Thursday, July 22, 2010

Alahai Azam..........

Alahai Azam..........

Adik aku yang nombor 3 namanya Encik Azam Hafiz Bin Hamzah. Masih lagi bujang tetapi sudah berpunya seorang teman wanita yang bernama Shera. Dilahirkan pada tahun 1983 di Balik Pulau Pulau Pinang dan merupakan anak jati negeri Pulau Pinang.

Selepas habis persekolannya Azam melanjutkan pelajaran di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) di Segamat dan tamat pengajiannya disana pada tahun 2005. Setelah itu Azam pun terus berkerja sebagai pegawai teknologi maklumat di beberapa kilang di Seberang Perai dan Pulau Pinang dan jawatan terakhirnya adalah penolong jurutera teknologi maklumat di sebuah kilang.

Setelah lama Azam berkerja tiba tiba dia mendapat kejutan iatu Azam diterima masuk ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau UTeM bagi pengajian Ijzah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) 3 minggu yang lepas.

Azam pun menyiapkan barang barang dan alatan untuk kesana dan Mak aku Puan Hajah Siti Roselina bersama dengan adik aku Cik Farah Zalina menghantar Azam ke Melaka. Jasa Mak akan kami kenang dunia dan akhirat. Setelah 2 minggu disana Azam pun menerima satu kagi kejutan iatu Universiti Sains Malaysia menawarkan Azam untuk belajar disana bagi kursus yang sama.

Azam pun terus bersiap untuk balik semula ke Pulau Pinang dan seterusnya mendaftar diri untuk belajar di USM pada hari Selasa yang lepas. Cuba bayangkan dalam 2 minggu sahaja Azam telah belajar di 2 buah IPTA.

Azam juga pemilik blog : azam-hafiz-hamzah.blogspot.com


Encik Azam Hafiz berpakaian lengkap ketika di makmal komputer sewaktu berkerja dahulu.
.

Azam tersenyum sambil bersembang di bilik bualan internet
.

Abang doakan agar Azam mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat anugerah Tuanku Canselor semasa konvo nanti

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. saya kawan azam hafiz di ypj.. boleh x send no fon sy padanya.. ni no fon sy 0134563812

Anonymous said...

Atau pun send no azam pada sy.. sy harap sgt2.. thnks..