Catatan 13/03/2011
.
Setelah Majlis Akad Nikah disempurnakan pada 11/03/2011 dan Majlis Perkahwinan pada 12/03/2011 kini tibalah masanya majlis kenduri dijalankan di rumah ayah dan mak yang terletak di Taman Permata. Kenduri yang dijalankan di Taman Permata adalah kenduri yang ringkas sahaja bagi meraikan saudara mara dan keluarga pihak perempuan. Pada jam 14.24 petang rombongan keluarga pengantin perempuan pun datang bersama pengantin lelaki iatu Encik Azil Fikri Bin Hamzah.Anatara pencapaian terhebat kami semua adalah kami semua masak makanan untuk kenduri tersebut.
Rombongan keluarga pengantin perempun pun sampai dan disambut oleh Pak Cik Yahaya
.
Encik Abdul Aziz yang merupakan Ayahanda Mertua Encik Fikri pun melangkah masuk kedalam rumah
.
Kelihatan Encik Zulkifli suami Puan Najwa dan Encik Hairi suami Puan Nadia sedang makan
.
Kelihatan Tuan Haji Sharif ayahanda mertua Puan Farah dan Ayah Teh bersalaman dengan tetamu yang datang
.
Tetamu pun duduk sementara menunggu makanan dihidangkan
.
Keluarga pihak perempuan pun makan setelah makanan dihidangkan
.
Azril sebagai cahaya mata sulung pada bonda Puan Hajah Roselina, Ayahanda Tuan Haji Hamzah, abang sulung pada adik adik dan suami pada seorang isteri dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas sebarang kesulitan dan permasalahan yang timbul sepannjang majlis yang dijalankan di rumah kami di Taman Permata. Azril juga ingin mengalungkan sejuta penghargaan pada Mak/Pak/Tok saudara/pupu, Sepupu/2 pupu, Saudara mara terdekat/jauh, kawan kawan jiran terdekat/jauh dan keluarga pengantin perempuan dan sesiapa yang hadir dalam memenuhi jemputan untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. Penghargaan yang sama juga ditujukan pada saudara mara yang tolong menolong masak memasak dari pagi hingga petang, mengemas rumah dan tolong menolong menyiapkan kerja disaat akhir di malam sebelum berlangsungnya kenduri. Terima Kasih semua.............
JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.....
No comments:
Post a Comment