Pada Hari Jummat yang lalu bersamaan 06/08/2010 yang lalu aku sampai di Kuantan pada jam 5.00 pagi. Aku bukannya ambil cuti tetapi disebabkan cuti sakit akibat demam, batuk dan selsema yang agak teruk.
Ceritaku bermula disini pabila jam 5 pagi di kuarters 05/08/2010, aku terjaga dan aku rasakan badan aku terlalu panas dan aku terus menggunakan jangkasuhu untuk memeriksa suhu badan aku dan alangkah terkejutnya pabila aku mendapati suhu badanku adalah 39 darjah Celcius. Aku terus mengambil ubat parecetamol dan tidur semula, selepas Subuh aku pun terus ke Hospital Bukit Mertajam dan dan pada pukul 8.10 aku terus berjumpa doktor dan doktor pun memberikan cuti sakit padaku.
Aku tidak balik ke pajabat atau ke kuarers sebaliknya aku terus ke rumah mak dan ayah aku di Taman Permata dan aku terus berehat disana, setelah aku makan makanan yang mak hidangkan aku pun memakan ubat pula dan tidak sampai 10 minit aku terus lena. Setelah aku jaga aku pun memberitahu mak..
Aku : Mak.. azril ingat, azril nak balik Kuantanlah
Mak : Azril larat ka nak pi sana, tak pa kalau kat sini mak boleh jaga azril. Azril kan demam.
Aku : Tak pa nanti kalau azril kat kuantan nanti azril boleh pi buat rawatan sususlan kat sana, kan Azlina ada kat sana
Mak : Tak pa mak doakan azril selamat sampai kat sana nanti.
Bonda tercinta memang memahami aku dan mak juga tahu di saat aku tidak berapa sihat ini aku amat rindukan isteri aku Puan Azlina yang berada di Kuantan. Pada jam 2 petang aku pun balik ke kuarters dan menyambung tidur semula dan selepas Maghrib aku pun terus bersiap untuk ke Terminal Penang Sentral di Butterworth. Aku menaiki bas untuk kesana pada pukul 9 malam dan sampai pada pukul 5 pagi.
Pada Jumaat tersebut isteriku membawa aku ke Hospital Kuantan untuk pemeriksaan dan aku terus dilayan buruk oleh petugas perubatan disana. (Nanti aku cerita lan kali). Nasib baik aku di Kuantan dan berada disamping isteri tercinta, dialah yang setia menjaga aku dan setia melayan kerenahku yang banyak ini dan senyumannya penawar kedukaanku..
Setelah Subuh aku pada hari Sabtu kemudian aku mendapati tubuhku tidak lagi panas dan aku dan isteri tercinta ke Temerloh iatu ke rumah kak ipar aku Puan Azilawati. Kami ke sana adalah untuk meletak kenderaan dan Abah Mentua aku Tuan Ahmad pun datang menagmbil kami untuk ke rumah adik ipar aku Puan Aizaan yang terletak di Felda Bukit Mendi.
Tiba tiba dalam perjalanan kami kesana tiba tiba van yang berada di hadapan kereta yang kami naiki berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan dan Abah Mertuaku pun memberhentikan keretanya. Tiba tiba ada kereta dari belakang terus melanggar kereta Abah Mertua Aku. Habih bersepai lampu dan kami pun keluar dari kenderaan dan perbincangan pun bermula......
15 minit kemudian kak iparku pun sampai, polis pun sampai, agen tarik kereta pun sampai..... Kami semua dibawa ke bengkel dan balai polis untuk membuat laporan. Setengah jam kemudian kami pun sampai di Felda Bukit Mendi. Sesampai kami disana kami pun terus makan dan cuba melupakan apa yang terjadi tadi. Nampaknya Pak Mentua aku dapat melupakan apa yang terjadi setelah melihat senyuman cucunya Nur Irfaan yang comel. Setelah solat Asar kami pun balik ke Temerloh dan kami pun pulang ke Felda Jenderak Utara pada malamnya.
Pada jam 12 tengahari hari Ahad aku dan isteri tercinta pun bertolak balik ke Kuantan dan pada pukul 9 malam aku pun naik bas balik dari Kuantan ke Butterworth dan pada pukul 5.30 pagi tadi Isnin aku pun sampai disini.
Harini, hari Selasa aku akan berkerja sepanjang hari di luar dan aku akan cuba menghitamkan kulit aku yang hitam ini.............

2 comments:
rajin betul ang balik cna tiap2 minggu..maklumlah rindu kat CHENTA kannnn...
Salam Sue,
Betul apa yang hang cakap tu....
Aku tak nafikan...
Hahahahaha :)
Post a Comment