Friday, November 26, 2010

Majlis Akad Nikah Farah Zalina Binti Hamzah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................

Majlis Akad Nikah Farah Zalina Binti Hamzah
Catatan 14/11/2010
Selepas Subuh Azril dan isteri tercinta pun bersiap lalu kami pun membeli roti canai untuk bekal pada Mertua, Ipar dan Biras Azril yang tinggal di kuartes. Pada masa yang sama ketika kami hendak keluar dari rumah mak dan ayah di Taman Permata, adik Azril Cik Farah Zalina telah pun bersiap dan adik Azril Encik Azil Fikri pun menghantarnya ke rumah Mak Yang (Mak Saudara) untuk disolek disana.

Selepas kami sampai di kuartes kami pun bersarapan dengan Mertua Azril dan selepas kami bersarapan kami pun terus menuju ke Taman Permata dan Ayah dan Mak telah pun bersiap untuk ke masjid. Setibanya di masjid pada pukul 9.10 kami pun menunggu rombongan bekal pengantin lelaki datang dan pada jam 9.45 rombongan pengantin lelaki pun datang.
.
 
Dari kiri : Azril, Adinda Cik Farah Zalina, Bonda Tercinta Puan Hajah Siti Roselina dan Isteri tercinta Puan Azlina
.
Cik Farah Zalina bergambar bersama Bonda Tercinta Puan Hajah Siti Roselina
.
Cik Farah Zalina dan Puan Azlina
.
Puan Siti Roseliah(Mak Yang) dan Cik Farah
.
Cik Farah Zalina dan Encik Azil Fikri
.
Dari kiri : Adam Danial, Puan Hajah Kamsirah (Mak Teh), Cik Farah dan Tuan Haji Norani (Ayah Teh)
.
Jelitanya adik Azril
.
Cik Farah Zalina bergambar bersama abangnya yang kacak
.

Tok Kadi memeriksa dokumen dan memberi khutbah nikah
.


Semua khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan
.



.
Setelah bakal pengantin lelaki datang maka Tok Kadi pun memeriksa dokumen yang ada dan beliau memberi khutbah nikah setalah itu akad nikah pun dimulakan. Inilah kali pertama ayahanda tercinta Tuan Haji Hamzah Bin Ismail melafazkan ijab untuk pernikahan tersebut dan disambut lafaz kabul oleh Encik Mohd Zuhri Bin Sharif . Dengan 2 lafaz tersebut telah sah bahawa Cik Farah Zalina telah pun menjadi isteri pada Encik Mohd Zuhri Bin Sharif. Tok Kadi pun membaca doa selepas habis proses akad nikah tersebut berlansung
.
Nampaknya ada sesuatu yang diperkatakan pada Puan Farah oleh Puan Azlina dan Puan Roseliah
.
Paun Kamsirah tersenyum melihat telatah cucunya Adam Danial
.

Semua menunggu untuk upacara seterusnya
.

Puan Azlina yang jelita sempat memandang kearah kamera
.

Bonda Tercinta mendukung cucu saudaranya Mohd Ziyad
.

Encik Zuhri memberikan duit mas kahwin yang berjumlah RM79.84 pada isterinya Puan Farah
.

Puan Farah mencium tangan suaminya
.

Inilah rantai sebagai hadiah akad nikah
.

Dengan berdebar debar Encik Zuhri hendak memakaikan rantai pada Puan Farah
.

Boleh pun hahahaha
.

Puan Farah menyarungkan cincin pada Encik Zuhri
.

Encik Zuhri mencium isterinya Puan Farah
.

Puan Farah berdakapan dengan bonda
.

Encik Zuhri bersalaman dengan mak mertuanya Puan Hajah Siti Roselina
.

Semua berdiri untuk meninggalkan masjid setelah semua urusan selesai
.

2 comments:

abah aman said...

salam azril,
Maka terbinalah sebuah masjid.

selamat pengantin baru buat Puan Farah binti Hamzah dan suami.

azril said...

Waalaikumsalam Abah Aman,

Saya bagi pihak adik saya mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan