Monday, July 26, 2010

Jumaat Yang Indah.............

Jumaat Yang Indah.............

Aku naik bas ke Kuantan pada malam Khamis (Jumaat aku cuti) dan seterusnya aku sampai di Kuantan pada pukul 4.30 pagi. Ini adalah disebabkan bas tersebut tidak berhenti di beberapa pehentian disebabkan tiada penumpang yang ada.

Setibanya aku di Kuantan aku terus tidur disebabkan aku tidak dapat tidur dengan nyeyak didalam bas disebabkan pakaian ku basah semuanya akibat hujan semasa aku sampai di Terminal tadi.

Selepas Subuh aku tidur semula dan aku pun pun bangun pada pukul 8 lebih untuk membeli sarapan pagi. Ini adalah kerana Mak Mentua dan adik ipar aku ada disana. Selepas makan aku pun menonton tv kemudian aku pun berbaring disofa. Tiba tiba aku terasa mengantuk yang teramat sangat. Aku pun naik dibilikku dan terus (tidur tak ingat dunia).

Aku bangun semula pada pukul 12.45 dan bersiap untuk solat Jumaat. Isteri aku memaklumkan padaku bahawa sudah 5 kali ia mengejutkan aku tetapi aku tidak jaga. Isteriku mengejutkanku kerana biras aku datang ke rumah tadi. Mungkin disebabkan mengentuk yang teramat sangat aku pun terus tidur. Aku kemudiannya bersiap untuk sembahyang Jumaat, selelah selesai sembahyang Jumaat aku pun makan tengahari.

Tiba tiba idea jurugambar datang, aku pun mencapai telefon bimbit isteri aku dan aku pun bergambar seorang diri diluar rumah. Jiran jiran sekeliling tersenyum saja melihat telatahku. Tak apa janji aku gembira sangat sebab dapat mengambil gambar diriku sendiri. Aku abadikan gambar ini di blog aku untuk tatapan diriku sendiri.

Disebabkan telefon aku tiada pekhidmatan mms, maka aku pun menghantar gambar tersebut ke telefon adik aku Farah dan Farah terus menghantar gambar tersebut ke e mel aku.


Aku tersenyum seorang diri sambil menekan butang di telefon
.

Terasa puas sangat setelah berjaya merakam gambar sendiri
.

Aku pun tak tahu mengapa, tapi aku cukup seronok sangat kalau dapat merakam gambar sendiri

No comments: