Monday, March 21, 2011

Azril Mula Berkerja

 Azril Mula Berkerja

Catatan hari ini 21/03/2011

Setelah 3 minggu Azril bercuti sakit akibat sakit mata dan pada hari ini 21/03/2011 bermulalah semula hari Azril sebagai seorang perkerja. Setibanya Azril di kuarters Bukit Mertajam pagi tadi hati Azril menjadi sayu disebabkan setiap hari dalam tempoh tiga minggu, Azril ditemani oleh isteri tercinta kemana sahaja tetapi hari ini kedaan telah berubah.

Kesayuan telah bermula malam tadi pabila Azril dan isteri tercinta di Terminal Makmur Kuantan, ketika Azril di dalam bas dan memerhatikan Puan Azlina dari tingkap bas. Kami masing masing cuba menceriakan keadaan tetapi kesayuan hati telah memuncak dan menyebabkan kami diam tanpa sepatah ayat apa pun keluar dari mulut kami.Ketika bas mula bergerak meninggalkan terminal, Azril dapat rasakan yang isteri Azril memang sedih tetapi dia cuba menyembunyikan perasan tersebut dengan melambai dan senyum kerah Azril......(Azril tidak dapat untuk meneruskan ayat seterusnya)

Hari ini, ketika sampai di pejabat terdapat beberapa kejutan. Memang Azril tidak menyangka kejutan ini terjadi. Pendapat Azril biarlah mereka merasa bahagia dengan keputusan yang mereka telah lakukan ..............

1 comment:

Anonymous said...

keputusan yg mana wahai saudaraku......


Nukilan GAGAK D RIMBA