki saya pohonkan atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Doakan saya dan Azlina bahagia di Dunia dan Akhirat.

Isteri Tercinta - Puan Azlina Binti Ahmad
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf terhadap semua kesalahan yang telah abang lakukan pada sayang. Doakan semoga rumahtangga kita kekal bahagia di Dunia dan Akhirat. Terima Kasih sayang kerana terus menyintai abang siang dan malam dan terus memberikan sepenuh kasih sayang pada abang serta sabar dan sanggup melayan kerenah abang yang sukar difahami ini. Terima Kasih sayang atas segalanya. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah cinta abang pada sayang.

Adik-adik - Koperal Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Puan Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik Farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang apa yang abang dah lakukan. Abang sayang hangpa semua.

Kak Ipar - Puan Azilawati dan Adik Ipar - Puan Aizaan, Puan Faeza dan Encik Mohd Zuhri serta biras - Encik Ahamad Sapawi dan Encik Nuril Azwa
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat

Allahyarhamah Cik Farhana Zuhaira Binti Hamzah
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf, abang sentiasa ingat akan Farhana walau dimana abang berada. Semoga Farhana ceria dan gembira disana.

Mak/Tok/Pak Saudara/sepupu/2 pupu/sepupu jauh dan dekat
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang azril lakukan

Kawan kawan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa yang Azril dah lakukan dan Azril harap kesalahan Azril jangan simpan dalam hati.

Orang yang mengenali
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Rakan rakan blog
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Ketua di pejabat dan bekas ketua
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minta Ampun dan Maaf atas apa kesalahan yang dibuat.

Yang DiPertuan Agong dan Sultan Sultan Negeri Melayu
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Dirgahayu Tuanku Daulat Tuanku

Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, Semoga Allah panjangkan usia Tun

Ketua Kerajaan, Ketua Negara dan Ketua Eksekutif Negara
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, terima kasih kerana telah membawa tanahair berdaulat ini ke mercu dunia dan terima kasih kerana menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Umat Islam di Malaysia, seluruh Dunia dan seluruh pelusuk Alam Semesta
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Kita semua adalah saudara dan apa yang pasti Islam Pasti Agung Semula

Buat Bangsa Melayu Islam
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Takkan melayu hilang di dunia. Melayu kan Gagah di Nusantara dan Di Dunia. Bangunlah bangsaku kerana Perjuangan kita masih belum selesai..


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh pelusuk alam semesta ini. Maaf Zahir dan Batin. Mintak ampun dan maaf terhadap kesalahan yang saya telah buat. Semoga bergembira di hari yang berbahagia ini.

...............................................................

Azril Azlina @ Membeli-belah di Kuantan Sempena Ramadhan 1432 Hijrah

Azril Azlina @ Membeli-belah di Kuantan Sempena Ramadhan 1432 Hijrah

Minggu minggu Ramadhan lepas azril dan isteri tercinta meronda ronda sekitar bandar kuantan. Sebenarnya banyak benda yang perlu diselesaikan oleh kami disebabkan kami hanya berjumpa seminggu dua hari sahaja. Antara yang perlu dibereskan adalah berkenaan barangan keperluan yang ada hanya di bandar sahaja.

Ini adalah jarak bandar dan rumah kami agak jauh dan dan sebab sebab lain adalah isteri azril hanya akan ke bandar jikalau waktu azril ada sahaja. Oleh yang demikian azril dan puan azlina akan cuba menghabiskan urusan kami di bandar kuantan secepat yang mungkin walaupun bulan tersebut adalah bulan Ramadhan

Minggu Ramadhan Pertama kami membeli belah stok untuk sebulan
.
Minggu kedua membeli barangan persiapan raya, kelihatan isteri tercinta mencuba kasut di pasaraya di Kuantan
.
Minggu ketiga dimana hari minggu kami diisi dengan berehat saja di rumah

Friday, August 26, 2011

Pulang beraya, jangan beri isteri memandu

Pulang beraya, jangan beri isteri memandu - Utusan Malaysia Online

SELALUNYA lelaki akan cepat membuat kesimpulan jika ada kenderaan yang dipandu tidak konsisten, perlahan dan suka membrek, pastinya pemandunya adalah perempuan.
Bukan memperlekeh keupayaan wanita apabila berada di atas jalan raya, tapi itulah realitinya apabila kaum Hawa ini diberi kuasa mengawal kenderaan. Lihatlah kenderaan yang calar balar di sana sini tentunya dipandu perempuan.

Dari kaca mata lelaki, perempuan memang kurang cekap memandu. Mereka tidak berani mengambil risiko memandu dalam kelajuan yang konsisten, mengambil selekoh tajam atau memotong dua tiga kenderaan sekaligus.

