Perjalanan Hari Ini.
Jam la ni dah pukui 918 malam. Pada masa ni jugak azril ada ataih bas dalam perjalananan nak pi kuala lumpur, lepaih sampai kl teruih ambik bas pi kuantan pukui 12 tengahmalam pulak.
Apa yang azril nak cerita kat sini pasai azril betui betui tak puaih hati. Alkisahnya pagi tadi hujan punyalah lebat sampai banjir kat banyak tempat. Tempat yang naik ayaq kat kota permai, desa damai, junjung dan banyak lagi sampai kat kuarters yang azril dok pun banjir jugak kat depan jalan tu sampai tak boleh jalan, ayaq penuh jalan. Lambat la jugak azril pi qeja tadi. Mai tengahari tadi dah reda sikit banjir. Masa nak pi semayang jumaat tadi nasib baik dah surut ayaq kat depan rumah. Lepaih tu azril teruih balik rumah sebab harini azril qeja sekerat hari sebab pagi tadi azril pi ukuq tanah.
Pukui 5 petang azril pun keluaq rumah nak pi terminal bas. Masa dalam perjalananan nak pi sana macam macam jadi. Benda yang jadi kadang kadang buat azril hilang sabaq. Masa lalu kat desa damai tadi dalam kawasan taman tu ayaq naik sampai tak boleh lalu, ayaq masuk dalam kedai habih. Tak pa lah benda tu jadi dalam taman tu yang qeta kat luaq kalut sangat pasaipa. Benda ni jadi kat azril bila azril naik moto dok ikut belakang qeta, masa kat lampu isyarat qeta tu laju sangat. Tiba tiba masa dia lalu kat desa damai dia tekan brek pulak sebab nak tengok banjir, nasib baik azril tak langaq qeta dia. Azril punyalah tekan hon, hon pulak tak bunyi terpaksalah azril guna hon sendiri kalau nak tau tanya encik muhaimin. Orang yang naik qeta buat muka selamba bewak saja, macam tak salah. Geram betui azril, azril tak mau bising bising teruih azril jalan sebab nak cepat pi terminal.
Azril ingat dah habih dah rupanya ada lagi, tekanan betui. Masa lalu kat jalan nak pi bandar perda lepas pagaq qetapi ada sorang lagi. Dia teruih bawak qeta jepun dia punyalah laju lepaih tu dia brek mengejut sampai qeta dia nak berpusing masa tu dia ada kat sebelah azril. Lagi sikit taya dia nak langaq moto azril, azril punyalah terkejut sampai azril jerkah dia. Macam biasa dia buat muka selamba teruih dia redah banjir. Masa dia redah tiba tiba enjin dia mati, nasib baik tak dak moto langaq dia sebab ada pak cik tu cekap betui dia elak qeta tu. Azril pun jalan teruih.
Azril ingat habih dah rupanya ada lagi, masa lalu kat jalan bharu ada qeta amerika tu potong kat tepi. Laju betui dia bawak lepaih tu dia brek mengejut sampai mencakaq jalan sebab ada lori rosak. Azril pun brek mengejut nak elak azril langgaq dia, tapi apa kan daya lutut azril berlaga belakang qeta dia. Dengan selamba dia buat tak tau teruih dia potong belah kanan. Azril pun berenti sat kat tepi jalan, tengok lutut sebab sakit sangat. Lepaih tu azril pun jalan teruih, nasib baik sampai awai kat terminal penang sentral.
La ni baih dah sampai kat tol duta. Azril tak sabaq sabaq nak sampai kat puduraya nak tengok wajah baru hentian puduraya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak sabar nk tgk hentian pudu ka atau tk sabar nk tgk isteri tercinta hehehehe.....gurau je jgn marah ek......
nukilan GAGAK D RIMBA
Saudara tanpa nama
Ya kedua duanya sekali :)
Post a Comment