Wednesday, August 25, 2010

Hari Ahad Azril dan Azlina @ 12 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Ahad Azril dan Azlina @ 12 Ramadhan 1431 Hijrah

Selalunya Hari Ahad Azril dan Azlina akan duduk dirumah sahaja, ini adalah disebabkan kami akan merehatkan diri masing masing. Oleh yang demikian kami akan berusaha menghabiskan segala kerja pada hari Sabtu bagi mengelakkan kami dari pergi kemana mana kecuali kedai dan pasar sahaja pada hari Ahad nanti.

Pada jam 6 petang proses memasak pun dimulakan oleh Puan Azlina dan sepuluh minit sebelum berbuka puasa kami akan rehat dan berdoa sebelum menunggu azan di radio. Selepas makan kami akan bersembahyang Maghrib dan pada pukul 8.10 kami akan keluar rumah. Dengan kesedihan kami ke Terminal Makmur Kuantan dan pada pukul 8.40 kami pun sampai disana.

Setelah sampai di Terminal Makmur aku pun memeriksa tiket bas aku dan aku pun meletakkan beg dibangku bas dan aku pun turun semula ke bawah untuk berjumpa dengan isteriku. Setelah tepat pukul 9 malam aku masuk kedalam bas dan bas pub nergerak perlahan lahan meninggalkan terminal bas. Sebenarnya aku tidak sampai hati melihat isteriku dari tingkap bas. Hanya Allah saja yang tahu betapa menderitanya aku diwaktu itu dan selepas itu akan tidur dan makan sahur diatas bas dan pada hari Isnin aku pun sampai di Butterworth.


Nampaknya sup tulang tersebut akan mendidih
.

Proses merebus buah Melaka dijalankan. Buah Melaka tersebut akan timbul pabila ia masak
.

Buah Melaka tersebut akan digulingkan diatas kelapa parut
.

Akhirnya buah Melaka tersebut telahpun siap
.

No comments: