Al Fatihah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
Al Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang telah syahid 3 Syawal 1432 Hijrah yang lalu ketika menjalankan tugasannya di Somalia dan takziah untuk ahli keluarganya.
Al Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang telah syahid 3 Syawal 1432 Hijrah yang lalu ketika menjalankan tugasannya di Somalia dan takziah untuk ahli keluarganya.
'Noramfaizul mati syahid'
KUALA LUMPUR: Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menyifatkan kematian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid akhirat kerana terkorban ketika bertugas dalam misi menghapuskan kejahilan, kemiskinan dan penyakit yang melanda Somalia.
Beliau berkata, mati syahid terdiri daripada tiga bahagian iaitu mati syahid dunia, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia akhirat.
Beliau berkata, pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai sesuatu yang patut dikenang oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.
Noh juga menyeru orang ramai melakukan solat jenazah ghaib terhadap Allahyarham sebagai menghargai pengorbanan beliau sepanjang menjalankan tugasannya.
sumber : Berita Harian
Noramfaizul mati syahid - Tan Sri Harussani Zakaria
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.
“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
sumber : Utusan Malaysia
Disambut sebagai wira
SUBANG 4 Sept. - Jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang maut kerana terkena tembakan curi ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia disambut sebagai wira negara di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.Jenazahnya yang tiba pada pukul 10.05 pagi dengan pesawat C-130 TUDM disambut kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga serta rakan-rakan media yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir menyambut ketibaan jenazah Noramfaizul serta kepulangan pasukan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia.
Jenazah Noramfaizul juga diberikan penghormatan tertinggi apabila kerandanya diletakkan dengan bendera Jalur Gemilang sebagai tanda penghargaan terhadap keberanian serta kesungguhannya menjalankan tugas untuk negara walaupun sedar risiko yang harus dihadapinya.
Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia, Serdang, dekat sini, petang ini.
sumber Utusan Malaysia
Noramfaizul wira negara – PM
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SUBANG 4 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika
menjalankan tugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia akibat
tembakan curi di Mogadishu, Jumaat lalu sebagai wira negara.
Sambil melahirkan rasa kagum terhadap keperibadian Allahyarham, Najib
menegaskan, pemergian jurukamera BernamaTV itu harus dijadikan model,
perangsang serta semangat untuk meneruskan peranan Malaysia dalam
membantu negara-negara di seluruh dunia.
“Saya amat kagum dan diberitahu Allahyarham seorang yang kuat
semangat, sukakan cabaran dan sering mengikuti misi kemanusiaan di luar
negara walaupun menghadapi pelbagai risiko, selain cekal dan tabah
mengharungi rintangan bagi memberikan laporan terbaik kepada Malaysia.
“Beliau menaikkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang ke hadapan
membantu negara lain yang memerlukan akibat malapetaka, kecelakaan
termasuk kebuluran yang berlaku di Somalia.
“Saya sifatkan beliau wira negara dan kita patut melihat pengorbanan
Allahyarham sebagai model, kisah yang merangsang serta semangat untuk
terus memainkan peranan negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas bersama-sama
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut ketibaan jenazah Allahyarham
Noramfaizul di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di
sini hari ini.
Turut sama menyambut jenazah Allahyarham ialah Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul
Rahman.
Mengulas lanjut mengenai insiden yang menimpa Allahyarham, Najib
turut menyatakan kejadian sedemikian tidak seharusnya mematahkan
semangat seluruh rakyat negara ini untuk terus membantu mereka yang
kurang bernasib baik.
Dalam pada itu, Najib yang mewakili kerajaan mengucapkan takziah
kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan turut memberi jaminan akan
membantu keluarga termasuk kos persekolahan dua anak Allahyarham, Mohd.
Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.
“Kita akan beri bantuan sebaik-baiknya, saya akan bincang.
Insya-Allah, kos pelajaran anak-anak Allahyarham akan kita bantu, jumlah
akan ditentukan nanti,” jelasnya.
sumber Utusan Malaysia
Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.
...............................................................
No comments:
Post a Comment