Friday, July 09, 2010

Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tercinta

Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tercinta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
.
Pada pertengahan Jun yang lepas isteri aku menyambut ulang tahun kelahirannya. Kali ini kami membeli kek dari kawan isteri aku. Paling istimewanya harijadi isteri aku kali ini disambut di rumah kami di Kuantan.

Inilah kek harijadi isteri tercinta
.
Kami memotong kek harijadi..........
. .
Puan Azlina senyum sambil menyuap kek. Tak apa sayang, abang tahu memang kek tu sedap. Betul tak, nanti kita dapat tinggal sekali abang akan beli kek lagi besar.
.
Giliran aku pula yang tersenyum sambil menyuap kek. Nak buat macam mana memang kek ni sedap sangat. Aku kan suka makan kek.
.
Selamat Harijadi sayang.
Semoga dengan pertambahan usia ini dapat meningkatkan iman dan taqwa.
Semoga cinta dan ikatan perkahwinan kita terus tumbuh, mekar ,merimbun, harum dan mewangi.
Sayanglah segalanya bagi abang.
Semoga cinta kita kekal dunia dan Akhirat.
I love You sayang

Aku Nak Cakap Sikit 2

Aku Nak Cakap Sikit 2

Mungkin ini adalah kesinambungan dari tulisan aku yangni

Aku pun tak tau nak kata apa sebab aku...............

Aku rasa aku perlu menjaga nama yang telah ayah dan mak bagi kat aku................

Au rasa aku dalam keadaan tertekan sangat...............

Mak dan ayah selalu pesan kat aku jangan suka bertengkaq dengan orang, jangan mengumpat dan jangan melakukan perkara yang tak baik.

Aku tau perkara yang aku lakukan bukan tak baik sangat tapi aku.............

Aku tau aku kadang kadang memalukan mak dan ayah aku yang baik dengan kelantangan aku.........

Mak dan ayah selalu bagi nasihat kat aku supaya aku ni menjadi baik, sopan dan menjaga tatasusila sebagai seorang melayu yang beragama Islam

Mak dan ayah aku memang baik. Mak dan ayah jugalah idola aku. Memang depa idola aku dari aku kecik sampai aku besaq.

Kalau ada sapa sapa kata mak dan ayah aku tak baik pesanan aku adalah "Cermin diri hang dulu dan barulah hang boleh kata kat orang lain"

Masa kat tempat kerja lama aku dulu, mengadu domba dan fitah memang banyak tapi depa tak berani cakap depan sebab depa kata aku ni lantang sangat kalau depa kutuk aku kat depan depan tetntu aku dah bela diri aku kat situ jugak tak kira dengan sapa, sampai bos kat sana pun kalau dia nak maki aku dia panggil masuk bilik dia.

Tapi aku ingat masa aku kerja kat sini dah tak dah benda ni rupanya lagi teruk sampai fitnah bermaharajalela, depa tak senang langsung nak tengok orang senang.

Bila aku gelak depa tanya kat aku pasaipa aku gelak. Lepaih tu aku kata "Takkan sampai aku gelak pun tak boleh habih tu hangpa nak aku ni dok teriak tersedu sedu ka?"

Takpa takpa, la ni aku nak cerita tentang baru baru ni ada benda jadi kat pejabat aku.

Aku cuba elakkan dari satu perkara ditimpa fitnah lepaih tu aku terus difitnah. Macam bodo kan benda ni.

Tapi yang paling tak baguih sekali adalah ada orang kat sini yang suka jadi batu api. Memang marak membakaq sapa saja yang dengaq cakap dia.

Aku malaih nak meluat kat orang sebab aku ni memang tak sempurna langsung.

Tapi aku tak berapa senang dengan dua orang saja

1.) Dia ni macam baguih ja. Konon pandai sangat buat kerja tapi macam hampaih saja. Kalau nak tunjuk kesalahan orang memang pandai sangat. Tapi hang tau tak bila hang dok tunjuk kesalahan orang 10 orang akan tunjuk kat hang.

2.) Dia ni pulak lagi mengaku baguih. Sembang memang deraih mengalahkan ahli politik. Semua benda dia tau, kadang kadang sampai benda yang tak logik pun dia tau. Kalau betui tak pa tapi tapi yang dia cakap 30% saja yang betui yang lain cuma dia reka saja. Dia ni pun pamdai pandai betui nak ubah sejarah sampai sejarah Malaysia pun dia pandai pandai ubah. Kadang kadang aku kata jugak kat dia apa yang dia cakap tu salah dia memang dia tak mau terima langsung. Dia kata masa zaman dia belejaq sejarah dulu memang macam ni. Aku kata kat dia aku belajar sejarah PMR, SPM dan STPM dan aku tak pernah dengaq cerita tu pun. Haritu pernah aku sekali bertengkaq dengan dia lepaih tu dia balik pejabat buat tak tau saja kat aku.

