Monday, November 24, 2014

Azril Berkursus Di Keda Resort Bendang Man Sik Kedah

Azril Berkursus Di Keda Resort Bendang Man Sik Kedah

Catatan 24 November 2013
Awal pagi, setelah terbitnya matahari Azril dan Puan Azlina terus keluar dari rumah dan destinasi pertama kami adalah di kedai makan yang terletak tidak jauh dari kediaman kami. Setengah jam kemudian kami ke terminal bas yang terletak di Jalan Pintasan Kuantan iaitu Terminal Sentral Kuantan. Setelah sampai disana Azril pun melihat pada paparan kaca televisyen yang menunjukkan tentang masa sampainya bas yang terdapat disana. Mungkin kami sampai agak awal dan kami pun terus bersembang antara satu sama lain mengisi masa sebelum kedatangan bas. 

Selalunya Azril akan balik pada hari Ahad malam tetapi kali ini Azril balik Ahad pagi disebabkan Azril akan berkursus pada pagi Isnin. Oleh yang demikian, Azril terpaksa balik awal untuk menyiapkan beg untuk berkursus. Pada jam 8.50 bas pun sampai dan setelah meletak beg diatas bas Azril pun turun bersembang dengan isteri Azril sehinggalah jam 9.00 pagi. Pada jam 9.01 pagi bas pun memulakan perjalanan meninggalkan Terminal Sentral Kuantan. Pada jam 6.30 petang bas pun sampai di Terminal Penang Sentral dan Azril pun pulang ke kuarters dan menyiapkan barangan keperluan untuk berkursus.

Catatan 25 November 2013
Awal awal pagi dengan penuh bersemangat Azril pun menyiapkan kesemua barangan untuk berkursus dan 20 minit kemuadian Azril pun sampai di tempat kerja Azril. Tujuan Azril kesana adalah untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke tempat kursus. Tepat jam 8.30 bas pun sampai dan kami pun memulakan perjalanan dengan riang dan gembira. 

Pada jam 1.30 petang kami pun sampai di Keda Resort Bendang Man daerah Sik, Kedah darul Aman. Setelah sampai kami terus ke asrama penginapan yang telah disediakan, dalam sebuah asrama menempatkan 20 buah katil dan almari. Apa yang menarikya tempat mandi kami semua adalah kolah yang berkebaran 6 kaki dan panjang 25 kaki yang dimana diatas tebing kolah tersebut terdapat belasan buah cebok mandian. Setelah meletakkan be diasrama kami pun mandi beramai ramai dan setelah Zuhur kami pun terus masuk ke kelas.

Pada jam 2.30 petang kami diberikan taklimat ringkas oleh jurulatih bertugas mengenai  Keda Resort Bendang Man. Antara yang menarik yang boleh dikongsikan adalah adalah Keda Resort Bendang Man diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Keistimewaan resort ini ialah ia terletak di hutan simpan Rimba Teloi, Daerah Sik yang mengandungi anak Sungai Chepir yang mengalir jernih serta rangkaian jeram dan kawasan dusun buah-buahan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar). Antara kemudahan yang disediakan untuk keselesaan pengunjung termasuklah chalet, asrama, kawasan perkhemahan dan perkelahan, dewan serbaguna, tempat makan, surau, wakaf, pondok rehat dan tempat letak kereta. Aktiviti yang sering dijalankan di resort ini adalah kem motivasi, kursus dan mesyuarat/taklimat, memancing, melawat kawasan dusun, merentas hutan, perkhemahan dan aktiviti perkelahan.selain itu Keda Resort juga menternak kelulut dan memproses madu kelulut.

Pada jam 3 petang hingga 6 petang, bermulanya latihan dalam kelas yang memerlukan kami berkerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai keputusan yang membanggakan. Setelah habisnya aktiviti dalam kelas, kami pun makan di kantin berdekatan. Pada jam 8 malam, kami pun masuk kelas semula untuk acara perasmian.

Catatan 26 November 2013
Pada jam 7.00 pagi, kami diberi taklimat pagi dan kami perlu melakukan aktiviti merentas desa, iaitu dengan cara berjoging sehingga ke kawasan perkelahan Rimba Rekreasi Lata Mengkuang. Pada jam 8 pagi kami semua telah sampai di  kawasan perkelahan Rimba Rekreasi Lata Mengkuang dan kami perlu balik semula ke  Keda Resort Bendang Man untuk aktiviti seterusnya. 

Pada jam 9.00 pagi, kami pun melakukan aktiviti keluang atau “flying fox” walaupun agak mendebarkan Azril berjaya melaluinya dengan cemerlang. Apa yang menarik sepanjang aktiviti tersebut berlangsung, pelbagai sorakan jeritan dan hilai tawa mengiringi setiap peserta yang melalui aktiviti tersebut. 

Pada jam 2.30 petang, kami pun diberi taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan, antara aktiviti yang menarik adalah kami perlu menyiapkan majlis perkahwinan. Majlis tersebut perlu diserikan dengan kompang, menyiapkan baju perkahwinan dengan surat khabar, bersilat, membuat rakit dengan pelampung dan mengiringi pengantin. Pada waktu tersebut amalan kerja berkumpulan dilakukan secara  bersungguh-sungguh demi mencapai hasil yang membanggakan dan paling membanggakan kami  adalah ketika jurulatih memberikan tepukan pada kami yang menandakan bahawa misi yang telah kami lakukan telah berjaya. 

Pada jam 5.30 petang kami sekali lagi  melakukan aktiviti yang agak menarik iaitu aktiviti yang diberi nama pelampung. Aktiviti tersebut memerlukan kami untuk menyusuri anak Sungai Chepir yang aliran airnya adalah laju dan banyak terdapat batu besar yang agak tajam. Setiap seorang diberikan sebuah pelampung dan jaket keselamatan dan kami perlu masuk ke dalam pelampung tersebut dengan memakai jaket keselamatan dan membiarkan diri kami dihanyutkan oleh arus sehingga ke hujung anak sungai. Aktiviti tersebut memang menarik dan membuatkan Azril teruja adalah ketika menuruni jeram dan air terjun setinggi 2 meter. Setelah tamatnya aktiviti tersebut, kami pun balik ke asrama penginapan kami. Pada jam 8 malam, kami pun masuk semula ke kelas untuk acara dalaman dan pada jam 10.30 malam, kami pun balik ke asrama.

Catatan 27 November 2013
Pada jam 7.00 pagi kami diberi taklimat pagi dan aktiviti yang perlu kami lakukan adalah merentas rimba dan bukit bukau yang terdapat disana. Dalam keadaan penuh semangat, Azril dan rakan rakan yang lain terus merentas hutan simpan Rimba Teloi dan mendaki bukit. Yang paling mendebarkan Azril adalah kami perlu memanjat bukit yang agak curam disebabkan hujan lebat malam tadi. Apa yang penting, kami berjaya melalui semua itu dengan jayanya. Setelah habis kami merentas rimba, kami terus ke air terjun Lata Mengkuang, sambil merehatkan diri kami dijamu dengan suasana kehijauan pemandangan dan deru air terjun yang sungguh mengasyikkan.

Sedang kami melayan perasaan masing masing yang agak keletihan, tiba tiba jurulatih bertugas dari JPAM memaklumkan pada kami bahawa kami semua hendaklah bersiap untuk balik. Dengan agak tergesa gesa, kami balik ke asrama penginapan kami dan terus bersiap untuk balik. Sejam kemudian, kami pun terus menaiki bas dan balik.

Bagi Azril, pengalaman 3 hari di Keda Resort Bendang Man menyimpan seribu kenangan indah dan banyak benda yang telah dipelajari Azril sepanjang berada disana dan Azril berasa cukup gembira sepanjang berkursus disana.....................................

Makan malam di Bandar Kuantan
Menunggu bas di Terminal Sentral Kuantan

Dalam perjalanan ke Bendang Man
Dah sampai dah pun, kat belakang tu ada sungai
Aktiviti yang dijalankan
Ucapan Perasmian

Rimba Rekreasi Lata Mengkuang
Masa panjat bukit ni rasa tinggi, rupanya bila ataih bukit ni pun ada bukit lagi tinggi 
Balik dari Kedah singgah kat Bukit Mertajam, sampai kat sana Mak dan Ayah ajak makan



No comments: