Dengan Hanya Secawan Beras Faiza
Azril tau Azil ni kadang kadang memang cerewet sangat pasai makanan ni, bukan cerewet sikit tapi cerewet banyak dan kadang kadang Azril takkan makan makanan yang tak kena dengan selera Azril. Nasib baik isteri Azril pandai masak kalau tak makan kedai lah jawapnya. Takpa takpa bukan tu yang Azril nak cerita kat sini. Lama dah dulu ada kawan Azril dok cerita kat Azril pasai beraih yang sedap. Benda ni jadi 4 tahun yang lepaih.
Amran : Azril hang tau tak aku makan beraih tu sedap betui.
Azril : Apa maksud hang, beraih tu kan tawaq ja takkan rasa sedap kot. Kalau hang boh gulai ka, kicap ka baru sedap tambah pulak lauk yang panaih.
Amran : Payah betui aku nak cerita kat orang yang tak pecaya apa yang aku cakap ni
Azril : Aku bukan tak pecaya tapi aku tengah dok pikiaq apa yang hang cakap ni.
Amran : Aku tau hang susah sangat nak pecaya apa orang cakap. Aku syorkan kat hang hang cuba beras keluaran syarikat Faiza.
Lepaih tu nak dekat 4 tahun sampai sekarang lepaih Amran pindah dok Kolumpo Azril dah tak jumpa dia dah.
Dah lama dah lepaih tu tiba tiba masa Azril dan Puan Azlina membeli belah di Kuantan Pahang
Azril : Banyak lagi ka barang dalam senarai yang kita nak beli tu
Azlina : Adalah sikit sikit macam tepung ni, beras, garam, gula.................
Azril : Tak pa beraih tu abang pi ambik.
Masa aku tengah dok pilih beraih tu aku teringat balik apa yang Amran kata 2 tahun lepaih. Aku pun jenoh berebut dengan orang lain sebab waktu tu Beras Faiza Emas ada buat promosi.
Azlina : Abang dah ambil beras dah ke? Beras apa yang abang ambil
Azril : Dah, abang pilih beras Faiza sebab dia syarikat bumiputera Islam, pekerja dia semua Islam dan dia ada Halal Jakim lagi.
Kemudian hampir nak dekat setahun lebih jugak kami makan beras faiza emas sampailah satu hari ketika kami membeli belah 3 bulan yang lepaih.
Azril : Abang rasa kan, abang nak tukaq beraih lah apa kata kita cuba makan beraih lain pulak
Azlina : Beras apa abang rasa bagus untuk kita makan?
Azril : Abang rasa apa kata kita makan beraih basmathi kita campoq sikit dengan beraih Faiza Emaih
Azlina : Ayang ikut ja apa apa keputusan abang.
Azril : Kalau macam tu apa kata kita cuba beraih Faiza Basmathi Kashmir, beraih ni beraih Pakistan. Takpa kita beli sikit saja sebab harga dia mahai.
Lepaih tu balik Puan Azlina pun masak beraih tu campoq sikit dengan beras yang ada dan hasilnya amatlah baik dengan beraih yang panjang dan wangi serta sedikit kering.
Azril : Ya Allah....... sedapnya nasik ni, abang tak pernah makan nasik saja sesedap ni dahlah beraih tu panjang sedap pulak tu kalau makan nasik saja pun sedap ni.
Isteri tercinta tersenyum memandang kearah Azril dan cuba bayangkan beraih Faiza Basmathi Kashmir paling sedap jika kita makan dengan masakan yang berempah. Tak tau nak habaq tapi dia memang sedap kalau kita makan dengan gulai. Tak boleh cerita banyak banyak sebab la ni tengah dok posa ni tapi dah terlioq dah rasa macam nak keluaq ayaq lioq satu timba ja.
Tiba tiba kemarin Azril teringat dengan apa yang kawan azril nama Amran tu kata, memang betui apa dia kata. Apa yang pasti dia dah makan beraih ni 4 tahun yang lepaih, Azril baru makan 3 bulan yang lepaih.
No comments:
Post a Comment