بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................
.Hari Rabu Azril Azlina - Jalan Jalan Sekitar Pulau Pinang
Pada 21/01/2011Azril dan Puan Azlina balik ke Kuantan dan pada 23/01/2011 Azril balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas ekspress malam. Azril pun tidak tahu bagaimana hendak ceritakan perasaan azril waktu itu. Hampir seminggu kami berdua ke mana mana dan pada hari Ahad yang lalu kami terpaksa meneruskan kehidupan dan dan kerjaya kami secara keseorangan di hari berkerja dan terasa macam nak nak berderai airmata memikirkannya. Setelah balik kesini bermulalah kehidupan kami yang bersendirian, Azril bersendirian di kuarters Bukit Mertajam dan Puan Azlina keseorangan di rumah kami Kuantan. Inilah dugaan yang kami alami sepanjang 2 tahun 7 bulan perkahwinan kami ini dan disebabkan perasaan cinta dan rindu yang membuak buak maka setiap minggu Azril akan menaiki bas balik ke Kuantan. Sehingga catatan ini ditulis Azril masih menghitung hari dan apapun esok adalah hari Jumaat dan selepas tamat waktu kerja Azril aka n balik ke Kuantan.
Pada 20/01/2011 yang lalu Azril dan isteri tercinta Puan Azlina pergi meronda ronda seluruh di negeri Pulau Pinang. Ini adalah kerana Puan Azlina balik ke sini iatu ke Bukit Mertajam. Puan Azlina mengambil cuti selama seminggu dan dia mahu merehatkan mindanya di Pulau Pinang. Kebiasaannya Azril akan balik ke rumah isteri Azril di Kuantan setiap minggu bagi merehatkan minda dan menemani hari hari mingguan isteri tercinta di sana. Tetapi kali ini Puan Azlina pula yang balik ke sini bagi menemani Azril di Bukit Mertajam dan membuatkan hari hari berkerja Azril bertambah ceria dengan kehadirannya di sini. Bukan senang mendapat kesempatan sebegini tambahan kami suami isteri yang tinggal berjauhan antara satu sama lain. Cuba bayangkan setiap hari Azril balik dari kerja Azril akan berasa kekosongan disebabkan Azril tinggal keseorangan di kuarters tetapi kali ini kepulangan Azril dari tempat kerja disambut dengan senyuman oleh isteri tercinta yang membuatkan masalah kerja dan kekusutan yang dialami terus hilang.
Isteri Azril telah balik ke Bukit Mertajam pada hari Isnin yang lalu dengan menaiki kereta, ini adalah kerana pada hari Jumaat 14/01/2011 yang lalu Azril balik Kuantan dan pada hari Ahad 16/01/2011 Azril dan Puan Azlina balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki kereta. Sepanjang minggu lepas aktiviti kami diisi dengan aktiviti luar iatu meronda ronda disekitar Bukit Mertajam dan kompleks membeli belah yang yang akan dikunjungi adalah AEON Seberang Perai yang menempatkan bangunan pasaraya Jusco dan Sunway Carnival Mall. Antara tempat yang kami menghabiskan masa yang agak lama apabila kami berkunjung ke jualan gudang Pasaraya Parkson di Sunway Carnival Mall yang memberikan potongan harga sehingga 80%. Selain dari pasaraya kami juga mengunjungi rumah adik Azril yang baru baru ini melansungkan majlis perkahwinan iatu Puan Farah Zalina. Kehadiran kami di rumah Puan Farah disambut dengan bihun goreng dan agar-agar (jeli) kelapa yang sedap.
Baiklah penceritaan Azril tentang hari Rabu 20/01/2011 bermula disini. Hari kami di Rabu tersebut bermula pada jam 10 pagi. Oh ya, di Pulau Pinang hari Rabu lepas adalah hari cuti umum maka selepas subuh kami pun tidur semula dan kami bangun semula pada pukul 9.30 pagi dan terus bersiap untuk berjalan jalan disebelah pulau pula. Nasib menyebelahi kami apabila tiada kesesakan teruk diatas jambatan Pualu Pinang cuma yang Azril tidak berpuas hati pabila lorong memotong dimonopoli oleh golongan yang mementingkan diri yang hanya membawa kereta dengan kelajuan 60kmj saja. Cuba bayangkan lorong memotong disebelah kanan dimonopoli oleh mereka yang berkelajuan 60kmj dan terpaksalah Azril meyelit kiri dan kanan jika untuk laju sedikit.
Selepas turun dari jambatan Pulau Pinang kami terus ke Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang dengan harapan untuk pergi ke Akuarium negeri Pualu Pinang yang mempamerkan ikan ikan yang dipelihara oleh jabatan tersebut. Tetapi apakan daya akuarium tersebut dalam proses pengubahsuaian. Kami pun terus pusing semula dan menyusur ke Lebuhraya Jelutong dan nampaknya situasi yang sama berlaku ke atas kami sepertimana yang berlaku diatas Jambatan Pulau Pinang iatu monopoli kereta yang bergerak perlahan di lorong memotong sebelah kanan. Setelah sampai di Pengkalan Weld pula kami pun terus menyusur perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas. Tiba tiba kami terpandang sebuah kapal persiaran mewah atau Star Cruise berlabuh di Pelabuhan Swettenham lalu kami pun berhenti sekejap untuk mengambil gambar dan kami pun meneruskan perjalanan kami sehinggalah kami sampai di Masjid Terapung Tanjung Bungah setelah habis kami solat Zuhur kami pun terus ke Plaza Gurney.
Setelah sampai di Plaza Gurney kami pun terus ke panggung wayang yang terletak di tingkat ketujuh bangunan berkenaan dan kami pun terus membeli tiket. Wayang gambar yang kami tengok bertajuk “Faster” lakonan The Rock memang menarik cerita tersebut dan ditambah dengan aksi aksi yang mendebarkan yang membuatkan kami tidak berasa bosan. Setelah keluar dari panggung wayang kami pun ke surau di tingkat 5 bangunan Plaza Gurney. 15 minit kemudian kami pun memulakan sessi rondaan kami disemua kedai yang ada disana.
Setelah menghabiskan masa meronda disekitar Plaza Gurney kami pun balik semua ke Seberang Perai dan kami berhenti maghrib di Masjid Seberang Jaya. Kami kemudiannya ke satu restoran di Bandar Perda dimana Azril pernah berjanji pada diri Azril yang Azril akan membawa insan yang Azril kahwini setelah 2 tahun perkahwinan kami dan insan yang tepat untuk dibawa kesana adalah isteri Azril yang cukup dicintai Puan Azlina. Selepas kami sampai di restoran tersebut, kami pun terus memesan makanan dan setelah kami makan kami pun balik ke kuarters Bukit Mertajam
Azril dihadapan kapal persiaran mewah yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham
.
Menunggu kedatangan makanan yang dipesan dengan senyuman walaupun sejuk sangat di restoran tersebut
.
Isteri tercinta kelihatan ceria sambil mengacau jus oren suam.
1 comment:
alhamdulillah azril dan azlina diberikan peluang untuk meluangkan masa bersama selama seminggu.Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik "kejauhan" azril ngn azlina.
Ketentuan Allah adalah RahsiaNYA.
Setiap manusia yang disayangiNYA akan terus diuji, cuma bentuk ujian tersebut berbeza.....
Post a Comment