Azril Azlina di Pameran Jejak Upin dan Ipin di Muzium Negara
Catatan 31/12/2011
Kisah kali ini merupakan kesinambungan pengembaraan kami setelah balik dari Tanah Tinggi Genting dan pulang dari kenduri rumah Pak Cik Omar bin Sharif di Gombak Setia.
Pada jam 2 petang kami memulakan perjalanan dengan ceria walaupun trafik agak sesak disebabkan berduyun duyun kenderaan menuju masuk ke ibukota. Perancangan awal kami adalah untuk mendaftar hotel yang terletak di Jalan Tun Razak terlebih dahulu sebelum kami ke Muzium Negara tetapi kami terpaksa menukar pelan kami saat akhir disebabkan keadaan jalan yang sesak.
Azlina : Abang jalan sesak ni, bila kita nak sampai?
Azril : Tu lah, abang pun tak tau sebab kereta tak bergerak kat depan tu
Azlina : Hotel yang kita duduk tu dekat saja dari sini
Azril : Tu ha, jalan banyak kena tutup hari ini kita kita ikut lencongan jalan pulak
Azlina : Abang sempat ke kita nak pergi ke Pameran Upin dan Ipin tu sebab jalan sesak ni
Azril : Abang pun tak nak pikiaq ni sebab jalan sesak
Azlina : Apa kata kita pi Muzium dulu
Azril : Kita pi besok boleh tak? (Nada mengusik)
Azlina : Huuuu abang ni, esok kan habis pameran tu. Harini hari terakhir.. (nada merajuk)
Azril : Ok lah kita pi la ni kat sana... (senyum)
Setelah perbincangan dijalankan kami pun terus ke Muzium Negara untuk melihat Pameran Jejak Upin dan Ipin. Sesampainya kami disana kami pun meletak kereta dan kami terus berjalan ke dewan pameran, pada ketika itu terdapat beberapa dewan pameran yang terdapat disana iaitu pameran tetap iaitu di bangunan Muzium Negara, pameran khas di dewan 2 yang menempatkan Pameran Khazanah Kapal Karam dan pameran khas di dewan 3 iaitu Pameran Jejak Upin dan Ipin. Di hadapan Galeri 3 yang menempatkan Pameran Jejak Upin dan Ipin terdapat pentas dimana maskot Upin dan Ipin tengah menari bersama kanak kanak yang hadir disana.
Setelah kami membayar tiket, kami pun terus masuk ke dewan pameran 3 yang menempatkan Pameran Jejak Upin dan Ipin. Semasa masuk ke dalam dewan pameran tersebut kami terpegun dengan hiasan yang terdapat disana dan kami terasa seperti balik ke zaman kanak kanak semula. Kami seolah olah berada di alam kartun apabila banyaknya patung kertas Upin dan Ipin yang terdapat disana, selain itu terdapat juga terdapat proses pembikinan animasi Upin dan Ipin yang ditunjukkan disana. Selain dari itu terdapat juga banyaknya piala piala yang dimenangi oleh syarikat Les Copaque dipamerkan disana. Antara yang menarik terdapat didewan tersebut adalah replika rumah opah Upin dan Ipin yang terdapat ruang tamu, dapur dan bilik Upin dan Ipin
Setelah agak lama kami disana, kami pun terus keluar dari alam khayalan menuju ke alam sebenar dan kami pun terus balik.............
kami ketika di pintu masuk Dewan Pameran Galeri 3
.
Isteri tercinta bergambar bersama watak watak cerita Pada Zaman Dahulu
.
Apa benda yang Tok Dalang dok habaq kat Azlina sampai dia senyum tu
.
Anatara piala yang dimenangi oleh syarikat Les Copaque
.
Upin dan Ipin kata "Terima Kasih Atas Sokongan Anda"
.
Lakaran Proses animasi
.
Hebat basikal depa
Cuba bayangkan tengah aku dok duduk kat kerusi depa tu, tiba tiba depa kata "Kenapa duduk kerusi saya" tentu aku terkejut
.
Inilah bilik kami
.
Macam filem animasi pulak
1 comment:
Ank aku cukup minat dgn upin ipin....bru2 ni siap bergambar dgn mascot upin kat autocity bru2 ni...
Nukilan gagak d rimba
Post a Comment