Tuesday, August 24, 2010

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ 11 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Sabtu Azril dan Azlina @ 11 Ramadhan 1431 Hijrah

Pada 20/08/2010 yang lalu seperti biasa :-
Pukul 5 petang balik kerja
Pukul 6 petang naik bas ke KL
Pukul 7.30 malam buka puasa atas bas
Pukul 11.oo malam sampai Bukit Jalil
Pukul 11.59 malam naik bas ke Kuantan
Pukul 3.05 pagi sampai Kuantan
Pukul 3.30 pagi Bersahur
Pukul 6.00 pagi Subuh
Pukul 9.00 pagi bangun dari tidur
.
Pada 21/08/2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431 Hijrah aku dan isteri tercinta ke Kemaman, Terengganu. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli keropok disebabkan keropok di Kemaman memang sedap. Kami selalunya akan ke kedai keropok Cap Perahu Payang yang dimana dihadapan kedai tersebut terdapat perahu. Lokasinya adalah di Kampung Geliga Kemaman.

Selepas kami membeli keropok kami pun terus singgah sebentar ke Masjid Geliga untuk bersolat dan kami pun terus balik ke Kuantan. Setibanya kami di Kuantan kami tidak balik ke rumah sebaliknya kami ke kompleks membeli belah untuk mencari baju dan barangan keperluan harian. Kami pun berbuka puasa diluar pada hari tersebut dan kami pun balik ke rumah selepas berbuka puasa.



Inilah kedai keropok yang selalu kami kunjungi disebabkan keropok tersebut memang sedap
.

Puan Azlina sedang memilih keropok
.

Inilah keropok yang kami beli

1 comment:

SITI AISHAH IBRAHIM said...

salam
en azril,
segak pn azlina berbaju ngn tudung pink.suka tgk dia dalam warna tu...