Pemanduan mereka terlalu berhati-hati sehingga selalu teragak-agak dalam membuat keputusan termasuk membrek sebelum waktunya yang hanya membuatkan pemandu kenderaan di belakang naik angin. Kebanyakan orang akan mengelak mengekori kenderaan yang dipandu oleh wanita.

Contoh lain perbezaan cara pemanduan wanita dan lelaki ialah dalam bab menggerakkan pembersih cermin. Wanita biasanya akan terus menggerakkan pembersih cermin apabila hujan turun. Lelaki pula melakukannya hanya apabila air hujan terlihat sudah banyak.

Dengan kata lain, otak lelaki akan menunggu seketika sehingga sejumlah air hujan membasahi cermin berbanding wanita yang suka memberi respons terlalu awal.

Begitu juga dalam hal meletak kenderaan. Perempuan selalunya tidak suka meletakkan kenderaan selari atau secara masuk dari belakang. Mereka akan mencari parkir yang lebih mudah iaitu dari sisi.

Berjam-jamlah masa dibazirkan hanya untuk meletakkan kenderaan dengan betul. Dan jika ada pilihan, mereka lebih suka mencari ruang yang luas walaupun ia terletak jauh. Tak mengapalah kalau terpaksa jauh menapak.

Ini dibuktikan dalam satu kajian di Singapura yang mendapati 66 peratus lelaki dapat meletak kenderaan (secara masuk dari belakang) dengan tepat dan 68 peratus melakukannya dalam percubaan pertama. Berbanding wanita, hanya 19 peratus dapat melakukannya dengan tepat dan 12 peratus mampu melakukannya dalam percubaan pertama.

Tabiat
Mungkin sebab itu, lelaki akan cepat berbangga jika ada wanita yang tidak mempunyai tabiat pemanduan yang sebegitu. Reaksinya selalu ‘eh perempuanlah’ tanda bangga ada wanita mampu memandu setaraf orang lelaki.

Sebab itu juga orang selalu menasihatkan jangan sekali-kali mengajar isteri atau teman wanita memandu. Ia umpama memandu ke mahkamah perceraian!

Lazimnya, secara automatik lelaki akan bertukar menjadi pembebel dengan kecenderungan memberi arahan macam wanita itu tiada deria rasa. Tekan brek, beri signal, hati-hati kereta di depan, ada orang melintas dan bermacam lagi arahan yang akhirnya akan menyebabkan pertengkaran.

Kalau mahu belajar memandu, belajarnya daripada mereka yang pakar di kelas memandu. Jangan dengan suami atau kekasih. Parah jadinya.

Begitu juga apabila pulang ke kampung menyambut Aidilfitri ini. Bagi memastikan Aidilfitri yang mulia ini disambut dengan penuh keriangan dan kebahagiaan, elakkan isteri daripada memandu. Jangan ambil risiko. Elok-elok bergembira menyambut hari kemenangan ini di kampung halaman, kita suami isteri bermasam muka pula.

Kepada wanita, walaupun mereka selalu berfikir tujuan memandu ialah tiba dengan selamat ke destinasi tetapi elakkan terlalu kerap mengkritik pemanduan lelaki. Ini kerana dalam bab memandu, lelaki dibuktikan lebih baik berbanding wanita.

Wanita perlu bertenang walaupun dia berfikir cara pemanduan lelaki agak berbahaya. Asalkan lelaki itu tidak mempunyai rekod memandu yang buruk, berilah kebebasan kepada mereka untuk menjalankan peranannya. Biar saja dia memandu.

Pemanduan yang baik ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan spatial (membaca ruang) yang berkaitan dengan persekitaran. Mungkin sudah ditakdirkan dalam hal spatial ini, otak lelaki berfungsi lebih baik. Ia menjadikan lelaki lebih cekap memandu, lelaki lebih cekap meletak kenderaan dan begitu juga lelaki lebih cakap membaca peta dan arah jalan.

Sebab itu jika terdesak mahu isteri memandu, strategi terbaik sebagai penumpang ialah menutup mata dan berhenti membuat komen. Biarkan isteri bebas dengan dunia pemanduan yang lazim dilakukannya.
Begitupun berita baiknya, walaupun tabiat pemanduan wanita dikategorikan teruk tetapi mereka cenderung memandu dengan lebih cermat.

Mereka pasti akan tiba ke destinasi dengan selamat walaupun mungkin mengambil masa lebih lama. Tak apalah sekurang-kurangnya suami dapat berehat supaya tenaganya nanti boleh digunakan untuk membakar lemang dan memasak ketupat