Tuesday, June 01, 2010

Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua

Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Kedua - Azril dan Azlina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Pada tanggal 17 Mei yang lepas kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami kedua. Syukur ke hadrat Allah Tuhan Pencipta langit dan bumi dengan rahmat dan kasih sayangNya kami dapat hidup aman dan tenteram sehingga kini.
.
Memang tak sangka kami dah dua tahun berkahwin dan masa berlalu begitu pantas ditambah pula kami yang hidup berjauhan ini terasa seperti baru semalam kami akad nikah. Syukur ke hadrat Allah kerana kami berjaya menempuh ujian dan dugaan yang datang.
.
Buat isteri tercinta "Sayang, abang cintakan sayang seluruh jiwa abang , sayang tahu tak, sayanglah segalanya bagi abang. Sayang tahu tak, ketika berada dengan sayang abang rasakan jiwa abang penuh dengan cahaya cinta yang sayang curahkan. Sayang tahu tak abang tak pernah lupakan sayang walau dimana abang berada. Sayang tahu tak cinta abang pada sayang adalah ibarat ombak yang memukul pantai tanpa jemu. Cinta abang pada sayang adalah diibaratkan matahari yang memancarkan sinaran cahayanya tanpa bosan dan penat walau datang pelbagai ujian dan dugaan dan tak pernah lupakan sayang walau sedikit pun, sayang I love you"
.
Lokasi pemotongan kek adalah di rumah baru kami di Taman Seri Mahkota Aman.


Kek Ulangtahun Perkahwinan kami yang kedua
.

Isteri tercinta senyum sambil memotong kek
.
Giliran si budak hitam memotong kek
.
Si putih dan si hitam memotong kek
.
Aku memeluk insan yang cukup aku cintai sambil kami memotong kek
.
Kek dipotong berlatarbelakangkan sofa dan langsir dirumah kami
.

Habis sepinggan dan 4-5 pinggan pun boleh hahahaha

2 comments:

ummu said...

salam Bro
alhamdulillah,tahniah ya.
Moga rumahtangga yang dibina kan bahagia dunia akhirat.
Terharu,si hitam dan siputih,macam suami saya cakap dekat saya,dia sihitam. Bagi saya , cinta sejti seorang suami itu lebih beharga dari hitam atau putihnya dia.

azril said...

Salam Akak,

Terima Kasih atas kata kata semangat tersebut.

Saya juga mendoakan rumah tangga akak dan suami bahagia dunia dan Akhirat