Friday, April 30, 2010

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Tarikh : 25.04.2010 Ahad - 26.04.2010 Isnin

Tempat : Hotel Ridel Kota Bharu Kelantan

Tujuan : Kursus Pemantapan Perawatan Komprehensif

Peserta : Puan Azlina seorang saja dan aku hanya peneman.

Catatan 25/04/2010
Perjalanan dimulakan pada jam 11.30, selepas kami dari Terminal Makmur membeli tiket bas. Perjalanan yang agak lancar ketika di Jalan Cherating dan sempadan negeri Pahang nak ke Terengganu serta perjalanan lancar juga lancar ketika kami di Jabor. Semasa perjalanan nak ke sana aku terpandang projek pembinaan fasa ke 2 LPT (lebuhraya pantai timur) yang akan siap nanti tahun depan. Alangkah indahnya jika projek LPT fasa 2 ini siap sepenuhnya. Untuk makluman semua sekarang ini LPT fasa 1 menghubungkan antara Karak hingga Jabor dan LPT fasa 2 yang akan dibina menyambungkan antara Jabor dan Kuala Terenganu dan jarak keseluruhan adalah 338 km. Cuba bayangkan dari Lebuhraya Karak ke Kuala Terengganu mengambil masa 3 jam saja. Memang menakjubkan.

Berbalik pada cerita aku, kami melalui jalan Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah. Keadaan jalan disitu agak sesak dengan kenderaan terutamanya lori lori. Dalam hati aku terfikir bilalah LPT fasa 2 akan siap nanti. Hahahaha. Kami berhenti sekejap untuk membeli keropok dan sedikit makanan ringan untuk dimakan didalam kereta. Perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Berang dan Jalan Kota Bahru. Nasib baik isteri tercinta disebelah memberikan kata kata semangat supaya aku bersabar, bersabar kerana aku dah kadang kadang hilang sabar dengan telatah pemandu kereta disini, cuba bayangkan di laluan memotong mereka sibuk berada di tengah jalan dan menghalang kenderaan lain dari memotong mereka. Ada pula yang sibuk sangat nak bawa kenderaan kat barisan kanan sedangkan mereka Cuma bawa 50km/j saja. Apa pun aku bersabar…. Ya aku bersabar.

Akhirnya pada pukul 5.45 petang kami pun sampai perjalanan yang memakan masa 6 jam lebih. Setelah selesai daftar masuk hotel kami pun terus turun minum dan meronda ronda pada malamnya sekitar Kota Bharu. Pada keesokkan paginya kelas Puan Azlina pun bermula dan aku pun tinggal keseorangan dalam hotel nasib baik tv kat Ridel Hotel banyak saluran yang menarik sampai habis semua rancangan aku tengok.

Pada malamnya kami pun terus meronda lagi, kali ini kawan isteri aku membawa kami makan di Pantai Cahaya Bulan. Setelah kekenyangan makan kami pun balik ke hotel dan keesokkan harinya seperti biasa kelas isteri aku pun bermula.

Catatan 26/10/2010
Pada pukul 5 petang isteri aku pun balik dari kelasnya kami pun bersiap untuk balik dan pada pukul 6 petang kami pun keluar dari hotel. Sebelum keluar kami sempat ambil gambar buat kenangan dan setelah keluat hotel kami pun bergambar lagi.Perjalanan kami diteruskan kami makan malam di kedai sup sedap di Terengganu dan berhenti sekejap di Kuala Terengganu. Pada pukul 1.00 pagi ketika di Kemaman aku mengantuk sangat lalu aku isteri aku pun memandu sehingga sampai di Kuantan. Pada jam 2 pagi kami pun sampai.


Aku memeluk insan yang aku cukup cintai, sehingga ke harini cintaku pada dirinya tak pernah padam sejak dari hari akad nikah kami.
.

Senyuman yang hampir hampir menyebabkan masa terhenti.
.
Senyuman macho seorang suami (Hahahaha)
.

Puan Azlina ketika di hadapan Sungai Kelantan
.
 
Aku bergambar dihadapan deretan bangunan yang menempatkan Hotel Ridel
.
Gambar kami dirakamkan ketika kami di bandar Kota Bharu
.

1 comment:

Anonymous said...

Bestnya bawak bini pi bercuti walaupun kursus, bini aku tak suka pi berjalan asyik nak balik rumah mak dia saja. Tension