Friday, May 11, 2012

Jalan Jalan Azril Azlina

Jalan Jalan Azril Azlina

Catatan 16 Disember 2011
Hari ini merupakan hari Jumaat dimana hari yang ditunggu tunggu oleh Azril dimana pada hari ini Azril akan balik ke Kuantan. Setiap minggu, hari Jumaat merupakan hari yang paling seronok bagi Azril. Seperi biasa setepat jam 5 petang Azril pun mengetik kad perakam waktu dan azril pun terus menuju ke kereta dan menghidupkan enjin dan 5 minit kemudian Azril pun bergerak meninggalkan pejabat.

Selepas 20 minit Azril pun sampai di kuarters dan tanpa membuang masa Azril terus memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh dan terus membasuh kesemua pakaian Azril maklumlah tinggal seorang diri perlulah mengurus segalanya sendirian. Selepas habis pakaian dibasuh Azril pun menyidai kesemua pakaian Azril dan azril pun melakukan kerja kerja lain di kuarters. Selepas Maghrib Azril pun terus bersiap dan  meninggalkan kuarters menuju ke Terminal Penang Sentral yang terletak di Butterworth. Setengah jam kemudian Azril pun sampai di sana dan Azril pun ke kaunter MaraLiner bagi tujuan menukar tiket disebabkan Azril membeli tiket MaraLiner secara dalam talian maka Azril perlu menukar tiket di kaunter untuk naik bas.

Sementara menunggu bas sampai Azril pun terus memesan burger yang dijual di hadapan terminal bas dan makan sehingga menunggu pintu bas dibuka pada jam 8.50 malam. Setelah pintu bas dibuka Azril pun naik bas dan menyerahkan tiket pada pemandu bas untuk ditanda dan Azril pun duduk di tempat yang ditanda didalam tiket dan tempat Azril setiap minggu adalah kerusi di satu. Pada tepat 9 malam bas MaraLiner pun bergerak meninggalkan Terminal Penang Sentral dan Azril pun menelefon isteri tercinta memaklumkan padanya yang bas sudahpun bergerak.

Catatan 17 Disember 2011
Pada jam 4.50 Azril pun sampai di Kuantan dan isteri Azril pun mengambil Azril dan kami pun pulang ke rumah. Selepas Zuhur kami pun keluar dari rumah menuju ke bandar Kuantan bagi menguruskan pelbagai perkara yang tidak dapat diuruskan oleh kami di hari hari biasa. Selepas Asar barulah urusan kami di bandar Kuantan pun selesai dan kami pun satu restoran ikan bakar yang terkenal di Kuantan iaitu Restoran Ana Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Lumpur Kuantan.

Setelah sampai di Restoran Ana Ikan Bakar kami pun memilih ikan dan makanan laut yang lain untuk dibakar dan kami pun duduk di tempat yang dipilih oleh kami. Setengah jam kemudian kerang rebus yang kami pesan pun sampai dan tanpa berlengah kami pun terus makan dengan berselera sekali. Setengah jam kemudian setelah kami menghabiskan kerang rebus tibalah pula ikan bakar yang kami pesan. Setelah habis makanan kami, kami pun pulang ke rumah............................

Catatan 18 Disember 2011
Hari ini merupakan hari Ahad dimana hari yang merupakan hari bagi kami untuk berehat sahaja di rumah.
Sebelah malamnya seperti biasa Azril dan isteri tercinta ke Terminal Makmur.........

 Dah mai kerang reboih jom kita kopek dan makan
.
Azril dan Puan Azlina di Terminal Makmur Kuantan

Wednesday, May 09, 2012

Akhirnya Dapat Juga Kau Kumiliki

Akhirnya Dapat Juga Kau Kumiliki

Setelah agak lama memendam rasa dan diriku dapat hanya melihat dirimu dari dalam internet sahaja dan akhirnya dapat juga dirimu ku miliki. Setelah aku miliki dirimu, diriku berasa gembira disebabkan dirimu yang menawan wahai kasutku....

Hahaha tentu orang kata Azril ni merapu tapi inilah kenyataannya. Nukilan ini ditujukan pada kasut Azril iatu "Adidas Outdoor AX 1" atau dikenali dengan nombor kod V21609 yang baru Azril beli bulan lepas. Kasut ini memang menarik disebabkan ia ringan, selesa dan fleksibel. Selain itu tambahan kulit atas ditambah pula elemen sokongan pada tumit dan kaki. Tapaknya diperbuat dari getah yang memberikan cengkaman tambahan dan membolehkan pergerakan dengan lebih tangkas.

 Inilah dia kasut Adidas AX 1
.
Tapak getahnya yang yang memberikan cengkaman penuh
.
Oh kasut aku sayang hang macam aku dengaq lagu cinta.....aku ulang.....

Thursday, April 26, 2012

Tanpa Minuman Berais

Tanpa Minuman Berais
Azril tidak dapat bayangkan apa yang terjadi pada Azril jika Azril hidup tanpa minuman sejuk berais. Setiap kali di kedai makan Azril akan memesan minuman berais tidak kira masa sama ada pagi, petang atau malam. Kadang kadang di tengah malam sekalipun Azril akan memesan minuman yang berais tak kira kedaan samada sejuk atau panas dan hujan sekalipun minuman berais tetap menjadi pilihan Azril.

Antara minuman beras yang akan Azril minum adalah minuman coklat berais atau milo ais dan ais kosong. Cuba bayangkan selama ini selama ini Azril boleh minum minuman tersebut dengan gembira dan Azril akan merasa lega. Selain dari menyejukkan kerongkong minuman berais juga dapat menyebabkan suhu badan Azril menjadi turun disebabkan badan Azril selalu kepanasan disebabkan Azril berkerja di tempat yang panas.

Tapi kali ini tamparan cukup hebat menimpa diri Azril apabila Azril tidak minum minuman yang berais sejak 3 bulan yang lepas, ini adalah disebabkan batuk Azril akan menjadi jadi jika Azril minum minuma yang berais. Minuman berais memang sedap tetapi setelah Azril meneguk minuman tersebut serangan batuk akan menjadi jadi sehingga sakit kerongkong akibat batuk yang kuat.

Sekarang ini Azril cuba sedaya upaya untuk melupakan minuman kegemaran Azril yang Azril akan minum dalam apa jua waktu iaitu Milo Ais dan Ais Kosong. Antara minuman yang menjadi kegemaran Azril sekarang ini adalah Milo suam dan ayaq suam....


Monday, April 23, 2012

Kesedapan Char Kuetiau

Kesedapan Char Kuetiau
Catatan 13/12/2011
Sejak 4 yang lepas Azril terlalu teringin makan makanan yang agak masin, terutamanya nasi yang yang belauk masak kicap yang agak masin. Selain dari itu pada sebelah malamnya Azril pula akan makan Char Kuetiau yang terletak di hadapan Pasaraya Kimfar Jalan Padang Lalang yang telah ditutup kerana disitu terdapat satu-satu nya Char Kuetiau yang paling sedap di Bandar Bukit Mertajam.

Terliur Azril jika membayangkan Char Kuetiau yang dimana udangnya yang lembut ditambah pula keenakkan kerangnya yang agak manis tambahan pula kuahnya yang masin cukup membuka selera sesiapa sahaja yang bekunjung kesana. Seminggu 3 kali Azril akan berkunjung kesana disebabkan ketagihan yang teramat sangat makan Char Kuetiau. Pernah Azril kesana dan memesan Char Kuetiau yang banyak kuahnya dan hasilnya seperti gambar bawah dimana Azril akan makan Kuetiau dahulu selepas itu udang dan kerang dan akhirnya Azril akan hirup kuah tersebut hingga habis.


Thursday, April 19, 2012

Hari Cuti Azril Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................
Hari Cuti Azril Azlina

Catatan 26 November 2011

Pengembaraan Azril pada 26 November 2011bermula pada jam 5 petang iaitu setelah Azril mengetik kad perakam waktu di pejabat dan dengan kelajuan biasa Azril pun meninggalkan pejabat dan terus masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Juru. Pemanduan Azril terhenti setelah 2  jam ketika Azril mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, setengah jam kemudian selepas habis semua urusan Azril pun meneruskan perjalanan semula. Sejam kemudian, Azril pun sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark .

Tujuan Azril ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark adalah untuk mengambil isteri Azril yang menaiki pesawat komuniti kebanggan negara iaitu pesawat Firefly dari Kuantan. Memang terkejut jika sesiapa mengetahui harga tiket promosi yang dibeli oleh isteri Azril adalah RM 35 bagi penerbangan sehala dari Kuantan ke Subang. Setelah sampai, Azril pun membelok masuk di tempat letak kereta yang terletak dihadapan pintu keluar dan Azril pergi menemui isteri tercinta yang sedang duduk berehat dibangku yang terdapat di Lapangan Terbang.

Azril   :   Asalamualaikum.... Lama sampai

Azlina :   Waalaikumusalam.....Baru saja....

Azril   :   Besaq jugak lapangan terbang ni, nampak moden dulu kan dia pernah jadi Lapangan Terbang Antarabangsa.

Azlina :   Jom kita ronda ronda kat kawasan ni

Azril   :   Jom, abang pun baru terpikiaq nak ronda jugak kat sini, tapi abang nak tengok tempat kapai terbang mendarat.

Azlina :   Tak boleh kot kita ronda kat sana, tapi kalau abang nak tau banyak betul pesawat Firefly masa ayang turun tadi.

Kami pun meronda di dalam kawasan lapangan terbang dan kami juga mengunjungi beberapa buah kedai yang terdapat disana. Rondaan kami akhirnya berakhir di kaunter tiket Firefly yang terdapat disana dan kami pun membelek belek barangan yang mempunya logo Firefly. Setelah agak lama kami pun membeli beberapa barangan yang mempunyai logo Firefly yang berwarna oren antaranya payung, rantai kunci, penggantung nama seperti yang Azril pakai ketika di tempat kerja dan model kapal terbang seperi yang Azril letak didalam kereta. Setelah bayaran dibuat di kaunter kami pun meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Terminal Subang Skypark dengan hati yang gembira.

Azril pun dengan perasaan yang riang gembira disebabkan isteri Azril berada disebelah terus memasndu dengan keadaan yang ceria dan kami pun menyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Subang. Pemanduan di Lebuhraya ketika itu masih lagi sesak dengan pelbagai kenderaan dan dialog pun bermula.

Azril   :   Aduih macam ni pukui berapa nak sampai ni, jalan sesak betoi

Azlina :   Tak apa bang, sabar nanti jalan ok nanti

Azril   :   Tu lah tak tau bila.... Lapaq lah pulak ni....

Azlina :   Apa kata kita pi makan dulu, kita berenti kat Hentian Jentas Sungai Buloh

Azril   :   Baguih jugak cadangan tu, apa kita makan KFC sebab abang dah lama tak makan KFC.

Kami pun menyusur masuk ke Hentian Jejantas Sungai Buloh dan makan KFC dengan sungguh berselera sekali, sejam kemudian kami pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di kuarters Bukit Mertajam. Setelah sampai kami pun tidur dengan nyeyak sekali.

Catatan 27 November 2011

Awal awal pagi kami bangun dan bersarapan roti canai di Restoran Nasi Kandar Desa yang terletak di Desa Damai, menurut Puan Azlina di kedai makan tersebut mempunya roti canai yang paling sedap. Selepas makan kami pun ke pasaraya Sunway Carnival Mall yang terletak di Seberang Jaya untuk membeli sedikit barangan. Selepas habis kami membeli belah disana kami pun terus ke rumah rakan sekerja Azril iaitu Encik Mohd Zaini yang melansungkan perkahwinannya pada hari ini.

Setibanya kami disana, Azril mendapati ramai kawan kawan Azril yang hadir pada majlis perkahwinan tersebut. Tanpa berlengah lagi, Azril dan isteri tercinta pun terus mencedok nasi minyak dan kami pun makan nasi yang disajikan disana. Ketika kami makan, berkumandanglah paluan kompang yang menandakan pengantin telah pun sampai. Setelah makan Azril pun bersembang dengan rakan sekerja yang lain dan kami pun mengambil gambar pengantin. Setengah jam kemudian Encik Zaini membuat lawatan dari meja dan ke meja dan terus mengunjungi meja kami dan kami pun bersembang antara satu sama lain dan 10 minit kemudian Azril dan isteri tercinta pun pulang ke rumah.

Pada malamnya Azril dan isteri tercinta pergi ke rumah mak dan ayah di taman Permata dan kami pun makan malam disana. Selepas kami makan malam kami pun terus menepuk anak saudara kami Nur Farhana supaya tidur dengan lebih nyenyak. Kami kemudiannya bersembang antara satu sama lain dan kedaan dirumah menjadi meriah dengan kehadiran Puan Azlina dimana adik adik pun terus bersembang dengan kak ipar mereka. Setelah 3 jam kami disana kami pun terus balik ke kuarters.

Catatan 28 November 2011

Catatan awal pagi dimulai dengan emosi yang ceria disebabkan hari ini merupakan hari cuti Azril, setelah Azril dan isteri tercinta bersarapan di Bandar Perda, Azril dan isteri tercinta pulang ke rumah untuk bersiap balik ke Kuantan. Selepas kami bersiap kami pun terus ke rumah mak dan ayah dan kami bersembang dan makan tengahari dengan mak dan ayah serta adik adik. Selepas kami makan tengahari kami pun terus memulakan perjalanan balik ke Kuantan. Perjalanan kami disana agak lancar dengan cuaca yang agak panas apabila kami sampai di Plaza Tol Juru.

Setelah 3 jam setengah perjalanan kami pun sampai di satu persimpangan dan dialog yang gembira pun bermula

Azril   :   Abang tak pernah pi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Azlina :   Abang tahu tak kat sana cantik sangat lepas tu luas sangat

Azril   :   Apa kata kita pi sana.

Azlina :   Jom, ok juga kat sana, kita boleh makan sekali

Setelah kami keluar dari persimpangan KLIA di Lebuhraya Utara Selatan kami pun terus ke Plaza Tol dan selepas 15 minit kami pun sampai di tempat letak kereta Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Setelah Azril dan isteri tercinta turun dari kereta kami pun mengambil gambar nombor di tempat letak kereta tersbut, ini adalah bertujuan mengelakkan kami kami dari tersesat nanti.

Setelah kami masuk di bangunan KLIA, Azril menjadi kagum dengan kecantikan rekabentuk yang terdapat di KLIA dan kami pun meronda ronda di KLIA. Setelah agak lama kami disana, kami pun terus ke Anjung Tinjau yang dimana terdapat terdapat cermin tebal lutsinar yang membolehkan kita melihat perlepasan dan ketibaan pesawat. Kebanyakkan pesawat yang terdapat disana adalah pesawat kebanggaan negara iaitu pesawat Penerbangan Malaysia atau MAS.

Tiba tiba Azril terpandang sebuah pesawat Firefly, Azril berasa hairan disebabkan sebelum ini Azril menaiki pesawat Firefly ATR-72-500 yang kecil tiba tiba Azril melihat sebuah pesawat Firefly Boeing 737-800 yang besar, bertambah lagi hairan Azril apabila Azril mendapati pesawat tersebut mendarat di KLIA. Setelah diselidik barulah Azril tahu bahawa pesawat Firefly ATR-72-500 hanya digunakan bagi destinasi yang dekat iaitu seperti selalu yang Azril naiki ketika balik ke Kuantan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang dimana hab pesawat tersebut berada di Subang. Manakala pesawat Firefly Boeing 737-800 pula digunakan bagi perjalanan yang jauh dan hab pesawat tersebut adalah di KLIA.

Setelah agak lama kami berjalan jalan kami pun berhenti untuk makan di Restoran KFC yang terdapat disana. setelah kami makan kami pun meneruskan perjalanan kami untuk balik ke Kuantan, setelah 2 jam setengah perjalanan kami pun sampai di rumah.

Catatan 29 November 2011              
Hari ini 29 November 2011 merupakan hari yang ceria bagi Azril disebabkan Azril masih lagi bercuti dan seperti biasa selepas Subuh Azril akan tidur semula. Azril  bangun pada jam 9 pagi apabila dikejutkan oleh isteri tercinta untuk makan pagi. Azril pun turun ke bawah dan Azril pun terus ke meja makan untuk makan nasi goreng yang dihidangkan oleh isteri Azril. Setelah habis Azril makan, Azril dan isteri azril terus berbincang tentang perancangan untuk hari ini. Setelah perbincangan dijalankan, kami pun terus bersiap untuk membeli barangan basah di pasar yang terletak di Jaya Gading.

Setelah balik dari pasar di Jaya Gading kami pun terus ke Pasaraya Giant Kuantan untuk membeli barangan dapur untuk tempoh sebulan. Setelah kami sampai disana kami pun membelibelah dengan gembira dan setelah habis kami membeli belah kami pun makan tengahari disana disebabkan Azril teringin hendak makan nasi goreng dalam mangkuk seramik. Setelah makan kami pun pulang ke rumah.

Catatan 30 November 2011

Hari ini merupakan hari yang tidak gembira bagi Azril disebabkan Azril terpaksa balik ke Bukit Mertajam disebabkan Azril berkerja pada keesokkan harinya. Dengan emosi yang tidak stabil Azril pun memulakan pemanduaan balik ke Bukit Mertajam dan 6 jam kemudian Azril pun sampai.

Catatan 01 Disember 2011
Hari ini Azril berkerja semula dan apabila sampai di pejabat fail telah bertimbun diatas meja dan Azril pun memulakan kerja dengan agak pening...........

Inilah model pesawat Firefly ATR-72-500
.
Selamat Pengantin Baru Encik Mohd Zaini dan isteri, semoga bahagia di dunia dan Akhirat
.
Kami singgah dan bergambar  di sawah padi di Permatang Pauh
.
Lari hujan dah turun
.
Ketika di rumah mak dan ayah
.
Mak Long tepuk terus Nur Farhana tidoq teruih
.
Model pesawat Firefly ATR-72-500 diletakkan didalam kereta
.
Kena ambik gambaq tempat letak kereta ni takut sesat nanti sebab tempat letak kereta kat KLIA memang luas sangat
.
Isteri tercinta ketika di KLIA
,
Azril berlatarbelakangkan KLIA
.
Pemandangan indah ketika di anjung tijau KLIA, terdapat banyak pesawat MAS disana
..
Berlatarbelakangkan pesawat kebangaan rakyat Malaysia di Anjung Tinjau
.
Nampak comel pesawat Firefly disebelah pesawat Penerbangan Malaysia
.
Kami ketika di kedaai makan Pasaraya Giant, Puan Azlina hanya makan nasi putih dan sup manakala Azril makan nagi goreng dalam mangkuk seramik yang penuh dengan cendawan tu
.
Cuti lama sangat kan dah pening