"
Woi aku tak heran hang nak buat tak tau kat aku sebab aku kawan dengan semua orang dan aku tak kisah kalau hang tak mau kawan ngan aku pun".

Lainlah macam dia kalau nak makan pun ajak orang sebab malu nanti orang tengok kat dia makan sorang sorang kat warung. Aku tak kisah nak makan sorang sorang ka sepuluh ka. Apa yang nak malu makan sorang diri. Lantaklah.....................


Tak pa tak pa yangni adalah luahan perasaan aku sebab aku tak suka pendam lama lama takut nanti aku jadi tak betui pulak

Apapaun yang jadi HIDUP KENA CERIA DAN SELALU SENYUM.......

Hidup kena ceria dan apapun aku akan cuba murahkan senyuman sebab senyum kan sedekah

Thursday, July 08, 2010

Rupanya aku bermimpi...............

Rupanya aku bermimpi...............

Selepas aku mandi, aku pun makan makanan yang dihidangkan oleh isteri tercinta sempat lagi berjenaka antara satu sama lain di meja makan. Terasa seolah olah aa benda yang melucukan setiap kali kami menyuap nasi di mulut.

Kemudian aku mengambil baju yang telah siap diseterika untuk dipakai. Aku mengambil kunci kerata dan memanaskan enjin kedua dua kereta. Puan Azlina datang dan mencium tanganku dan meminta izin untuk pergi kerja. Aku pun melambai lambai tangan kearah isteri aku semasa ia mengeluarkan keretanya. Selepas itu, aku pun terus mengeluarkan keretaku dan terus mengunci pintu pagar. Aku ke tempat kerjaku.

Pada petangnya aku sampai dirumah dan terus bersiap untuk ke pasar malam. Apa yang menarik pasar malam disana besar betul. Macam macam terdapat disana sehinggakan daging lembu segar yang baru disembelih pun ada. Aku terus mebeli daging tersebut walaupun harga agak mahal iatu RM 20 sekilo.

Selepas itu kami pun membeli kuih di satu tempat yang dinamakan dataran kuih kerana terdapat banyak sungguh kuih disana. Tiba tiba kami terpandangkan satu kuih yamg sangat menarik dan aku pun bertanya nama kuih tersebut dan penjual kuih tersebut menjawap nama kuih tersebut adalah kuih Azril. Wah aku betul terkejut kerana tidak menyangka ada juga juga kuih yang menggunakan namaku.

Sesampainya kami di rumah aku pun terus makan kuih tersebut dan kemudian aku pun menonton tv sambil mengusik isteriku yang sedang masak di dapur, bahagianya kami pada waktu itu. Masa terlalu pantas sehinggakan selepas aku sembahyang kami pun terus makan malam. Setelah kenyang aku pun memasang komputer ku siap dengan meja di satu sudut di rumah aku. Tiba tiba aku terasa seolah olah sakit kepala dan aku pun terus pergi ke katil untuk berbaring sekejap. Tiba tiba aku terasa sejuk sangat dan aku pun membuka mata dan aku terkejut sangat apabila mendapati diri aku di kuarters Bukit Mertajam.

Langkah pertama aku adalah mencari telefon bimbit aku, aku melihat jam yang di telefon tersebut.

"Huh, baru pukul 3.30 pagi, mana bini aku pi ni?, aku terus menunggu isteri aku.

"Ish tak dak pun kat panchoq ni" kata aku pabila mencari isteri aku di bilik air.

"Bila masa aku balik dari Kuantan ni? yang aku tau tadi aku tidoq" aku bercakap sendirian.

"Haaaaaaaaaaaaaaaaa, aku mimpi rupanya", kata aku 1 minit kemudian setelah dapat menenagkan diri.

Aku pun ke bilik air kemudian masuk kebilik tidur sambil memperlahankan kipas dan terus tidur dan pukul 6 pagi tadi aku terjaga disebabkan penggera telefon bimbit aku.

Selepas itu aku tidak tidur semula dan aku berfikir bahagianya aku dalam mimpi aku tadi. Tapi, kenapa mimpi? Bilakah aku dan isteri aku dapat tinggal sekali? Sampai bila aku aku dapat ingati mimpi aku? sebab aku tidak pernah lupa apa yang aku mimpi sejak aku kecil lagi hingga sekarang. Apa yang aku mimpi juga merupakan sebahagian dari memori aku turut sama disimpan dalam ingatan.

Itulah persoalan yang gagal aku jawap sehingga sekarang.

.....................................................
.................................
.............
.

Tapi yang paling menarik dalam mimpi aku tadi adalah :
  1. Rumah kami mempunyai 2 ruang tamu yang besar dan terdapat air pancut dalam rumah.
  2. Meja makan puka terlalu besar sehingga kan terdapat sebuah pokok bongsai diatas meja tersebut
  3. Kereta aku begitu laju sehingga dalam masa 2 minit sahaja aku dah sampai di tempat kerja aku.
  4. Lokasi pejabat aku adalah didalam air dan perlu masuk melalui lif yang kalis ar untuk kesana
  5. Kesemua dinding di pejabat tersebut adalah daripada kaca yang menghijau.
  6. Tempat letak kereta dilegkapi buaian
  7. Tempat jualan kuih disana adalah di dataran yang sangat luas dan kawasan tersebut seolah olah terapung di udara
  8. Ada sejenis kuih berbentuk seperti kuih seri muka dinamakan kuih Azril
  9. Di dalam rumah terdapat satu sudut seperti pejabat yang menempatkan meja dan komputer yang skrin ia sebesar tv 29 inci.
  10. Masa terlalu pantas, setelah aku sampai di pejabat masa bertukar menjadi pukul 5 petang.
.......................................................
........................
.......
.

Alangkah indahnya jika mimpi tersebut menjadi nyata
.......................................................
........................
.......
.

Tuesday, July 06, 2010

Al Fatihah Allahyarhamah Tok Hajah Rahmah

Al Fatihah Allahyarhamah Tok Hajah Rahmah

Catatan 30 Jun 2010 waktu malam

Malam tu aku tak tau sebab apa aku masih lagi tak ngantok lagi. Jam nak dekat pukul 12 dah tapi aku rasa macam awai lagi. Aku cuba tidoq pusing sana pusing sini tiba tiba aku terima satu pesana ringkaih dari talipon bimbit aku yang mengatakan Tok Hajah Rahmah dah meninggal. Allahyarhamah merupakan mak kepada ayah aku.

Aku tergamam dan sedih...... Memang aku sedih sangat walaupun aku tak rapat dengan arwah tok aku. Aku teruih pi rumah orang tua aku pi ambik adik adik aku teruih kami pi Sungai Dua malam tu jugak. Masa tu mak dan dan ayah dah pi masa lepaih Isyak sebab ayah dah sedap hati. Semua adik adik aku ada disana kecuali Fikri sebab Koperal Fikri tak dan balik disebabkan dia ada operasi.

Sampai disana kami terus membacakan Yasin dan teruih kami tolong membuat apa yang patut sampai pagi. Selepas Zuhur dan setelah habih solat jenazah, akhirnya jenazah Allahyaarhamah Tok Rahmah pun disimpan di Tanah Perkuburan Islam Batu Maung. Disana juga terdapat pusara nenek moyang ayah dan adik beradik yang lain.

Allahyaarhamah Tok Rahmah yang juga merupakan mak kepada ayah meninggal pada usia 81 tahun akibat sakit tua. Nama penuh Allahyarhamah Tok Rahmah adalah Puan Hajah Rahmah Binti Hashim.

Al Fatihah. Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah disisi para syuhada yang syahid dijalan Allah dan orang yang yang soleh.

Tuesday, June 29, 2010

Makan Roti Canai

Makan Roti Canai


Nilah ketua aku nama dia Encik Razak dia memang suka makan roti canai ni. Kalau boleh tiap tiap hari kalau dia tak dak mesyuarat dia ajak pi makan makan roti canai. Kalau dia makan bukannya satu tapi dua. Kalau dia mai makan kat sini, jangan haraplah dia nak belanja. Kami semua kena bok keluaq duit sendiri tahanlah............. tapi yang menarik sebab masa makan pun dia dok beletiaq (bebel) tak habih habih.
.

Ini dia Encik Osman dia kawan sekerja aku tapi dia paling minat mengai ikan, kalau nak sembang dengan dia kita kena sembang bab kerja dan mengai saja dan dia akan cerita pengalaman dia mengai ikan di laut dan sungai. Tengok dia buat mulut macam ikan kena kaie saja. Tapi semua gambaq ni Sapaq yang tangkap. tahanlah...........