Saturday, January 07, 2012

Azril Azlina - Lawatan ke Makam Mahsuri

Azril Azlina - Lawatan ke Makam Mahsuri
Catatan 03 Oktober 2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan Puan Azlina di bumi lagenda Pulau Langkawi dan tempat menarik sekitarnya.

Setelah tamatnya kursus Puan Azlina pada 03 Oktober 2011 kami pun mendaftar keluar hotel dan kami pun bergerak meninggalkan tempat penginapan kami menuju ke destinasi yang tidak sempat lawati dalam tempoh 2 hari lepas. Destinasi pertama kami adalah di Makam Mahsuri, setelah sampai kami pun terus meletakkan kenderaan yang kami sewa di luar dan kami pun terus masuk ke bangunan yang menceritakan tentang lagenda Mahsuri. Banyak maklumat yang berguna kami dapati ketika membaca penerangan yang dilekatkan ke dinding bangunan tersebut dan kebanyakkan menceritakan tentang Mahsuri.

Tiba tiba kami sampai di satu sudut dan didindingnya dilekatkan kertas yang bertulis bahawa kamatian Mahsuri adalah disebabkan fitnah. Peristiwa tersebut memang diketahui oleh Azril ketika belajar matapelajaran Sejarah ketika di sekolah dahulu tetapi apa yang lebih mengejutkan bahawa fitnah itu ditabur oleh isteri abang ipar Mahsuri Datuk Pakema Jaya iatu Wan Mahora yang merupakan biras kepada Mahsuri. Fitnah tersebut ditabur kerana Wan Mahora berasa sakit hati dan cemburu dengan kejelitaan Mahsuri dan ada juga yang menyatakan bahawa Datuk Pakema Jaya selalu memuji Mahsuri.

Fitnah tersebut ditabur oleh orang suruhan Wan Mahora dan tanpa usul periksa Mahsuri telah ditangkap dan diikat disebatang pokok dan ditikam dengan keris yang terdapat didalam rumahnya. Peristiwa tersebut disaksikan sendiri oleh Datuk Pakema Jaya yang merupakan abang ipar pada Mahsuri dan isterinya Wan Mahora. Sebelum Mahsuri mengehembus nafasnya yang terakhir dia telah menyeru agar Langkawi tidak akan aman sehingga 7 keturunan. Sedih juga apabila membaca tentang cerita tersebut.

Setelah kami pulang dari Makam Mahsuri kami pun terus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi untuk pulang........

Azril dihadapan Taman Perkampungan Kedah yang terdapat di Pulau Langkawi
.
Puan Azlina dihadapan replika rumah Pandak Mayah
.
Azril dihadaapan Makam Mahsuri
.
Ukiran batu yang menarik di bulatan jalan yang mnghala ke lapangan terbang
.
Azril dan isteri tercinta di dalam lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menunggu ketibaan pesawat
.

No comments: