Thursday, July 08, 2010

Rupanya aku bermimpi...............

Rupanya aku bermimpi...............

Selepas aku mandi, aku pun makan makanan yang dihidangkan oleh isteri tercinta sempat lagi berjenaka antara satu sama lain di meja makan. Terasa seolah olah aa benda yang melucukan setiap kali kami menyuap nasi di mulut.

Kemudian aku mengambil baju yang telah siap diseterika untuk dipakai. Aku mengambil kunci kerata dan memanaskan enjin kedua dua kereta. Puan Azlina datang dan mencium tanganku dan meminta izin untuk pergi kerja. Aku pun melambai lambai tangan kearah isteri aku semasa ia mengeluarkan keretanya. Selepas itu, aku pun terus mengeluarkan keretaku dan terus mengunci pintu pagar. Aku ke tempat kerjaku.

Pada petangnya aku sampai dirumah dan terus bersiap untuk ke pasar malam. Apa yang menarik pasar malam disana besar betul. Macam macam terdapat disana sehinggakan daging lembu segar yang baru disembelih pun ada. Aku terus mebeli daging tersebut walaupun harga agak mahal iatu RM 20 sekilo.

Selepas itu kami pun membeli kuih di satu tempat yang dinamakan dataran kuih kerana terdapat banyak sungguh kuih disana. Tiba tiba kami terpandangkan satu kuih yamg sangat menarik dan aku pun bertanya nama kuih tersebut dan penjual kuih tersebut menjawap nama kuih tersebut adalah kuih Azril. Wah aku betul terkejut kerana tidak menyangka ada juga juga kuih yang menggunakan namaku.

Sesampainya kami di rumah aku pun terus makan kuih tersebut dan kemudian aku pun menonton tv sambil mengusik isteriku yang sedang masak di dapur, bahagianya kami pada waktu itu. Masa terlalu pantas sehinggakan selepas aku sembahyang kami pun terus makan malam. Setelah kenyang aku pun memasang komputer ku siap dengan meja di satu sudut di rumah aku. Tiba tiba aku terasa seolah olah sakit kepala dan aku pun terus pergi ke katil untuk berbaring sekejap. Tiba tiba aku terasa sejuk sangat dan aku pun membuka mata dan aku terkejut sangat apabila mendapati diri aku di kuarters Bukit Mertajam.

Langkah pertama aku adalah mencari telefon bimbit aku, aku melihat jam yang di telefon tersebut.

"Huh, baru pukul 3.30 pagi, mana bini aku pi ni?, aku terus menunggu isteri aku.

"Ish tak dak pun kat panchoq ni" kata aku pabila mencari isteri aku di bilik air.

"Bila masa aku balik dari Kuantan ni? yang aku tau tadi aku tidoq" aku bercakap sendirian.

"Haaaaaaaaaaaaaaaaa, aku mimpi rupanya", kata aku 1 minit kemudian setelah dapat menenagkan diri.

Aku pun ke bilik air kemudian masuk kebilik tidur sambil memperlahankan kipas dan terus tidur dan pukul 6 pagi tadi aku terjaga disebabkan penggera telefon bimbit aku.

Selepas itu aku tidak tidur semula dan aku berfikir bahagianya aku dalam mimpi aku tadi. Tapi, kenapa mimpi? Bilakah aku dan isteri aku dapat tinggal sekali? Sampai bila aku aku dapat ingati mimpi aku? sebab aku tidak pernah lupa apa yang aku mimpi sejak aku kecil lagi hingga sekarang. Apa yang aku mimpi juga merupakan sebahagian dari memori aku turut sama disimpan dalam ingatan.

Itulah persoalan yang gagal aku jawap sehingga sekarang.

.....................................................
.................................
.............
.

Tapi yang paling menarik dalam mimpi aku tadi adalah :
  1. Rumah kami mempunyai 2 ruang tamu yang besar dan terdapat air pancut dalam rumah.
  2. Meja makan puka terlalu besar sehingga kan terdapat sebuah pokok bongsai diatas meja tersebut
  3. Kereta aku begitu laju sehingga dalam masa 2 minit sahaja aku dah sampai di tempat kerja aku.
  4. Lokasi pejabat aku adalah didalam air dan perlu masuk melalui lif yang kalis ar untuk kesana
  5. Kesemua dinding di pejabat tersebut adalah daripada kaca yang menghijau.
  6. Tempat letak kereta dilegkapi buaian
  7. Tempat jualan kuih disana adalah di dataran yang sangat luas dan kawasan tersebut seolah olah terapung di udara
  8. Ada sejenis kuih berbentuk seperti kuih seri muka dinamakan kuih Azril
  9. Di dalam rumah terdapat satu sudut seperti pejabat yang menempatkan meja dan komputer yang skrin ia sebesar tv 29 inci.
  10. Masa terlalu pantas, setelah aku sampai di pejabat masa bertukar menjadi pukul 5 petang.
.......................................................
........................
.......
.

Alangkah indahnya jika mimpi tersebut menjadi nyata
.......................................................
........................
.......
.

4 comments:

Baloons Studio said...

salam kenal ^^!
semoga sukses selalu.

azril said...

Salam

Terima Kasih Baloon Studio dari Jakarta

Semoga anda sukses selalu juga.

Unknown said...

mimpi suatu hari nti akan jadi kenyataan tau klu ada usaha utk ke arah tu..

azril said...

Hai Sue

Betul tu, aku harap semua impian aku akan jadi kenyataan nanti

InsyaAllah