Tuesday, December 23, 2014

Azril Azlina ke Sabah 2013

Azril Azlina ke Sabah 2013

Catatan 07/09/2013
Sesampainya Azril di bumi Kuantan pada jam 5.30 pagi, Azril terus disambut oleh isteri tercinta dalam keadaan gembira dan kami pun pulang ke rumah. Pada jam 11 pagi Azril terus bangun dan dihidangkan makanan kegemaran Azril di waktu pagi bihun goreng oleh isteri Azril dan tiba tiba keluarlah satu ayat.

Azlina :   Abang, ayang kena kursus kat Sabah pada 12 September 2013 sampai 14 Sepember 2013 ni

Azril   :   Haaaa, biaq betoi. Habih tu....

Azlina :   Ayang nak abang ikut sekali pi sana.... Tak apa tiket kita boleh bincang sebab ayang dapat tiket percuma sebab kursus kat sana..... Diorang dah tempat tiket MAS (Penerbangan Malaysia)

Azril   :   Hmmm.... Sat abang pi bukak laman MAS (Penerbangan Malaysia) manalah tau ada tiket murah

Setlah Azril menghabiskan bihun goreng, Azril pun ke ruang tamu dan melihat skrin paparan di komputer riba.

Azlina :   Ayang dah periksa dah tiket kalau kita pi 11 September sampai 15 September harga tiket dia baru dalam 2 ratus lebih tiket pergi dan balik. 

Azril   :   Kalau harga dia macam tu ok lah, kita tempah lah. 

Catatan 11/09/2013
Kami sampai agak awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kami pun meletak kenderaan kami di tempat letak kenderaan khas iaitu tempat letak kenderaan untuk kenderaan yang melebihi 3 hari. Setelah makan dan meronda ronda disekitar kawasan KLIA, kami pun berehat sekejap di anjung tinjau KLIA sambil menikmati panorama ketibaan dan perlepasan pesawat. 

Pada pukul 6 petang kami pun berjalan masuk ke balai perlepasan dan pada 6.40 kami pun dibenarkan berjalan masuk melalui laluan udara terus ke pesawat MH 2606, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737-800. Pada pukul 7.00 malam, pesawat mula bergerak meninggalkan bangunan terminal utama KLIA dan menuju ke landasan terbang. 5 minit kemudiannya pesawat terus bergerak dalam kelajuan tinggi dan terbang ke awan biru. Setelah 45 minit berada di udara,  kami dihidangkan makanan yang sungguh enak iaitu nasi berlaukkan ayam dan paceri nanas. Kami juga dihidangkan dengan air mangga, air mineral, kek dan coklat. Kami makan dalam keadaan gembira sambil menikmati panorama alam dalam ketinggian ribuan kaki dari aras laut. 

Pada jam 9.35malam, kami pun sampai di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setelah kami mendaftar masuk di kaunter Jabatan Imegresen Sabah, kami pun bergambar di kawasan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah. Kami kemudiannya mengambil teksi dan kami pun menuju ke Kompleks One Borneo yang terletak di Jalan Sulaman dan kami kemudiannya mendaftar masuk di rumah penginapan yang terdapat disana. 

Catatan 12/09/2013
Setelah kami bangun dari tidur, kami pun bersarapan di kedai muslim yang terdapat di Kompleks One Borneo dan setelah sarapan Puan Azlina terus menuju ke tempat kursusnya dan Azril kembali ke bilik penginapan. Pada jam 4 petang isteri Azril pun selesai berkursus untuk hari pertama dan kami pun menyewa kenderaan dan kami pun menuju ke beberapa tempat yang menarik yang terdapat di Kota Kinabalu. 

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Pasar Filipina dan disana kami membeli mutiara untuk dihadiahkan pada saudara mara terdekat. Setelah itu kami pun menuju ke gerai makanan yang terdapat disana dan kami pun memsan makanan yang terdiri dari makanan laut yang dibakar. Secara jujurnya kami amat berpuas hati dengan harga makanan yang terdapat disana kerana kebanyakkan makanan tersebut murah dan sedap dan pada jam 9 malam kami pun pulang ke tempat penginapan kami.

Catatan 13/09/2013
Seperti biasa Puan Azlina ke tempat kursus manakala Azril pula bersiar siar seorang diri di kawasan sekitar dan pada jam 4 petang isteri Azril pun pulang dari tempat kursusnya untuk hari kedua. Setelah kami menyewa kenderaan, kami terus ke Tanjung Aru untuk makan dan menikmati panorama alam. Setelah makan, kami menuju ke padang untuk melihat raptai tarian kebudayaan Hari Malaysia ke 50  yang sungguh meriah dan berwarna warni. Setelah sejam disana, kami pun balik tempat penginapan kami. 

Catatan 14/09/2013
Seperti biasa Puan Azlina ke tempat kursus manakala Azril pula bersiar siar seorang diri di kawasan sekitar dan pada jam 4 petang isteri Azril pun pulang dari tempat kursusnya untuk hari ketiga. Pada sebelah malamnya, Azril dan Azlina pun ke Kompleks Membeli belah One Borneo yang terletak di bangunan yang sama dengan tempat penginapan kami untuk berjalan jalan.

Catatan 15/09/2013
Kami bangun seawal 4.00 pagi dan bersiap untuk ke  Terrminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan pada jam 5.00 pagi kami pun sampai dan kami mendaftar masuk pesawat. Pada pukul 5.20 pagi Azril dan Azlina berjalan masuk ke balai perlepasan dan pada jam 5.50 pagi, kami pun dibenarkan berjalan masuk melalui laluan udara terus ke pesawat MH 2637, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737-800. Setelah sejam kami di udara, kami dihidangkan dengan nasi lemak, gulai ayam, coklat, kek, air oren dan air mineral. 

Pada pendapat Azril, Sabah merupakan tempat yang menarik dan tenang. Di ingatan Azril tersemat satu kenangan yang menggembirakan dan sukar dilupakan iatu dapat bercuti ke tempat idaman bersama orang tersayang dan dapat melupakan semua masalah yang ada. Kalau ada kesempatan, kami akan datang semula ke sini. '

SELAMAT TINGGAL KOTA KINABALU....

Putih duduk sini tau 5 hari saja.....
Jom kita bawak beg berat ni
Pemandangan pesawat kebanggan negara di anjung tinjau
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Airbus A380 baru mendarat
Terlupa nak senyum.... Hahahaha
 
Tiket penerbangan kami
Pesawat mula bergerak
Pemandangan dari udara
Senja di udara
Gayat dan pening sikit
Sedap tau. Tak tau nak habaq
Akhirnya kami sampai di Kota Kinabalu
Makanan laut yang membuatkan kami terliur
Ikan dan sotong
Tambah udang sekoq
Aku tak tau nak buat apa masa ni. Sementara nak tunggu Azlina habih kursus. Kita ambik gambaq dulu
Kami di pantai Tanjung Aru
Kerang ni besaq dan sedap
Raptai pembukaan Hari Malaysia ke 50
Melihat panorama matahari naik di udara. Tapi tak boleh nak ambik gambaq matahari. 
Waktu ni serius Azril dalam keadaan cukup mengantuk
Waktu ni dah ceria sebab lepas makan
Azril dan Azlina terdiam seribu bahasa melihat kadar bayaran tempat letak kereta.....
Dari KLIA ke Majlis Perkahwinan sepupu Mohd Fazley dan Farhana di Felda Lembah Klau Pahang Darul Makmur

No comments: