Monday, January 04, 2010

Ayah..........

Ayah..............

Jam menunjukkan pukul 11 malam, isteri aku Puan Azlina telah pun tidur aku pun masih tak boleh melelapkan mata aku ni..............................

Aku teringat sangat kat ayah yang berada di CCU Hospital Bukit Mertajam...............
Tak sampai seminggu ayah balik dari tanah suci tiba tiba ayah dah sakit.............
Ayah dan mak balik hari Rabu yang lalu dari tanah suci

Pada Ahad yang lalu jam menunjukkan pukul 7 lebih, adik aku sms aku memberitahu bahawa ayah telah pun masuk ke hospital wad CCU kerana serangan jantung..................................

Aku sedih sangat kerana aku sendiri periksa rekod perubatan ayah dan aku dapati ayah tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis dan tiada kolesterol yang tinggi dalam darah.

Aku pun tak tahu nak buat apa sebab aku berada di Kuantan waktu tu sebab bas aku pukul 9 malam nanti.

Atas cadangan isteri aku, maka kami pun bertolak dari Kuantan dengan menaiki kereta pada jam 8 malam dan sampai di Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi. Aku dan isteri aku terus pergi melawat ayah di CCU.

Ya Allah.............. sedihnya aku melihat kedaan ayah yang tengah tidur akibat diberi ubat dengan wayar yang berselirat di dada. Aku sebak dan aku pun bertanya kepada jururawat berugas tentang keadaan ayah dan jururawat tersebut memberitahu aku bahawa ayah terkena serangan jantung.

Tengahari tadi aku dan isteri aku serta adik adik pun melawat ayah dan sebelah petang pun kami pun berada di sana. Aku cuba kawal setiap ayat aku dan cuba menceriakan ayah sebab aku tak boleh tengok muka ayah sebab aku rasa sedih sangat macam nak nangis saja depan tu. Aku pun kawal diri aku dan cakap dengan ayah dengan kedaan ceria..

Tadi isteri aku tanya pada jururawat tentang kedaan ayah dan mereka memberitahu kami bahawa dalam 2 atau 3 hari ayah akan dipindahkan ke wad biasa kalau keadaan ayah stabil setiap waktu aku berdoa agar kesihatan ayah beransur pulih.

Sebalik kesedihan itu aku melihat mak yang tenang berada disebalah katil ayah dan mak memberikan kata semangat pada ayah supaya jangan tertekan berada di dalam wad. Aku kagum dengan ketabahan mak walaupun aku tahu mak sedih sangat.

Ya Allah sembuhkanlah penyakit ayah dan berilah keceriaan pada ayah semoga ayah dapat melalui hari hari yang akan datang dengan ceria dan gembira ................................................

......................................................
...................................
..........
.

Dikesempatan ini aku dan isteri mengucapkan tahniah pada adik ipar aku Puan Aizaan dan suaminya Encik Nuril Azwa kerana telah mendapat cahaya mata lelaki petang tadi

3 comments:

Husien said...

Sabaq lah woi,

Kami semua doakan ayah hang cepat sembuh nanti.

Kirim salam kat ayah hang kata bekas budak praktikal, hang cakap nama aku tentu dia tau

Idham said...

Ish macam tak percaya ja.

Ayah hang aku tengok sihat saja sebelum ni

Apapun aku harap hang sabar banyak

Aku doalan ayah hang cepat sihat nanti

azril said...

Terima Kasih Husien dan Idham kerana berdoa untuk kesihatan ayah saya, pada hari Khamis yang lalu ayah saya dah keluar hospital

Kesihatan ayah saya semakin baik dan sekarang ayah saya dah boleh naik motor

.............