Aku sekarang ni tengah mencari cara dan bagaimana nak sampai awal ke Kuantan pada hari Jumaat selepas balik dari kerja. Dah 2 tahun aku naik bas saja, aku pernah juga naik kereta tapi sekali sekala sebab mengenangkan kos yang banyak. Aku tak pernah naik kapal terbang ke Kuantan sebab aku takut naik kapal terbang, aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku suka sangat kalau naik kereta kalau nak ke Pahang.
Sekali sekala aku berangan angan kalaulah aku ada kereta Bugati Veyron yang berkelajuan 407 km/j (km /h)boleh terbang dan terbang lagi. Aku rasa aku boleh sampai ke Kuantan dalam masa 2 jam saja. Hahahahahaha.
Tapi apakan daya aku hanya insan biasa. Kereta Bugati Veyron ini berharga $ 1 700 000. Angan angan sajalah. hahahahaha.
.
Kalaulah aku ada Ferrari Enzo pula, kelajuannya boleh mencapai 301 km/j, hahahaha. Boleh sampai ke Kuantan pula dalam masa 2 jam juga. Tapi saman trafik akan berlambak lambak aku dapat.
Kalaulah aku ada kereta SSC Ultimate Aero pulak. Tentu bagus kan sebab ia boleh mencapai kelajuan 413 km/j. Dalam masa 2 jam juga aku boleh sampai di Kuantan. Tak payah nak letih letih sakit pinggang.
Kereta yang ini namanya SSC Ultimate Aero harganya $ 660 000. Kalau aku kerja sampai bersara pun aku tak dapat beli kereta ni lagi.
.
Kalaulah aku ada Lamborghini Murcielago LP640 tentu nampak ganas sikit kan hahahahaha. Kelajuan boleh mencecah 339km/j.
Kereta Lamborghini Murcielago LP640 ini berharga $ 279 900. Angan angan sajalah boleh naik kereta ni.
.
325km/j pula bagi kereta Lamborghini Gallardo yang cukup anggun tersebut. Hahahahaha Dan dalam masa 2 jam setengah aku boleh sampai di Kuantan dengan bergaya sekali.
Kereta Lamborghini Gallardo ini harganya 284 300. Mahalnya aku dengar cerita kata Yusry KRU ada kereta ni, kalau dia bagi aku pinjam tentu seronok kan.
.................................................
..............................
.............
.
Angan angan memang tak berkesudahan, tapi aku hendak menjadikan angan angan aku jadi impian dan mungkin jadi kenyataan.
..................................................
..............................
.............
.
..............................
.............
.
Tetapi aku suka naik kereta aku, Proton Gen 2 aku sebab ia merupakan kereta pertama hasil pengorbanan dan titik peluh aku berkerja dan ia membawa aku kemana sahaja tanpa mengira penat dan jemu sebab ia tahu aku sayangkannya.
2 comments:
Angan angan memang best tapi bolehkah hang dapat semua kereta tu. Kalau hang ada bagi aku pinjam seminggu.
Ish Ish Ish.... Kan aku kata aku angan angan saja.
Doakan aku boleh beli semua kereta tu. Nanti aku bagi hang pinjam ok.
Apapun, terima kasih atas lawatan ke blog aku.
Post a Comment