Thursday, July 26, 2007

Nak Uji Telefon Kamera Baru



Nak Uji Telefon Kamera Baru

Ada sorang kawan pejabat aku beli telefon baru siap dengan kamera lagi. Dia pun ambil semua orang punya gambar sebab nak letak dalam fon dia, termasuk gambar aku.

Dia pun suruh aku senyum dan aku secara tiba tiba terus angkat "peace"

Tiba tiba terdengar suara "Ish ish perangai macam budak budak patut lah tak kawin lagi",

Aku pun menjejaki suara tersebut maka diketahui juga oleh aku bahawa suara itu kepunyaan seorang senior pejabat aku

"Relaxlah saya kan muda lagi" kata aku sambil senyum

Betul kan aku kan muda lagi baru 26 tahun hahahahaha

Jangan Marah
..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,...,.,.,.,.,.,.,..,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,;.,.,.,.,.,.,.,.
Kawan kawan pun selalu tanya kat aku mengapa muka aku akan berubah ubah, pagi nampak cerah sikit bila petang nampak gelap.
Jawapan yang senang dan yang tepat sebab aku kan kerja unit luar. Nak kena keluar pejabat setiap hari main panas dan main hujan. Dah petang balik pejabat lepas keluar menjalankan tugas dalam keadaan panas macam mana muka tak hitam

Friday, July 20, 2007

Antara Soalan Yang Kerap Ditanya



Antara soalan yang mereka (kawan kawan pejabat dan sekitar) tanya pada aku dan setiap hari dan setiap minggu. Kalau malas nak jawap aku diam saja.

Soalan Mereka : Kenapa selalu senyum je macam tak ada masalah je?

Aku Jawap : Takkan saya nak nangis kot kalau ada masalah. Saya selalu senyum sebab senyum kan sedekah. Tak payah keluarkan duit cuma senyum je. Kalau ada masalah pun takkan kita nak tunjuk muka kita yang bermasalah ni kat orang.

Soalan Mereka : Bila nak kahwin?

Aku Jawap : Tak apa nanti saya kahwin lah, bila saya berjaya nanti. Saya target dalam umur 35 tahun sebab masa tu saya dah bersedia. (Soalan yang paling malas nak jawap)

Soalan Mereka : Azril ada girlfriend tak? Bila masa pi dating? Cakap kat mak dan ayah tak nak keluar?

Aku Jawap : Ada, hari cuti saya keluar lah dating, saya cakap kat mak ayah kata nak keluar dengan kawan. (Soalan yang paling malas nak jawap, takkan aku nak cerita kat semua kata aku selalu putus cinta, lagi satu takkan semua benda aku nak cerita kat mak dan ayah)

Soalan Mereka : Pernah putus cinta tak? Sedih tak?

Aku Jawap : Banyak kali jugak, tak sedih kalau sedih pun cuma beberapa jam saja tak sampai setengah hari (patah tumbuh hilang berganti, hahahaha)

Soalan Mereka : Kalau nak cari calon isteri yang macam mana?

Aku Jawap : Yang mempunya ciri ciri wanita solehah, boleh terima mak dan ayah saya serta adik adik saya dan tak tinggal sembahyang.

Soalan Mereka : Tempat yang paling disukai kalau nak 'release tension'?

Aku Jawap : Laut dan Pantai sebab dengar deruan ombak cukup menenagkan jiwa dan ditambah dengan bayu pantai sepoi sepoi bahasa cukup mengasyikkan.

Soalan Mereka : Kalau nanti lepas kahwin nanti nak pergi bercuti kat mana ?

Aku Jawap : Mungkin kat tanah tinggi yang sejuk macam Genting Highland atau di Cameron Highland dan pulau yang saya tak pernah pergi sebelum ni. Saya kan suka laut dan saya harap bakal isteri saya pun suka laut.

Soalan Aku : Kerja dah siap ke? Dok tanya saya je. Tak baik curi tulang, makan gaji buta je

Mereka Jawap : Haaaaa. Ok

Wednesday, June 27, 2007

Rombongan jabatan ke negeri Kelantan

Asaalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Tuhan Pencipta Alam yang telah menciptakan alam ini dengan indah sekali. Kali ini aku nak membawakan satu berita yang seronok lah juga hahahaha. Pada 22 Jun yang lalu aku dan kawan kawan pejabat pergi rombongan ke Kelantan. Kebanyakkan staf pejabat termasuk ayah aku pun turut serta ke sana.

