Thursday, June 26, 2008

Catatan seorang suami

Catatan seorang suami

Catatan 19 Mei 2008

Dalam pukul 6.00 pagi tadi aku pun sampai di terminal bas Butterworth dan aku pun terus telefon Fikri suruh ambil aku balik.Semalam Abah Mertua aku dan isteri aku hantar aku kat Terminal Temerloh. Rasa macam tak mahu balik je, tapi terpaksa sebab aku kena jumpa doktor juga. Sedih gila sampai tak tahu nak buat apa. Aku tak tidur pun dalam bas tadi kerana teringatkan isteri aku. Rindu sangat.

Aku terpaksa balik seorang sebab hari ini hari Isnin aku terpaksa terpaksa mengahadiri temujanji dengan doktor pakar apendik. Aku terpaksa tinggalkan isteri aku di rumahnya disababkan nanti hari Sabtu dia akan datang bersama keluarganya untuk kenduri di rumah aku pula.

Selepas sampai rumah sesudah solat aku pun jumpa mak dan ayah dan aku terus bersiap nak pergi hospital. Punyalah ramai orang giliran pukul 9.00 pagi dan selepas pukul 9.00 pagi barulah buku rawatan hendak diletakkan dalam kotak.

Tiba tiba isteri aku telefon aku dia tanya kat aku tak rindu ke kat dia? Tiba tiba aku rasa sayu sangat. Entahlah aku perasaan aku waktu tu. Rindu yang teramat sangat. Rasa macam nak balik semula ke Pahang tyapi apakan daya.

Selepas pemeriksaan doktor tak sampai seminit pun aku pun balik terus ke rumah. "Baik tak payah jumpa doktor pakar kalau nak cek seminit je"

Aku pun terus beli barang keperluan untuk kenduri dan aku pun menyiapkan barang sedikit demi sedikit. Antara individu paling sibuk adalah mak dan ayah.

Pada malamnya aku, adik aku, Fikri dan Ruhi Hayat kami pergi ke kuarters membersihkan kuarters dan sambung buat persediaan apabila balik semula ke Taman Permata.

Catatan 20, 21 dan 22 Mei 2008.

Dalam pukul 10.00 pagi aku pun bangun tidur, bukan lewat tetapi semalam isteri aku telefon aku dan kami pun terus bersembang dari pukul 3.00 pagi sampai ke Subuh sehinggalah sampai ke Subuh barulah kami tidur. Sehingga masing masing habis kredit telefon.

Selepas tu akau pun terus menolong mak dan ayah mengecat rumah dan banyak persediaan yang dibuat. Begitulah rutin harian kami setiap hari. Sentiasa sama setiap malam aku akan telefon isteri aku sehingga habis kredit dan isteri aku akan telefon sehingga dia habis kredit. Percintaan yang begitu hebat dan tidak pernah aku bayangkan sebelum ini.

catatan 23 Mei 2008

Rutin macam biasa cuma hari ini aku bangun lewat sikit dalam pukul 11. Selepas solat Jumaat aku pun terus buat persediaan macm biasa tapi hari ini banyak pak saudara dan mak saudara yang datang. banyak benda yang perlu dilakukan dan telah dilakukan. Macam biasa akau dan akan telefon isteri aku dan isteri aku akan telefon balik.

Catatan 24 mei 2008.

Aku bangun awal harini sebab isteri aku sampai hari ini bersama dengan adik beradiknya yang lain. Tak sabar rasanya nak tunggu isteri aku datang. Aku pun tengok oarang pasang khemah, macam macam lagi yang dibuat.

Kemudian isteri aku pun telefon dan aku pun pergi ambil isteri aku, pak mertua aku dan adik beradik yang lain tidur di Balik Pulau.
.
Mata isteri aku dan mata aku lebam sebam kan setiap malam kami telefon dan dapat tidur dalam 3 jam saja.
.
Akhirnya orang yang ditunggu pun tiba, aku pun membawa isteri tercinta pulang ke rumah.
.
Akhirnya kami pun membuat persediaan akhir untuk kenduri keesokkan harinya.

Telur dibasuh dengan cuci sebelum direbus

Azim , Izzah dan Fahida


Mak Yang tengah mengubah bunga


Didi, Mak Cik Ros dan Pak Cik Yayaha tengah memotong plastik kueh
.

Ayah mengangkat bunga telur yang telah siap


Kelihatan Mak Ngah tengah memperbetulkan bunga telur
.

Mak Yang dihadapan bunga telur
.

Farah dan Amam melekatkan jaring pada bunga telur
.

Kelihatan Kak Cik, Isteri Aku dan Farah tengah melekatkan jaring pada bunga telur


Kelihatan Azim, Didi, Abang Di dan Kak Intan


Kelihatan Farah dan Amam tengah mempebetulkan hiasan tangga.
.
Selepas habis buat semua persediaan aku pula tunggu orang pasang pelamin datang tapim sampai pukul 11 malam belum lagi datang..........................................

No comments: