Monday, September 12, 2011

Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah di Bukit Mertajam

Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah di Bukit Mertajam

Catatan 1 Syawal 1432 Hijrah

Perjalanan 1 Syawal 1432 Hijrah ini dimulakan pada jam 9 pagi dimana kami pergi bersolat Aidilfitri di Masjid Sungai Rambai dan setelah habisnya khutbah raya kami pun pulang ke kuarters pada jam 10  pagi. Suasana mulai pilu sedikit ketika kami bermaafan antara satu sama lain setelah itu kami pun bersiap siap. Azril dan isteri tercinta pun bergerak meninggalkan kuarters menuju ke rumah mak dan ayah yang terletak di Taman Permata Bukit Mertajam.

Pada jam 10.30 pagi Azril dan isteri tercinta pun sampai di Taman Permata Bukit Mertajam ketika sampai disana Azril mendapati kesemua adik adik Azril dan adik adik ipar sedang bersiap lalu kami pun makan ketupat dan lemang berserta rendang dan kuih raya. Lemang tersebut merupakan lemang yang dibawa dari Kampung Kuala Pai iatu dibawa dari rumah Ayah Mertua Encik Azil Fikri, lemang tersebut memang sedap disebabkan ia berlemak dan kaya dengan rasa. Pada ketika itu juga bonda dan ayahanda tiada di rumah ini adalah kerana bonda tercinta menemani ayahanda tercinta di tempat kerja disebabkan ayahanda berkerja hari ini. Setelah kami bersiap kami pun terus ke tempat keja ayahanda dan bonda untuk memohon ampun dan maaf atas apa kesilapan yang kami telah lakukan sepanjang hidup kami.

Putera putera ayahanda dan bonda yang kacak
.
Muhammad Aril dan Muhammad Muhaimin
.
Muhammad Azril dan Isteri Tercinta
.
Putera Sulung bersalaman dengan ayahanda dan bonda memohon ampun dan maaf atas apa kesilapan yang Azril telah lakukan sepanjang hidup Azril
.
Giliran Puan Farah pula berslaman dan berpelukan memohon ampun dan maaf
.
Giliran adik beradik yang lain bersalaman dan bermaafan sesama mereka
.
Gambar curi - Apa yang Puan Farah pandang jauh sangat tu dan kemana kedua dua budak nak pi.
.
Giliran biras dan biras pula
.
Giliran Muhammd Muhaimin dan Nur Hannah pula
.
Bonda tercinta bergambar bersama puteri puterinya yang jelita
.
Bonda tercinta bergambar bersama puteri dan menantunya
Dari kiri Puan Faezah, Cik Nur Hannah, Puan Hajah Siti Roselina Indrayati, Puan Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra dan Puan Azlina
.
Giliran jejaka kacak pula bergambar dari kiri Encik Muhammad Muhaimin, Muhammad Azril, Kod 1, Encik Azil Fikri dan Encik Mohd Zuhri
.
Kita rehat dulu
.
Tuan Haji Hamzah dan Puan Hajah Roselina bergambar bersama anak dan memantunya
.
Muhammad Azril dan Puan Azlina bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran Encik Azil Fikri dan Puan Faezah bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran Puan farah Zalina dan Encik Mohd Zuhri bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Giliran putera dan puteri yang masih lagi bujang bergambar bersama Ayahanda Tercinta dan Bonda Tercinta
.
Puan Farah dan suaminya Encik Zuhri
.
Kedua dua insan yang cukup Azril sayangi dunia dan Akhirat
.
Dirimu adalah segala galanya bagikiu dan diriku tidak pernah lupa menyintaimu walau datang apa jua kesusahan yang menimpa diriku
.
Kedaan sekitar yang menarik dan tenang seperti juga jejaka kacak diatas semua orang akan bersana tenteram dan tenang ketika melihat dirinya.
.
Azril dan adik bongsu Azril, Cik Nur Hannah
.
Azril dan adik yang ke enam Azril, Cik Fatimah Zahra
.
Giliran Tuan Haji Hamzah dan Puan hajah Siti Roselina bergambar bersama sama
.
Encik Azil Fikri mengenakan cermin mata gelapnya melihat kearah kamera refleks kanta tunggal digital

Untuk merakamkan gambar diatas kami menggunakan pelbagai alatan rakaman seperti kamera kompak kepunyaan Azril, kamera refleks kanta tunggal digital atau DSLR dan kamera telefon bimbit. Kamera DSLR tersebut kepunyaan Encik Mohd Zuhri yang merupakan adik ipar Azril dan Encik Zuhri juga menyediakan perkidmatan jurugambar bagi majlis perkahwinan dan apa apa jua majlis. Mod yang Azril gunakan bagi kamera kompak adalah mod hijau dan tumbuhan. Setelah selesai kami bermaafan kami pun terus pergi menziarahi mak suadara Azril iatu Puan Siti Roseliah  atau lebih dikenali sebagai Mak Yang.

Setelah sejam kami disana kami pun terus pulang ke rumah dan melayan tetamu yang berkunjung kerumah. Setelah petangnya sepupu Azril pun datang ke rumah dan kami pun rancak bersembang diantara satu dengan lain. Setelah sepupu Azril balik, Azril dan isteri tercinta pula pulang ke kuarters untuk bersiap siap beg kerana pada malam ini kami akan balik ke Felda Jenderak Utara Pahang.

Setelah maghrib, Azril dan isteri tercinta pun pergi semula ke rumah mak dan ayah di Taman Permata dan diketika itu juga adik adik Azril membuat kejutan iatu mereka telah memasak nasi tomato dan ayam masak merah. 20 minit kemudian Mak Yang pun berkunjung ke rumah bersama anak dan menantuntya dan kami pun makan nasi tomato tersbut dengan riang dan gembira.

Penangguhan demi penagguhan dari jam 9 malam ke 10 malam dan pada jam 10.45 malam Azril dan isteri tercinta pun memulakan perjalanan ke Felda Jenderak Utara dan pada jam 11 malam kami pun menyusur masuk ke lebuhraya. Kedaan agak sesak ketika di Plaza Tol Juru dan kedaan yang sama juga sehingga persimpangan masuk ke batu Kawan dimana kebanyakkan orang mengambil jalan pintas dari Plaza Tol Juru untuk ke Batu Kawan. Setelah persimpangan Batu kawan kedaan dia atas Lebuhraya Utara Selatan agak lancar cuma terdapat beberapa buah kereta yang memonopoli laluan paling kanan dengan kelajuan 80 km/j.

Pabila sampai di persimpangan Ipoh kedaan agak lengang dimana kebanyakkan kereta menyusur keluar dari Ipoh dan Azril merasakan agak selesa pada waktu itu ketika menyusur kereta terus mengharungi malam yang makin larut dengan kegelapan. Pada waktu itu juga Azril merasakan keadaan lengang dan agak sunyi di kedua dua belah jalan di Lebuhraya Utara Selatan dan paling Azril terkejut adalah ketika kami melintasi Hentian Rehat Tapah dimana Azril melihat kurangnya kereta yang yang ada disana. Kepekatan malam yang semakin larut dan kesunyian diatas lebuhraya menyebabkan Azril berfikir "Dimana agaknya semua pengguna lebuhraya ketika ini ?".

Setelah sampai di Hentian Jejantas Sungai Buloh kami mendapati semua kedai ditutup dan kami pun mengambil kesempatan untuk tidur didalam kereta ketika disana. Setelah jam 5 pagi Azril dan isteri tercinta pun terjaga serentak lalu kami pun meneruskan perjalanan dan pada jam 6.30 pagi kami pun sampai di Plaza Tol Temerloh dan kami berhenti sekejap dan pada pukul 7.30 pagi kami pun sampai di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang darul Makmur.

2 comments:

Anonymous said...

Cantik tempat ni. Kat mana ni?

azril said...

Salam...

Antara tempat yang tenang di Bukit Mertajam.............