Friday, August 26, 2011

Pulang beraya, jangan beri isteri memandu

Pulang beraya, jangan beri isteri memandu - Utusan Malaysia Online

SELALUNYA lelaki akan cepat membuat kesimpulan jika ada kenderaan yang dipandu tidak konsisten, perlahan dan suka membrek, pastinya pemandunya adalah perempuan.
Bukan memperlekeh keupayaan wanita apabila berada di atas jalan raya, tapi itulah realitinya apabila kaum Hawa ini diberi kuasa mengawal kenderaan. Lihatlah kenderaan yang calar balar di sana sini tentunya dipandu perempuan.

Dari kaca mata lelaki, perempuan memang kurang cekap memandu. Mereka tidak berani mengambil risiko memandu dalam kelajuan yang konsisten, mengambil selekoh tajam atau memotong dua tiga kenderaan sekaligus.

Pemanduan mereka terlalu berhati-hati sehingga selalu teragak-agak dalam membuat keputusan termasuk membrek sebelum waktunya yang hanya membuatkan pemandu kenderaan di belakang naik angin. Kebanyakan orang akan mengelak mengekori kenderaan yang dipandu oleh wanita.

Contoh lain perbezaan cara pemanduan wanita dan lelaki ialah dalam bab menggerakkan pembersih cermin. Wanita biasanya akan terus menggerakkan pembersih cermin apabila hujan turun. Lelaki pula melakukannya hanya apabila air hujan terlihat sudah banyak.

Dengan kata lain, otak lelaki akan menunggu seketika sehingga sejumlah air hujan membasahi cermin berbanding wanita yang suka memberi respons terlalu awal.

Begitu juga dalam hal meletak kenderaan. Perempuan selalunya tidak suka meletakkan kenderaan selari atau secara masuk dari belakang. Mereka akan mencari parkir yang lebih mudah iaitu dari sisi.

Berjam-jamlah masa dibazirkan hanya untuk meletakkan kenderaan dengan betul. Dan jika ada pilihan, mereka lebih suka mencari ruang yang luas walaupun ia terletak jauh. Tak mengapalah kalau terpaksa jauh menapak.

Ini dibuktikan dalam satu kajian di Singapura yang mendapati 66 peratus lelaki dapat meletak kenderaan (secara masuk dari belakang) dengan tepat dan 68 peratus melakukannya dalam percubaan pertama. Berbanding wanita, hanya 19 peratus dapat melakukannya dengan tepat dan 12 peratus mampu melakukannya dalam percubaan pertama.

Tabiat
Mungkin sebab itu, lelaki akan cepat berbangga jika ada wanita yang tidak mempunyai tabiat pemanduan yang sebegitu. Reaksinya selalu ‘eh perempuanlah’ tanda bangga ada wanita mampu memandu setaraf orang lelaki.

Sebab itu juga orang selalu menasihatkan jangan sekali-kali mengajar isteri atau teman wanita memandu. Ia umpama memandu ke mahkamah perceraian!

Lazimnya, secara automatik lelaki akan bertukar menjadi pembebel dengan kecenderungan memberi arahan macam wanita itu tiada deria rasa. Tekan brek, beri signal, hati-hati kereta di depan, ada orang melintas dan bermacam lagi arahan yang akhirnya akan menyebabkan pertengkaran.

Kalau mahu belajar memandu, belajarnya daripada mereka yang pakar di kelas memandu. Jangan dengan suami atau kekasih. Parah jadinya.

Begitu juga apabila pulang ke kampung menyambut Aidilfitri ini. Bagi memastikan Aidilfitri yang mulia ini disambut dengan penuh keriangan dan kebahagiaan, elakkan isteri daripada memandu. Jangan ambil risiko. Elok-elok bergembira menyambut hari kemenangan ini di kampung halaman, kita suami isteri bermasam muka pula.

Kepada wanita, walaupun mereka selalu berfikir tujuan memandu ialah tiba dengan selamat ke destinasi tetapi elakkan terlalu kerap mengkritik pemanduan lelaki. Ini kerana dalam bab memandu, lelaki dibuktikan lebih baik berbanding wanita.

Wanita perlu bertenang walaupun dia berfikir cara pemanduan lelaki agak berbahaya. Asalkan lelaki itu tidak mempunyai rekod memandu yang buruk, berilah kebebasan kepada mereka untuk menjalankan peranannya. Biar saja dia memandu.

Pemanduan yang baik ini sebenarnya bergantung kepada kemampuan spatial (membaca ruang) yang berkaitan dengan persekitaran. Mungkin sudah ditakdirkan dalam hal spatial ini, otak lelaki berfungsi lebih baik. Ia menjadikan lelaki lebih cekap memandu, lelaki lebih cekap meletak kenderaan dan begitu juga lelaki lebih cakap membaca peta dan arah jalan.

Sebab itu jika terdesak mahu isteri memandu, strategi terbaik sebagai penumpang ialah menutup mata dan berhenti membuat komen. Biarkan isteri bebas dengan dunia pemanduan yang lazim dilakukannya.
Begitupun berita baiknya, walaupun tabiat pemanduan wanita dikategorikan teruk tetapi mereka cenderung memandu dengan lebih cermat.

Mereka pasti akan tiba ke destinasi dengan selamat walaupun mungkin mengambil masa lebih lama. Tak apalah sekurang-kurangnya suami dapat berehat supaya tenaganya nanti boleh digunakan untuk membakar lemang dan memasak ketupat

Sedihnya Dahla Bulan Posa Ni

Sedihnya Dahla Bulan Posa Ni
.

Kesian kan saudara kita kat sana kan. 

Kenapa nak jadi pemberontak?

Banyakkan depa yang terkorban kan?

Dahlah bulan posa ni

Depa bukak posa makan apa?

Kalau tiba tiba bukak posa orang bom macamana?

Depa kat  sana ada baju baru tak?

Depa ada kuih raya tak?

Kenapa sesama Islam pun nak perang?

Kenapa dok ikut sangat cakap Amerika dan Yahudi?

Tak sayang nyawa sesama Islam ka?

Kenapa tak kutuk saja Amerika dan Yahudi?

Thursday, August 25, 2011

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 3

Tak Sabar Sabar Nak Berbuka Ni bahagian 3
Minggu lepas semasa Azril balik ke rumah isteri Azril di Kuantan sebelum berbuka puasa isteri tercinta telah membakar pelbagai biskut raya. Seperti biasa semasa proses mengadun dan membakar biskut tersebut akan menyebabkan aroma yang terhasil memenuhi ruangan rumah serta menyebabkan Azril tidak senang duduk. Apa yang Azril fikirkan adalah setelah sampai waktu berbuka puasa nanti azril akan makan biskut tersebut sebanyak yang mungkin. 

Biskut Lapan Emping Jagung
.
Biskut Gajus Rangup
.
Biskut Dahlia

Dengan Hanya Secawan Beras Faiza


Dengan Hanya Secawan Beras Faiza
Azril tau Azil ni kadang kadang memang cerewet sangat pasai makanan ni, bukan cerewet sikit tapi cerewet banyak dan kadang kadang Azril takkan makan makanan yang tak kena dengan selera Azril. Nasib baik isteri Azril pandai masak kalau tak makan kedai lah jawapnya. Takpa takpa bukan tu yang Azril nak cerita kat sini. Lama dah dulu ada kawan Azril dok cerita kat Azril pasai beraih yang sedap. Benda ni jadi 4 tahun yang lepaih.

Amran : Azril hang tau tak aku makan beraih tu sedap betui.

Azril    : Apa maksud hang, beraih tu kan tawaq ja takkan rasa sedap kot. Kalau hang boh gulai ka, kicap ka baru sedap tambah pulak lauk yang panaih.

Amran  : Payah betui aku nak cerita kat orang yang tak pecaya apa yang aku cakap ni

Azril     : Aku bukan tak pecaya tapi aku tengah dok pikiaq apa yang hang cakap ni.

Amran  : Aku tau hang susah sangat nak pecaya apa orang cakap. Aku syorkan kat hang hang cuba beras keluaran syarikat Faiza.

Lepaih tu nak dekat 4 tahun sampai sekarang lepaih Amran pindah dok Kolumpo Azril dah tak jumpa dia dah.

Dah lama dah lepaih tu tiba tiba masa Azril dan Puan Azlina membeli belah di Kuantan Pahang

Azril    : Banyak lagi ka barang dalam senarai yang kita nak beli tu

Azlina : Adalah sikit sikit macam tepung ni, beras, garam, gula.................

Azril    : Tak pa beraih tu abang pi ambik.

Masa aku tengah dok pilih beraih tu aku teringat balik apa yang Amran kata 2 tahun lepaih. Aku pun jenoh berebut dengan orang lain sebab waktu tu Beras Faiza Emas ada buat promosi.

Azlina : Abang dah ambil beras dah ke? Beras apa yang abang ambil

Azril    : Dah, abang pilih beras Faiza sebab dia syarikat bumiputera Islam, pekerja dia semua Islam dan dia ada Halal Jakim lagi.

Kemudian hampir nak dekat setahun lebih jugak kami makan beras faiza emas sampailah satu hari ketika kami membeli belah 3 bulan yang lepaih.

Azril    : Abang rasa kan, abang nak tukaq beraih lah apa kata kita cuba makan beraih lain pulak

Azlina  : Beras apa abang rasa bagus untuk kita makan?

Azril    : Abang rasa apa kata kita makan beraih basmathi kita campoq sikit dengan beraih Faiza Emaih

Azlina : Ayang ikut ja apa apa keputusan abang.

Azril    : Kalau macam tu apa kata kita cuba beraih Faiza Basmathi Kashmir, beraih ni beraih Pakistan. Takpa kita beli sikit saja sebab harga dia mahai.

Lepaih tu balik Puan Azlina pun masak beraih tu campoq sikit dengan beras yang ada dan hasilnya amatlah baik dengan beraih yang panjang dan wangi serta sedikit kering.

Azril    : Ya Allah....... sedapnya nasik ni, abang tak pernah makan nasik saja sesedap ni dahlah beraih tu panjang sedap pulak tu kalau makan nasik saja pun sedap ni.

Isteri tercinta tersenyum memandang kearah Azril dan cuba bayangkan beraih Faiza Basmathi Kashmir paling sedap jika kita makan dengan masakan yang berempah. Tak tau nak habaq tapi dia memang sedap kalau kita makan dengan gulai. Tak boleh cerita banyak banyak sebab la ni tengah dok posa ni tapi dah terlioq dah rasa macam nak keluaq ayaq lioq satu timba ja.

Tiba tiba kemarin Azril teringat dengan apa yang kawan azril nama Amran tu kata, memang betui apa dia kata. Apa yang pasti dia dah makan beraih ni 4 tahun yang lepaih, Azril baru makan 3 bulan yang lepaih.

Wednesday, August 24, 2011

Azril Azlina @ Tanah Tinggi Genting

Azril Azlina @ Tanah Tinggi Genting
Catatan 02-03 Julai 2011
Perjalanan kali ini merupakan percutian Azril dan Puan Azlina ke Tanah Tinggi Genting untuk kali ke tiga. Sebenarnya ini bukanlah percutian yang dimana Azril dan isteri tercinta akan meluangkan masa kemana mana melawat tempat menarik disana. Apa yang pasti percutian ini merupakan percutian sambil berkursus dimana insan yang terlibat dengan kursus tersebut adalah Puan Azlina dan kehadiran Azril disana adalah untuk menemani isteri tercinta berkursus.

Azril dan isteri tercinta memulakan perjalanan dari Kuantan pada awal pagi dan kami singgah di beberapa hentian rehat di Lebuhraya Pantai Timur dan setelah beberapa jam kami memandu kami pun sampai. Apa yang menarik sepanjang perjalanan tersebut kami asyik bercerita antara satu sama lain dan tanpa disedari kami telah pun sampai di Tanah Tinggi Genting. Setelah sampai kami pun mendaftar masuk di Hotel Seri Malaysia.

Setelah tamatnya kursus Puan Azlina kami pun terus meronda dikawasan sekitar, antara tempat yang kami lawati adalah Taman Strawberi yang terdapat disana, seterusnya kami pun terus membeli tiket dan terus menaiki kereta kabel Genting Skyway. Ini merupakan pengalaman yang ketiga kalinya kami menaiki kerata kabel tersebut. Walaupun yang ketiga kalinya, kami tetap gayat ketika menaiki kereta kabel tersebut. Setelah agak lama kami kami diatas sana kami pun turun, ini adalah disebabkan adanya majlis makan malam barbeku untuk ahli keluarga dan perserta kursus.

Azril disebelah kolam strawberi
.
Puan Azlina dibelakang papan tanda Taman Strawberi Genting
..
Kelihatan pucat muka kami ditoreh tak berdarah disebabkan gayat ketika naik kereta kabel Genting Skyway
.
Deretan kereta kabel merentasi pergunungan untuk naik ke puncak
.
Tidak sampai 2 minit selepas Azril merakam gambar keadaan yang cerah tersebut tiba tiba cuaca bertukar
.
Kedaan kembali ceria apabila sampai di puncak gunung
.
Isteri tercinta kelihataan ceria ketika turun dari eskalator
.
.
Jarak penglihatan yang terhad disebabkan cuaca yang berkabus
.
Kita duduk dulu .......
.
Puan Azlina mengambil tiket nombor bertuahnya
.
Isteri Azril mendukung Mohd Shakir
.
Sayang tahu tak abang cintakan sayang sejak dari hari pertama kita akad nikah sehinggalah sekarang
.
Pegawai pegawai dari UKP bergambar bersama sama