Hari Ahad Azril Azlina
Catatan 20 Januari 2012
Kisah kali ini merupakan kesinambungan dari kisah hari Sabtu kami. Kebiasaannya hari Ahad merupakan hari yang cukup santai buat Azril dimana pada setiap hari Ahad Azril akan bangun agak lewat dan terus bersarapan pagi pada jam 10 pagi, tetapi pada hari ini agak berlainan sedikit. Setelah Subuh Azril tidak dapat melelapkan mata dan Azril merasakan seluruh tulang Azril berdenyut denyut. Lantas Azril pun turun merehatkan diri di tingkat bawah sambil membuka televisyen, dalam keadaan samar samar tersebut Azril pun mengambil jangkasuhu yang terletak didalam laci di rak televisyen dan memeriksa suhu badan Azril. Pada masa yang sama juga Azril memeriksa telefon bimbit Azril, manalah tahu ada pemberitahuan dihantar bagi kemaskini perisian yang dipasang didalam telefon bimbit Azril.
Setelah sampai masanya jangka suhu yang Azril gunakan untuk memeriksa suhu badan Azril pun berbunyi, tetapi kali ini bunyi tersebut agak pelik dan Azril terus mengeluarkan jangka suhu tersebut dari mulut Azril. Pada bacaan di jangka suhu tersebut menunjukkan suhu badan Azril adalah 37.8 darjah Celcius. Tanpa berlengah lagi Azril terus masuk kedalam bilik mandi dan mandi dengan banyaknya. Semasa Azril mandi Azril dapat rasakan yang air turun dari kepala Azril adalah suam dan pada masa yang sama Azril terus membasahkan kepala Azril dengan banyak sekali sehingga Azril berasa sejuk.
15 minit kemudian Azril pun keluar dari bilik dari bilik mandi dan benda pertama yang Azril capai adalah jangka suhu dan kali ini bunyi biasa dikeluarkan oleh jangka suhu tersebut yang menandakan bahawa suhu badan Azril adalah normal, suhu badan Azril direkodkan ketika itu adalah 37.3. Jangka suhu yang Azril gunakan tersebut akan mengeluarkan bunyi biasa jika suhu badan berada dalam keadaan normal dan ia akan mengeluarkan bunyi yang agak luar biasa jika suhu badan berada didalam kedaan tidak normal iaitu jika suhu badan melebihi 37.5.
Pada jam 7.45 pagi isteri tercinta pun turun dari tingkat atas sambil membawa sebakul baju untuk dibasuh dan dialog pertama yang keluar adalah.
Azlina : Awalnya abang bangun?
Azril : Saja ja abang bukak saluran televisyen kegemaran abang ni sebab tu abang turun awai
Azlina : Oh ya ka sebab itulah lepas Subuh tadi ayang tengok abang dah tak ada kat atas. Ayang nak masak dan basuh baju dulu lepas tu nanti kita pergi joging ok tak?
Azril : Ok, sementara tunggu sayang masak sarapan pagi, abang tidoq dulu.
Sejam kemudian, setelah kami makan pagi, kami pun keluar dari rumah menuju ke Taman Bandar iaitu sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai tasik dan terdapat trek joging disekeliling tasik tersebut. Setelah sampai kami pun terus berjoging dengan gembira sekali. Tiba tiba Azril merasakan satu kelainan pada diri Azril, ini adalah kerana setelah agak lama berjoging Azril merasakan badan Azril tidak berpeluh sedangkan isteri Azril mukanya agak basah dipenuhi peluh. "Aku demam ka ni?", fikir Azril dalam hati.
Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya dan kami terus berlari pula ke kereta. Setelah enjin kereta dihidupkan kami pun terus balik ke rumah dan kami terpaksa membatalkan hajat kami untuk ke Pasar Tani yang terletak dihadapan Stadium Darul Makmur di bandar Kuantan. Semasa dalam perjalanan pulang kami pun bersembang antara satu sama lain dan dialog yang gembira pun bermula.

Azlina : Tengahari nanti ayang nak masak masakan istimewa untuk abang dan ayang tahu abang memang suka apa yang ayang masak nanti
Azril : Wah bagusnya, tak sabaq sabaq abang nak tau, sayang nak masak apa nanti
Azlina : Mana boleh cakap, nanti tengahari baru abang tahu.
Azril : Ok, ni yang abang tak sabaq nak tunggu tengahari ni.
Setelah kami sampai dirumah, sekali lagi Azril merasakan badan Azril agak panas dan Azril terus masuk ke bilik air membancuh air bahan kimia pencuci lantai yang akan digunakan bagi mengemop lantai dan Azril terus mengemop lantai di ruang tamu dan didapur. Pada masa yang sama Puan Azlina terus mengambil baju di ampaian yang disidainya kemalrin dan membawa baju tersebut ke ruang tamu dan melipat baju tersebut. Setelah habis semua urusan kami, kami pun membaca surat khabar dan alatan mudah alih kami.
Pada jam 12.10 tengahari, isteri tercinta pun memulakan kerja masakannya didapur dan Azril pula diketika itu sibuk dengan alatan mudah alih. Sesekali Azril ke dapur melihat apa yang dimasak oleh isteri azril dan Azril dapati isteri Azril sedang memasak lauk kegemaran Azril iaitu ikan siakap dan sotong. Pada jam 1.15 tengahari kerja memasak yang dilakukan oleh Puan Azlina selesai dan isteri tercinta pun duduk sebentar di ruang tamu bagi menunggu ketibaan waktu Zohor. Pada jam 2 petang kami pun makan nasi berlaukkan ikan siakap tiga rasa, sotong masak pedas dan sayur bayam dengan sungguh berselera sekali.
Setelah makan, Azril pun menyandar di bangku yang terdapat di ruang tamu dan tiba tiba isteri Azril merasakan sesuatu yang tidak kena pada Azril dan terus dia memegang leher Azril.

Azlina : Panasnya badan abang, abang demam ni, kejap ayang ambil jangka suhu (sambil mengambil jangka suhu dan memasukkan ke dalam mulut Azril)
Azril : Baru tad sat abang makan ubat, satgi baik lah tu, kan ubat kena makan lepaih makan nasik.
Azlina : Badan abang panas ni, suhu badan 37.8 ni, abang jangan balik lah malam ni, biar ayang jaga abang kalau abang demam
Azril : Macam sebelum ni, lepaih kita kawin memang sayanglah dok jaga abang kalau abang sakit, tapi kita tengok kesan paracetamol tu. Memang abang pun kalau ikut hati, tak mau balik sebab tak sampai hati nak tinggai sayang kat sini sorang sorang. Satgi kita tengok kalau suhu badan abang turun nanti abang balik dan kalau suhu badan abang dok panaih jugak abang dok sini.
Sejam kemudian, suhu badan Azril pun berada dalam kedaan normal dan keadaan tersebut berlarutan sehingga malam. Setelah makan malam, kami pun menuju ke Terminal Makmur dan pada waktu itu juga Azril merasakan badan Azril mulai panas dan apabila Azril memijak tangga di tangga di terminal bas tersebut, Azril merasakan yang langkah Azril agak lemah............

No comments:
Post a Comment