Monday, August 16, 2010

Menu Berbuka Puasa Azril dan Azlina 05 Ramadhan 1431 Hijrah

Menu Berbuka Puasa Azril dan Azlina 05 Ramadhan 1431 Hijrah

Catatan 05 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan dengan 15 Ogos 2010

Ketika aku tengah asyik menonton televisyen pada jam 11.00 pagi maka dialog pun bermula antara aku dan isteri tercinta ..........................

Isteri Aku : Abang, jom kita keluar pergi beli barang barang sebab takut nanti barang habis nanti dekat pasar

Aku : Betui jugak takut nanti barang barang habih pulak harini kan hari Ahad

Semasa didalam kereta hendak menuju ke pasar pagi

Aku : Sayang nak masak apa harini?

Isteri Aku : Abang nak makan apa ayang boleh masak semua :)

Aku : Abang ingat nak makan ikan temenung (kembong) kukuih ataupun masak wap ja sebab dah lama tak makan

Isteri Aku : Ayang ingat nak masak sotong lah harini, sotong masak masin sedap jugak tu abang.

Aku : Abang kan tak boleh makan kan abang alah makan sotong dengan udang takut nanti gatai badan abang. Takpa lah kita masak ja ikan temenung.

Isteri Aku : Tapi kan bang, ayang ingat nak masak ikan siakap masam manis sebab ayang nak masak istimewa sikit kat abang kan abang nak balik malam ni.

Aku : Ok jugak sebab dalam peti ais dah ada kambing nanti kita balik bakaq ja kambing tu, lepaih tu kita makan siakap masam manih sedap tu.

Semasa di pasar selepas membeli ikan siakap

Isteri Aku : Abang telur ikan nampak sedap kan bang

Aku : Memang nampak sedap sangat teloq kan tu tak pa kita beli sikit cukup, hahahaha

Isteri Aku : Abang, ayang nak beli kulit popia sat nak buat popia kan abang suka makan popia.

Selepas itu kami pun balik ke rumah dan berehat sekejap dan pada pukul 6.00 petang isteri tercinta pun memulakan proses memasak. Aku hanya menolong menumbuk bawang dan cili sahaja.


Inilah makanan yang kami akan makan semasa berbuka puasa nanti. Nampaknya isteri tercinta mengulangi kejayaannya memasak 4 jenis lauk dalam masa 1 jam.
.

Inilah lauk istimewa siakap masam manis yang dimasak oleh Puan Azlina jika di kedai tentu harganya berpuluh puluh ringgit
.

Inilah popia yang dibuat sendiri oleh Puan Azlina
.

Akhirnya telur ikan goreng pun siap untuk dinikmati
.

Inilah kambing perap yang telah dibakar
.

2 comments:

SITI AISHAH BINTI IBRAHIM said...

amboi sedapnya lauk yg dimasak pn azlina.....tererla dapat siapkan 4jenis lauk dlm masa satu jam.tahniah2!!

azril said...

Salam

Lauk tu memang sedap. Terima Kasih Puan Aishah dan Selamat Berpuasa Semoga Amalan Puasa Kita Semua Diterima Allah