Wednesday, September 21, 2011

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Ketiga

Kerja Ukur Di Tapak Bahagian Ketiga
Lokasi : Rahsia
Tarikh : Hari ini dan kemalrin 20/21 September 2011

 Membakar unggun api bagi menghalau nyamuk
.
 Pelarasan alat pun bermula
.
 Giliran Encik Safar pula melaraskan alat
.
 Alatan yang dinamakan "plumbob" terpaksa digunakan disebabkan laser pada alatan prisma tiba tiba padam. Dugaan ..........
.
 Kapten ukur Encik Jalil 
.
 Berehat sebentar setelah 2 jam melakukan kerja tanpa henti. Tengok Sapaq tengah pegang marton tak tau nak katok apa lepaih tu Osman pulak tengah pegang buah
.
 Encik Halim melaraskan alat "total station". Antara pakar alatan ukur di pejabat kami
.
Encik Osman menebas lalang 

Setelah petang kami pun balik ke pejabat dan kami akan menyambung kerja ukur ini pada keesokkan harinya. Apa yang pasti keadaan esok adalah lebih mencabar disebabkan kami akan menjalankan kerja ukur diatas jalanraya yang panas terik.

Tuesday, September 13, 2011

2 Syawal 1432 Hijrah di Felda Jenderak Utara

2 Syawal 1432 Hijrah di Felda Jenderak Utara

Setelah mengharungi perjalanan malam dan pagi akhirnya kami sampai juga di Felda Jenderak Utara. Setelah sampai pada jam 7.30 pagi Azril dan Isteri tercita terus bersalam dan bermaafan dengan Tuan Ahmad dan Puan Halijah yang merupakan ayahanda dan bonda pada Puan Azlina yang juga merupakan mertua pada Azril.Setelah kami bermaafan kami pun rehat sementara menunggu untuk bersarapan pagi.

Seperti biasa Azril akan tidur dahulu dan sejam setengah kemudian Azril pun bangun untuk bersarapan dan bersiap untuk beraya. Pada jam 11 pagi kami pun terus keluar beraya dan destinasi kami adalah di rumah ketiga tiga ibu saudara Puan Azlina . Setelah Asar kami pun terus pulang ke rumah mertua Azril.

Pada keesokkan harinya kami pun terus pula ke Felda Kuala Klau pula untuk beraya. Perjalanan kami dimulakan pada awal pagi dan pada petangnya kami pun sampai disana. Setelah habis beraya kami pun terus pulang ke rumah dan pada hari Ahad kami pun terus pulang ke rumah kami yang terletak di Kuantan.

kami ketika hendak keluar dari rumah untuk pergi beraya

Monday, September 12, 2011

Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah di Bukit Mertajam

Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah di Bukit Mertajam

Catatan 1 Syawal 1432 Hijrah

Perjalanan 1 Syawal 1432 Hijrah ini dimulakan pada jam 9 pagi dimana kami pergi bersolat Aidilfitri di Masjid Sungai Rambai dan setelah habisnya khutbah raya kami pun pulang ke kuarters pada jam 10  pagi. Suasana mulai pilu sedikit ketika kami bermaafan antara satu sama lain setelah itu kami pun bersiap siap. Azril dan isteri tercinta pun bergerak meninggalkan kuarters menuju ke rumah mak dan ayah yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam.

Pada jam 10.30 pagi Azril dan isteri tercinta pun sampai di Taman Permata Bukit Mertajam ketika sampai disana Azril mendapati kesemua adik adik Azril dan adik adik ipar sedang bersiap lalu kami pun makan ketupat dan lemang berserta rendang dan kuih raya. Lemang tersebut merupakan lemang yang dibawa dari Kampung Kuala Pai iatu dibawa dari rumah Ayah Mertua Encik Azil Fikri, lemang tersebut memang sedap disebabkan ia berlemak dan kaya dengan rasa. Pada ketika itu juga bonda dan ayahanda tiada di rumah ini adalah kerana bonda tercinta menemani ayahanda tercinta di tempat kerja disebabkan ayahanda berkerja hari ini. Setelah kami bersiap kami pun terus ke tempat keja ayahanda dan bonda untuk memohon ampun dan maaf atas apa kesilapan yang kami telah lakukan sepanjang hidup kami.

Putera putera ayahanda dan bonda yang kacak
.
Muhammad Aril dan Muhammad Muhaimin
.
Muhammad Azril dan Isteri Tercinta
.
Putera Sulung bersalaman dengan ayahanda dan bonda memohon ampun dan maaf atas apa kesilapan yang Azril telah lakukan sepanjang hidup Azril
.
Giliran Puan Farah pula berslaman dan berpelukan memohon ampun dan maaf
.
Giliran adik beradik yang lain bersalaman dan bermaafan sesama mereka
.
Gambar curi - Apa yang Puan Farah pandang jauh sangat tu dan kemana kedua dua budak nak pi.
.
Giliran biras dan biras pula
.
Giliran Muhammd Muhaimin dan Nur Hannah pula
.
Bonda tercinta bergambar bersama puteri puterinya yang jelita
.
Bonda tercinta bergambar bersama puteri dan menantunya
Dari kiri Puan Faezah, Cik Nur Hannah, Puan Hajah Siti Roselina Indrayati, Puan Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra dan Puan Azlina
.
Giliran jejaka kacak pula bergambar dari kiri Encik Muhammad Muhaimin, Muhammad Azril, Kod 1, Encik Azil Fikri dan Encik Mohd Zuhri
.
Kita rehat dulu
.
Tuan Haji Hamzah dan Puan Hajah Roselina bergambar bersama anak dan memantunya
.
Muhammad Azril dan Puan Azlina bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran Encik Azil Fikri dan Puan Faezah bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran Puan farah Zalina dan Encik Mohd Zuhri bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran putera dan puteri yang masih lagi bujang bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Puan Farah dan suaminya Encik Zuhri
.
Kedua dua insan yang cukup Azril sayangi dunia dan Akhirat
.
Dirimu adalah segala galanya bagikiu dan diriku tidak pernah lupa menyintaimu walau datang apa jua kesusahan yang menimpa diriku
.
Kedaan sekitar yang menarik dan tenang seperti juga jejaka kacak diatas semua orang akan bersana tenteram dan tenang ketika melihat dirinya.
.
Azril dan adik bongsu Azril, Cik Nur Hannah
.
Azril dan adik yang ke enam Azril, Cik Fatimah Zahra
.
Giliran Tuan Haji Hamzah dan Puan hajah Siti Roselina bergambar bersama sama
.
Encik Azil Fikri mengenakan cermin mata gelapnya melihat kearah kamera refleks kanta tunggal digital

Untuk merakamkan gambar diatas kami menggunakan pelbagai alatan rakaman seperti kamera kompak kepunyaan Azril, kamera refleks kanta tunggal digital atau DSLR dan kamera telefon bimbit. Kamera DSLR tersebut kepunyaan Encik Mohd Zuhri yang merupakan adik ipar Azril dan Encik Zuhri juga menyediakan perkidmatan jurugambar bagi majlis perkahwinan dan apa apa jua majlis. Mod yang Azril gunakan bagi kamera kompak adalah mod hijau dan tumbuhan. Setelah selesai kami bermaafan kami pun terus pergi menziarahi mak suadara Azril iatu Puan Siti Roseliah  atau lebih dikenali sebagai Mak Yang.

Setelah sejam kami disana kami pun terus pulang ke rumah dan melayan tetamu yang berkunjung kerumah. Setelah petangnya sepupu Azril pun datang ke rumah dan kami pun rancak bersembang diantara satu dengan lain. Setelah sepupu Azril balik, Azril dan isteri tercinta pula pulang ke kuarters untuk bersiap siap beg kerana pada malam ini kami akan balik ke Felda Jenderak Utara Pahang.

Setelah maghrib, Azril dan isteri tercinta pun pergi semula ke rumah mak dan ayah di Taman Permata dan diketika itu juga adik adik Azril membuat kejutan iatu mereka telah memasak nasi tomato dan ayam masak merah. 20 minit kemudian Mak Yang pun berkunjung ke rumah bersama anak dan menantuntya dan kami pun makan nasi tomato tersbut dengan riang dan gembira.

Penangguhan demi penagguhan dari jam 9 malam ke 10 malam dan pada jam 10.45 malam Azril dan isteri tercinta pun memulakan perjalanan ke Felda Jenderak Utara dan pada jam 11 malam kami pun menyusur masuk ke lebuhraya. Kedaan agak sesak ketika di Plaza Tol Juru dan kedaan yang sama juga sehingga persimpangan masuk ke batu Kawan dimana kebanyakkan orang mengambil jalan pintas dari Plaza Tol Juru untuk ke Batu Kawan. Setelah persimpangan Batu kawan kedaan dia atas Lebuhraya Utara Selatan agak lancar cuma terdapat beberapa buah kereta yang memonopoli laluan paling kanan dengan kelajuan 80 km/j.

Pabila sampai di persimpangan Ipoh kedaan agak lengang dimana kebanyakkan kereta menyusur keluar dari Ipoh dan Azril merasakan agak selesa pada waktu itu ketika menyusur kereta terus mengharungi malam yang makin larut dengan kegelapan. Pada waktu itu juga Azril merasakan keadaan lengang dan agak sunyi di kedua dua belah jalan di Lebuhraya Utara Selatan dan paling Azril terkejut adalah ketika kami melintasi Hentian Rehat Tapah dimana Azril melihat kurangnya kereta yang yang ada disana. Kepekatan malam yang semakin larut dan kesunyian diatas lebuhraya menyebabkan Azril berfikir "Dimana agaknya semua pengguna lebuhraya ketika ini ?".

Setelah sampai di Hentian Jejantas Sungai Buloh kami mendapati semua kedai ditutup dan kami pun mengambil kesempatan untuk tidur didalam kereta ketika disana. Setelah jam 5 pagi Azril dan isteri tercinta pun terjaga serentak lalu kami pun meneruskan perjalanan dan pada jam 6.30 pagi kami pun sampai di Plaza Tol Temerloh dan kami berhenti sekejap dan pada pukul 7.30 pagi kami pun sampai di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang darul Makmur.

Wednesday, September 07, 2011

29 Ramadhan 1432 Hijrah @ Taman Permata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta Alam Semesta yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

29 Ramadhan 1432 Hijrah @ Taman Permata

Setelah Azril dan isteri tercinta bersahur di rumah ayahanda dan bonda tercinta di Taman Permata pada pukul 5 pagi kami pun terus pulang ke kuarters, setelah kami berehat kami pun keluar membeli belah pada sebelah paginya. Setelah Zuhur kami pun pergi ke rumah mak dan ayah semula, tujuan kami ke sana adalah untuk mengambil adik azril yang bongsu iatu Cik Nur Hannah untuk ke tempat mak berkerja. Setelah kami sampai disana, kami pun terus mengambil daun palas dan pulut setengah untuk membuat ketupat daun palas. 

Azril, Puan Hajah Siti Roselina, Cik Nur Hannah dan Puan Azlina terus membuat ketupat daun palas tersebut dengan perasaan riang dan gembira disebabkan kami bergurau diantara satu sama lain. Tanpa disedari satu besen ketupat telah disiapkan. Setelah ketupat tersebut disiapkan kami pun pulang ke rumah mak dan ayah  untuk proses mengukus pula. 

Setelah kebanyakkan kerja dibereskan kami pun terus menunggu masa untuk berbuka puasa, memang penantian penantian satu penyeksaan dimana Azril terus menunggu dengan memegang buah kurma dan terasa seperti dizaman kanak kanak pula. Setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib kami pun makan dengan berselera sekali dimana resepi istimewa hari ini adalah nasi daging ditambah pula juadah yang dibeli adik adik Azril menambahkan lagi menu juadah berbuka puasa kami. 

 Adinda tersayang Cik Nur Hannah tersenyum sambil melipat daun ketupat
.
 Isteri tercinta menunjukkan ketupat yang disiapkannya
.
 Inilah dia setengah besen ketupat yang disiaapkan oleh kami semua setakat ini
.
Inilah dia nasi daging istimewa yang dimasak oleh ayahanda  tercinta
.
Pada jam 9 malam kami pun terus memulakan kerja antara satu sama lain dimana setiap orang diberi tugasan masing masing. Azril dan isteri tercinta pun memulakan tugasan kami dengan membuat rendang daging dan pada pukul 11 malam Azril dan Isteri Tercinta pun pulang ke kuarters.

Tuesday, September 06, 2011

Persediaan Sebelum Bercuti Raya


Persediaan Sebelum Bercuti Raya 
Catatan 26 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 26 September 2011 

Gambar diatas dirakamkan disebuah tempat yang paling sunyi di pejabat tempat Azril berkhidmat dan tiada tujuan Azril merakamkan gambar tersebut. Apa yang pasti jam telah menunjukkan pukul 5.20 petang dan Azril masih lagi tidak pulang kerumah ini adalah kerana terlalu letih. Apa yang pasti Azril memang sukakan keletihan di bulan puasa, pada pendapat Azril barulah terasa nikmat puasa jika Azril berasa letih dan barulah Azril dapat merasai betapa peritnya kelaparan dan dahaganya orang yang tidak mempunyai makanan. 

 Antara punca yang menyebabkan Azril terasa letih hari ini adalah Azril telah melakukan banyak rondaan dan lawatan ditapak dari pagi sehinggalah ke petang, bermain dengan matahari dan peluh adalah perkara biasa bagi Azril sebagai perkerja unit luar kadang kadang bila terlampau banyak berpeluh sehingga baju menjadi basah. Apa yang akan membuatkan Azril tersenyum seorang diri adalah di hari ini Azril berjaya menyelesaikan bebarapa tugasan yang diberikan dengan cepat dan Azril berjaya membuat 7 laporan mengenai kerja serentak dan fail terus dihantar. Ini juga membolehkan Azril bercuti nanti dengan tenang dan fikiran tidak akan melayang memikirkan tugasan yang tidak disiapkan. 

 Antara perkara yang difikirkan oleh Azril adalah :- 

 6.30 petang - pergi ke rumah mak dan ayah untuk berbuka puasa bersama sama 

11.00 malam - balik ke kuarters 

Esoknya 27 Ramadhan 1432 Hijrah bersamaan 27 September 2011 

8.00 pagi - Pergi ke Terminal Bas Penang Sentral, Butterworth 

9.00 pagi - naik bas ke Kuala Lumpur (Hentian Puduraya) 

2.30 petang - naik bas pula ke Temerloh 

6.00 petang - sampai rumah abah mertua di Felda Jenderak Utara 

7.26 malam - berbuka puasa bersama sama 

9.30 malam - bertolak balik dari rumah abah metua dengan menaiki kereta bersama isteri tercinta bagi meraikan 1 syawal di Bukit Mertajam.

...............................................
..................................
........
Catatan hari ini
Alhamdulilah semua perancangan berjalan dengan lancar sekali dan Azril dan Puan Azlina sampai di kuarters pada pukul 5 pagi setelah kami bersahur di Kedai Makan Char Keow Teow Alka Ria. Setelah subuh kami lena dengan begitu nyenyak dan tidak sedar adik Azril Encik Azil Fikri menelefon kami pada jam 6.45 pagi untuk mengambilnya di Terminal Penang Sentral disebabkan dia dan isterinya Puan Faezah baru sampai dari Melaka.