Aku mula tulih bog ni pada 21/05/2006 masa tu aku tengah ulangkaji sikit masa aku belajar PJJ dekat UiTM Kedah. Aku ingat aku nak ganti balik diari bergambaq aku yang aku buat dalam format MS Powerpoint.
Aku mula buat diari bergambaq MS Powerpoint aku masa aku mula mula beli komputer pada tahun 1999. Lepaih tu aku pun tulih bersertakan gambaq tapi apakan daya adik adik aku ni pandai sangat. Depa padam semua benda tu.
Lepaih tu teknologi "USB Flash" diperkenalkan di Malaysia maka berebut orang beli "thumb drive" termasuk aku, dapat gaji teruih beli. Aku simpan diari gambaq aku sampai aku mula kenai apa tu blog.
Antara catatan awai yang aku tulih pada tahun 2006 adalah yangni dan yangni. Tapi walaupun ada blog aku tetap buat catatan gambaq aku dalam "MS Word dan Open Office" sebab ruang makan tak banyak.
Lepaih tu masa tahun 2008 aku kena naya betui sebab masa tu komputer aku rosak cakera keraih pulak buat perangai. Jenuh kena format balik semua. Aku teruih ambik keputusan nekad dengan hati tak berapa kering ni. Aku letak semua gambaq dan aku pi mana dan aku rasa semua dalam blog ni. Aku harap pengendali blog ni tak mintak duit untuk benda ni.
Dalam blog ni aku gaya tulisan aku berbeza beza ikut keadaan. Yangni tak bermakna aku takdak pendirian sebab aku ada pendirian aku dan kalau sapa yang kenai aku kata aku memang ketegaq sangat. Tapi aku tak hati kering.

- Aku tulih sebagai seorang hamba pada puncak kecintaan seorang manusia iatu Allah S.W.T
- Aku tulih sebagai seorang umat pada yang tercinta Rasulullah s.a.w
- Aku tulih sebagai seorang anak pada Mak dan Ayah yang dicintai dunia dan Akhirat
- Aku tulih sebagai seorang suami pada seorang isteri yang cukup dicintai
- Aku tulih sebagai seorang menantu pada 2 orang Mentua yang disayangi
- Aku tulih sebagai seorang abang sulung pada yang disayangi 9 orang adik beradik
- Aku tulih sebagai seorang bangsa Melayu yang menyayangi bangsanya setulus hati
- Aku tulih sebagai seorang rakyat Tanah Melayu atau Malaysia yang menyayangi negaranya
- Aku tulih sebagai seorang rakyat negeri Pulau Pinang yang disayangi
- Aku tulih sebagai seorang kawan kepada kawan yang lain
- Aku tulih sebagai seorang pengembara yang mengembara setiap minggu.
- Aku tulih sebagai seorang yang mempunyai perasaan
Aku tak kisah sapa sapa nak kata apa apa pasai tulisan aku sebab aku tak suka singgung perasaan orang lain, tapi kalau hang yang mula dulu lantak hang nak nak terasa ka.
Aku tak dak laman sosial lain contoh macam facebook sebab tu aku tulih apa yang aku nak tulih ni dalam blog aku.
Bagi aku kalau sapa sapa tiba tiba jumpa blog aku lepaih tu jumpa blog aku kalau tak suka dengan tulisan aku teruih boleh keluaq atau tekan butang pangkah kat ataih sekali tu.
Lantaklah ................................. kalau aku nak letak gambaq aku ka, mak ayah aku ka, bini aku ka, adik adik aku ka dan sapa sapa dalam blog ni atau tempat mana mana yang aku pi atau mana mana rencana yang aku salin dan tempek dalam blog ni sebab aku tak kacau pun sapa sapa. Aku tak kisah pun orang nak kata apa pasai blog aku ni.
Ish Ish Ish aku mengumpat pulak dah hari Jumaat ni.................. tak pa lah aku nak berenti dah dari tulis buat waktu ni.
3 comments:
Wow, tak sangka...
Macam nilah abang kesayangan hana.
Nanti abang kirim salam kat Kak Azlina tau.
Lagipun Hana doakan abang sihat walafiat,Amin......
Daripada:
Adik kesayangan abang
(NUR HANNAH)
Terima Kasih Nur Hannah,
Kak Azlina kirim salam balik dia kata semoga Nur belajar rajin rajin dan dapat 5A dalam UPSR nanti.
Abang dan Kak Azlina jugak doakan agar Nur sihat sejahtera dan dicucuri rahmat dari Allah S.W.T. Amin
Thank you very much to abang and kak azlina.I love both of you.Opss lupa pula, beritahu kat kak Azlina semoga kak sihat ,ya.
Post a Comment