Dengan lafaz Bismillah kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas persiaran ke Kelantan selepas solat Jumaat. Kami melalui Baling dan seterusnya ke Kelantan. Aku tak dapat ceritakan keindahan alam sewaktu ke sana disebabkan aku kan selalu sakit kepala sewaktu naik bas, maka aku pun memejamkan mata walaupun tak mengantuk. Aku pun tak tau berapa banyak panadol yang aku telan disebabkan sakit kepala.

Pada malamnya kami pun sampai ke Kelantan. Dengan keadaan yang letih aku pun terus masuk dengan keadaan lemah dalam Renaisance Hotel Kota Bharu dan terus tidur. Bestnya dapat tidur. Hahahahahaha.

Tapi tak tidur juga sebab Radzi sms aku dan aku pun lepak sampai pukul satu pagi dengan member sepejabat dalam 20 orang. Hahahaha.

Pada esoknya kami pun terus dibawa berjalan jalan antara tempat yang kami pergi adalah kilang serunding. kami melihat sendiri bagaimana serunding dihasilkan dari daging kotak sehingga serunding itu di pek.

Gambar diatas menunjukkan serunding dikacau oleh Pak Omar rakan pejabat aku. Pak Omar silap kacau sampai serunding tu berasap. Tengok sampai berasap serunding tersebut di buatnya, nasib baik tak hangit. Adegan yang paling best dan tak dapat dilupakan apabila seunding telah siap kami dibenar merasa serunding dalam keadaan panas dan kami pun diberi diskaun untuk setiap pembelian. Setelah merasa rasa separuh kenyang serunding dan cuba bayangkan geng geng mak cik kat pejabat aku beli seunding hampir setengah bas. Hahahaha. jangan marah.

Selepas habis berpeluh di kilang serunding kami pun pergi melawat muzium. Selepas itu kami pun pegi berjalan jalan di Pasar Siti Khadijah.

Masa itu aku dan Radzi pun terus menjelajah dan terus meronda dan sewaktu ronda banyak benda yang dapat dilihat. Hahahaha. Semuanya menarik bangunan, suasana, pesekitaran dan lain lain lagi.

Selepas itu kami pun makan dan terus balik tidur hahahaha.

Pada esoknya pada hari Ahad dengan berat hati kami pun berangkat balik ke Penang. Berat hati ke?? Hahahaha.

Gambar diatas sewaktu aku dan idola aku (ayah aku) bergambar dihadapan bas sebelum balik ke Penang. Macam biasa aku terus masuk dalam bas pejam mata sebab sakit kepala. Yang paling penting kami semua seronok pergi sana.

Assalamualaikum

Thursday, May 24, 2007

Senyuman Satu Sedekah

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)

Huraian

1.Makruf adalah segala perkara yang diketahui umum tentang kebaikannya sama ada dari segi syarak atau dari segi adat (yang tidak bercanggah dengan syarak). Manakala perkara yang mungkar pula adalah sebaliknya.


2. Setiap mukmin hendaklah sentiasa bermuka manis dan berbudi bahasa tinggi semasa berhubung dengan orang lain kerana hal ini juga dianggap sebagai satu sedekah.

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


COMEL TAK BUDAK NI ? SENYUMAN YANG MANIS. SESIAPA TENGOK PASTI NAK CIUM DAN PEGANG PIPI BETUL TAK ? GERAM TENGOK RASA MACAM NAK PICIT PICIT PIPI YANG COMEL TU. HAHAHAHAHAHA. TAPI APA KAN DAYA SAKIT LAH PIPI AKU KALAU AKU PICIT SEBAB BUDAK YANG DALAM GAMBAR TU ADALAH AKU SEWAKTU BERUSIA 1 TAHUN 2 BULAN.

PERAJURIT TANAH AIR

PERAJURIT TANAH AIR

Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburkan bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

Pencipta: Surya Buana

Senikata: Surya Buana

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

GAMBAR DI DIRAKAMKAN SEWAKTU AKU DAN KAWAN KAWAN AKU MELAWAT TUGU PERINGATAN NEGARA. TEMPAT BERSEJARAH YANG MENINGGALKAN KESAN YANG BEGITU MENDALAM DI SANUBARI. SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH ROH PARA PEJUANG DAN NASIONALIS YANG BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN NEGARA BERDAULAT YANG CUKUP KITA CINTAI INI.