Tuesday, August 17, 2010

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ 4 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ 4 Ramadhan 1431 Hijrah
.
.
Pada 13/08/2010 bersamaan hari Jumaat yang lalu setelah tepat pukul 5 petang aku pun terus mengetik kad perakam waktu dan aku pun pulang ke kuarters. Aku pun terus bersiap dan tepat pukul 5.30 petang aku pun keluar dari kuarters menuju ke Terminal Penang Sentral yang terletak di Butterworth dan tepat pukul 6 petang bas pun bergerak. Pada jam 7.34 aku pun berbuka puasa diatas bas dan pada pukul 7.40 bas pun berhenti selama 10 minit. Kemudian bas terus bergerak dan pada pukul 11.05 malam bas pun sampai di Terminal Bas Bukit Jalil.

Setelah bas berhenti di Terminal Bukit Jalil aku pun terus ke gerai dan membeli makanan yang serba sedikit untuk mengalas perut. Setelah jam 11.45 malam satu pengumuman telah bergema yang menyatakan bahawa bas ke Kuantan telah pun sampai. Aku pun terus mengambil tempatku diatas bas dan tepat pukul 11.59 malam bas pun terus bergerak meninggalkan Terminal Bukit Jalil.

Pada jam 3.05 pagi 14/08/2010 bas pun sampai di tol Gambang dan aku pun menelefon isteriku dan setelah bas berhenti isteriku terus mengambil aku dan kami pun pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah kami pun terus tidur dan pada jam 4.30 pagi isteriku bangun menyiapkan makanan setelah penggera telefon berbunyi dan aku masih lagi dibuai mimpi. Pada jam 5.00 isteriku pun mengejutkan aku dan kami pun terus bersahur. Inilah kali pertama kami bersahur sekali dalam tahun 1431 Hijrah dan tahun ini juga melengkapkan 3 tahun kami berpuasa sebagai suami isteri.

Sesudah bersahur aku pun berehat sebentar di sofa yang terletak di ruang tamu dan setengah jam kemudian setelah solat Subuh aku pun terus menyambung semula tidurku. Setelah jam 9.30 pagi aku pun bangun aku pun terus berbincang dengan isteriku kemana kami hendak pergi dan pada jam 10.00 kami pun keluar dari rumah.

Destinasi pertama kami adalah di Terminal Makmur, tujuan kami kesana adalah untuk membeli tiket bas bagi perjalanan Hari Raya nanti. Kemudian kami pun terus ke East Coast Mall dan kami melihat banyak betul kuih raya dan baju raya yang dijual disana. Baju raya dengan corak terkini memang cantik dan kemudian kami terus ke pasaraya Giant bagi membeli barangan keperluan harian dan pada jam 3.00 petang kami pun pulang ke rumah.

Sesampainya kami dirumah, kami pun terus berehat dan pada pukul 6.00 petang isteri tercinta pun mula memasak dan aku pun turut berada di dapur sebagai pembantu. (Aku memang tak tahu masak). Antara makanan kegemaranku yang isteri tercinta akan masak adalah daging lada hitam, cucuq kodok dan kambing bakar. Pada jam 7 malam isteri tercinta pun habis memasak dan kami pun terus berehat sebentar dan berdoa sementara menunggu masuknya waktu dan setelah masuknya waktu maghrib kami pun terus berbuka dan inilah kali pertama dalam tahun 1431 Hijrah kami berbuka puasa bersama.

Setelah habis makan kami pun terus solat Maghrib dan kami pun bersiap ke Masjid untuk solat Isyak dan solat Tarawih. Disini solat Terawih hanya 8 rakaat dan selepas 4 rakaat 2 salam ustaz pun memberikan tazkirah setelah setengah jam solat Terawih disambung semula dan kami pun pulang ke rumah pabila jam 10.15 malam.


Antara juadah berbuka puasa kami pada hari Sabtu 4 Ramadhan 1431 Hijrah
.

Inilah lauk daging masak lada hitam yang dimasak oleh isteri tercinta. Aku memang suka makan daging ni sebab ia memang sedap
.

Ayam bakar dan daging kambing perap yang kami bakar dan masih lagi berasap
.

Inilah kuih kegemaran aku yang masih lagi berasap Cucoq Kodok.
.

Aku dan isteri tercinta bergambar setelah balik dari solat Terawih di masjid di Taman yang kami tinggal
.

No comments: